Bayu Beach Resort, PD - The Story

Huawaaaaa!!!! =.=

Badan aku sengal-sengal la wey. Inilah bahana main banana boat tak sedo diri anak dah sorang. Serius mmg aku rasa macam kembali ke zaman muda mudi riang gumbira. Maklumlah geng dgn kazens habi yang semuanya belum berkahwin. Harus lah aku pon perasan bujang kan? Hehe =b

Kitorang sampai lambat sket petang Sabtu tue. Al maklumlah habi ku yang terlebih rajin tue nak settlekan pengemasan rumah dulu. Dekat pukul 4 ptg la sampai ke Bayu Beach Resort, PD tuh. Family MIL & Andak dah pon sampai. Family Busu je tak sampai lagi. Kitorang ddk 1 apartment jer. Ramai-ramai macam tu mmg meriah betol. Naurah lansong tak kisah kat aku & habi. Ramai yg nak melayannya. Maklum la cucu kecik sorang. Hehehe =)

Lepas Solat Asar, semua pakat mandi  laut. Bila aku fikir2 rasa adalah dlm 7 ke 8 tahun aku dah tak mandi laut. Pegi laut tue selalu la jugak. Tp bab mandi manda nie aku mmg agak kureng sikit. Sbbnya aku x minat sgt dgn air masin yg melekit-lekit tuh. Air masin masok mata adlh tak best. Pedih. Tp dek kerana perasan bujang kembali, maka harus aku ikot terjun dalam laut. Lgpn mane aci biar habi sorang2 je masok bersuka ria dgn kazens semua. Aku pon nak dajal dia gak junam kepala dlm laut. Hahaha =D

Petang tue Naurah ikot kami. Budak tue mcm hari tu jugak. Takot dgn air laut. Adehhh..Ibu nie asal lahir dekat rumah tepi laut tau Naurah! Malu la klu anak takot ngn laut. Hehe. Kuat giler Naurah pelok aku sbb takut tgk air banyak cenggitu. Lansong taknak lepas walau seinchi. So dpt snap gambo2 dia berpeluk kuat sajolah. Gosok2 sket kaki dia dgn pasir laut. Bg hilang kuman gatal2 yg sllu menyerang tue. Pas MIL bwk Naurah naik atas mandi, aku & habi perasan in a mood of newly wed la pulak.

On the way to the sea

Tp syok ahh mandi laut dgn suami nih. Bleh peluk2, pegang2 tanpa rasa bersalah lansung =) I like it very much. Hehe. Pas mandi semua naik main bola tampar kt pantai pulak. Best best. Nie pon dah lama tak main. Rasa kembali ke zaman student matrix. Hehe. Ada jugak baki2 skil buat somersault berputar. Hahaha. Dalam mimpi aku la kan. Kui kui. Overall, happy =)
Di kelilingi byk pak2 sedara saje. Belah sana mmg kayo lelaki =p
Malamnya pulak BBQ kat dlm apartment. Semua pakat letih nak BBQ kt tepi pantai. So aku & habi jadi chef BBQ. Syok jugak panggang2 daging lembu, kamben & ayam tuh. Habis berasap 1 apartment. Hahaha. Tak sempat nk tidokan Naurah, dia dah tergolek dok atas sofa. Letih sgt la tu mandi air laut. Sonang jo diorang semua tidokan. Sambil2 semua tengok game EPL, sambil2 makan, sambil2 sembang. Heaven =)

Yummy...
Tengok tv ramai-ramai =)
Pkl 10.30pm semua pakat nak masok tido dah. Aku, habi & Naurah di beri penghormatan utk tido dlm bilik beraircond. Kelebihan bg org yg dah berkahwin & ada anak kecik. Hahaha. But that night Naurah batuk2 & mcm tak lena tido. So MIL amek & bwk Naurah tido kat luar yg xde aircond. Ntah nape sejuk pulak malam tue. Tp aku tetap nak aircond. Aku mmg suke sejuk2 nih. Suke nk pakai selimut bajet ala-ala tido kt London. Hehe. Dlm pkl 11.00pm aku da boring da sbb tak ngantuk sgt. Boring la dtg PD pastu malam terperap dlm rumah.


Gilo budak2 nie...hahahha..
So since Naurah pon da tido dgn MIL, aku & habi perasaan newly wed la lagi. Ronda-ronda PD. Ajak kazens semua diorang nak layan bola. Yg ppn semua dah membuta dlm bilik. So, kami pergi berdua sajolah. Bajet nk minum2 jer. Tup2 ternampak byk khemah. Rupanya ada karnival ape ntah. KL FM punye kot. Time kitorang sampai, Mus May tgh nyanyi. Malas nk layan. Kitorang jalan2 tgk gerai jualan jer. Beli keropok ikan 3 paket $10. Pukul 12tgh mlm semua bersurai. Kami ddk bertenggek atas pagar tengok gelagat org ramai yg nak balik. Serius mmg rasa muda remaja. Bukan senang nk dpt peluang mcm nie. Last rasa muda remaja masa tgk movie Harry Potter bln 11 last year masa Naurah kene chicken pox. Itu last kami keluar berdua.

Aku takdelah teringin sangat nak keluar berdua saja dengan habi without Naurah. Tp klu ada peluang, kami mmg akan gunakan sebaiknya. Seronok feeling2 newly wed nih sekali sekala. Rasa bertambah cinta gitu. Hehehe. Klu keluar dgn Naurah or bila Naurah sentiasa ada bersama, focus mmg pd dia saje. Habi dpt sikit ajer. Nak buat mcm mane kan? So bila dpt peluang berdua-duaan gini, mmg focus 100% pd suami. Dpt la layan dia baik2 semua. Bila dah ada anak sllu x dpt jd isteri yg baik. Asek jadi mak budak ajer. Bila dpt jd isteri, rasa happy jugak. Kesian suami. Bkn senang nak bagi2 peranan wife & mom ni yer.

Nak berpelok saje
Cer carik Naurah kt mane? Hihi
12.30am kami pon gerak balik & tido. Sedar2 dah pukul 6.00am sbb MIL dah bangun solat Subuh. Amek Naurah sbb dia merengek nak susu & dpt tido kejap peluk2 dgn dia. Rindu kat dak chik tue. Mlm dah puas peluk habi, pagi dpt peluk anak pulak. Sgtlah heaven =) Dlm 7.30am camtu Naurah pon terjaga. Semua org dok tunggu dia bangun jer. Seronoknya jd ko Naurah. Ramai betul org yg sayang sama kamu!

Nak balik dah. At the lobby
Lps breakfast nasi goreng, pakat g swimming pool pulak. Lepas snap2 gambo Naurah, MIL take charge. Kami laki bini ke pantai lagi. Naurah tak pergi dah. Dh sejuk dia mandi2 kt swimming pool tuh. Biru2 bibir semua. Seb baek dia x bape takot sgt la banding kt laut tu. Dah lama2 tue dpt feel, dia pon senyum2 sket. Ke pantai, mandi lg puas2 kami semua. Naik banana boat bila FIL sponsor. Org ajak, aku naik jelah. Nak jugak merasa kan? 2 kali org tu jatuhkan kami di pinggir laut. Best. Tunggang langgang aku rasa bile jatuh tue. Ntah sape2 aku dok berpaut. Hahaha. Seronok!

Naurah, bakal Mak Ngah (fiance kazen habi) & Mak Su

All of us. Having lunch at PD
Hasilnya, badan aku sakit2 ni hahh. Part nie tak seronok yer! Huk huk. Pkl 12 tgahri kami bertolak balik ke destinasi rumah masing2. Sempat lunch kat PD dulu. FIL belanja. Lagi. Huhuh. Kami sempat singgah ke rumah my office mate Siti. Her brother weds. Pastu balik rumah di BBST dgn memori terindah terpahat di PD bersama family in law tahun 2011 =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum