Umrah 2022 - Ujian Sebelum
Bismillah
Alhamdulillah akhirnya dapat pun masa & mood utk mengarang kat sini. Banyak sebenarnya nak cerita tentang pengalaman Umrah baru-baru ni. Post sebelum ni aku cuma tulis secara ringkas. Niat di hati nak cerita in detail tentang ujian yg dihadapi sebelum kesana, semasa kat sana & selepas kesana. Aku cubalah yer utk menulis mengikut ingatan yg dah tak seberapa ni. Moga perkongsian ni ada manfaat bagi yg membacanya
Ujian Sebelum Berangkat
Jemputan
Kisah nak dijemput ni pun tak mudah juga sebenarnya. Plan nak pergi dah berbulan-bulan tapi masih takde kata putus. Awalnya nak pergi sekali dgn a few family members tapi akhirnya yg berjaya cuma aku & Kak Ya. Tentang Kak Ya pun rumit jugak sebab dia insist nak bawa Mak sama sbb pernah tanya Mak & dia kata nak pergi. It just that logically condition kesihatan Mak tak begitu memberansangkan. Lebih2 lagi a few months back mcm dpt detect some problem melibatkan jantung. Dah bertambah 1 lagi kerisauan selain drp dialisis 3x seminggu. Jujurnya pd pendapat aku, keadaan Mak adlh berisiko tinggi utk dibawa kesana. Lagilah musim tengah peak ni. Orang sangat ramai. Dan Travel Agency yg boleh urus sekali dialisis ni limited. Setakat yg aku tahu cuma Rayhar je willing to arrange. So Kak Ya dah stucked bab Mak.
Aku pun dah terfikir nak pergi solo je. Mmg payah kalau nak tunggu orang lain bab mcm ni. Klu perlu solo, aku tawakkal pd Allah ajelah. Yang penting dapat pergi lagi ke Tanah Haram. Itu niat utamanya. So aku pn wasap la Miera tanya ttg pakej etc tanpa perkenalkan diri pun sampai one day dia perasan yg aku ialah aku. Pakej TA Miera ni jujurnya mmg agak mahal drp TA lain. Ini klu nak compare bab harga lah. Which is jadi isu jugak for Kak Ya. Aku pulak bab duit ni mmg tak kisah nak spend sbb fokus utama cuma nak pergi lagi. Mahal pun kalau berbaloi apa salahnya. Lagipun utk buat ibadah bukan jalan-jalan makan angin. Lagi satu bila kawan yg kita kenal handle, dia boleh lebih kurang je. Byk jugaklah Miera permudahkan urusan atas nama kawan dah kenal lama. So aku pun takdelah nak berkira sgt bab duit tu. Urusan yg dipermudah tu kira termasuk sekali dlm harga pakej lah
Even bayar mahal, aku tak expect pun utk semuanya perfect from TA. Syukur je apa adanya. Hotel bilik kecik ke, makanan tak sedap ke, aku tak amek port sangat. Itu semua benda remeh je sbb otak aku dah set cuma nak jejak lagi & all out dlm beribadah. Mana yg kurang, anggap jelah dah itu rezeki yg Allah tetapkan. Aku nak tenang-tenang aja taknak fikir pasal duniawi sangat & fokus pd tujuan utama je
Bila rasa mcm byk halangan, aku muhasabah diri balik & akhirnya nekad minta tolong En Mad yg aku mention dlm post sblm ni utk doakan aku, Iz & Kak Ya utk dijemput kesana masa dia kat sana. Hilang dah rasa malu nak minta tolong kt org yg tak pernah sekali pun bersua muka. Begitulah terdesaknya aku pd waktu tu utk nak sekali lagi dijemput ke rumahNya. Lps Miera approached ajak pergi Nov trip, aku wasap Kak Ya tanya dia nak join tak. Aku taknak put pressure on her & bagitau siap2 aku OK je klu pergi solo sbb ada kawan pergi sama. Tiber Kak Ya kata dia nak join sbb dah tanya Mak masa jumpa kt Muar and Mak kata susah nak commit dgn condition dia. So Kak Ya dapat closure from Mak yg dia mahukan & setujulah nak pergi berdua je dgn aku. Iz tak dapatlah nak join sbb dia nak kena handle bab sekolah kiddos. Aku pun mmg tak letak harapan tinggi sgt utk pergi dgn dia kali ni. Saje nak cari kelainan pulak pergi dgn org lain or solo je. Begitulah permulaan kisahnya
Ujian Dokumentasi & Diri
Pertama sekali bab passport. Now dah boleh apply online. Memudahkan & menjimatkan masa. For collection je perlu ke Pejabat Imigresen yg kita pilih. Ada line khas yg que tak panjang mana berbanding yg kena que manual. Ujian pertama kat sinilah. Bab aku tersalah sangka tentang nak set up appointment for collection. Sepatutnya aku boleh ambil lebih awal drp date yg akhirnya aku dapat iaitu Rabu tp dek salah judgement, maka lewat sikit.
Tgh que, nampak org lain keluarkan kertas appointment & slip pembayaran online (dapat by email after making payment). Kalut la sbb aku takde print apa2 pun. Minta tolong org belakang jagakan tempat aku sbb aku nak pegi print kat kedai dekat situ. Mencabar jugak nk dpt turn & Alhamdulillah sempat sblm turn aku kat que
2 mistakes ni tak sepatutnya terjadi kalau aku lebih fokus. Adakah sbb dah tak kerja maka judgement aku makin teruk? Rasa mcm otak lambat pick up. Selalunya aku mmg jenis suka buat preparation. Tapi entah mcm mana jd mcm org yg suka ambil mudah pulak yg end up menyusahkan diri sendiri & maybe org lain sama
Kedua tentang datang haidh. Aku dijangka dtg period dlm 4 hari sebelum fly ke Tanah Haram. Aku susah hati sebab kalau boleh biarlah haid dah clear masa kat sana so dapatlah aku fokus 100% beribadah. Maka masa solat hajat di sepertiga malam aku mintalah pd Allah spy cepatkan haid aku datang. At the same time aku gugel cara utk datang haid naturally. Aku makan Vit C ascorbic acid yg mmg ada tu setiap hari, makan orange, nenas & 'make love' as listed in gugel tu. Lepastu agaknya aku pun tak yakin dgn pertolongan Allah, aku pergi juga ke klinik minta ubat hentikan darah haid if lambat dtg & doc bagi pil lewatkan haid juga
Aku sbnrnya prefer ubat utk cepatkan haid tapi entah kenapa mcm tak ada atau tak recommend by pharmacist or doctor. Why eyh? Sbb aku mmg dah time utk dtg period cuma aku nak ia cepat bbrp hari drp sepatutnya. Kalau boleh aku taknak tahan dia sbb taknak ganggu cycle yg mmg dah regular. Mahal tau harga 2 ubat tu dlm RM400 kot total kat Klinik Siti. Tu pn sbb tak payah keluar cash & guna Medkad Iz je. Kesian Iz balance allocation dia tinggal dlm RM900 je yg dia plan nk buat spek bln 12 nanti.
Esoknya lps ke klinik tu aku datang period. Kalau aku lebih yakin Allah akan bantu & sabar sikit maybe tak perlu pun habiskan duit sebanyak tu utk ubat yg tak dipakai pun sudahnya. Ubat tu aku plan nak bagi je kat sesiapa yg memerlukan. Ada a few of my friends yg nak pegi. Takdelah rasa ralat sangat kan? Tak dapat guna, dapat pahala pun jadilah. Syukur Iz tak marah & cool je
Ujian-ujian ni nampak mcm remeh je tapi jujurnya buat aku terfikir macam-macam juga like betul ke Allah jemput aku pergi rumah Dia? Sbb mmg ada rasa down juga bila banyak benda tak kena. Macam ada je halangan sampai kita rasa was-was. Tapi benda ni sebenarnya kita mmg kena lawan & terus positif sbb mungkin ini cara Allah nak uji tekad mana hati kita nak pergi. Like jgn kita mengaku org beriman selagi belum diuji. Kita nak mengalah dgn ujian atau terus usaha utk jadikan kenyataan. Pilihan ada ditangan kita
So inilah 3 ujian besar yg aku tempuh sebelum dpt jejak kaki kesana. Yang buat aku berfikir macam-macam. Ada hikmah & pengajaran disebaliknya bila difikirkan semula esp ujian dtg haid yg aku mmg tak jangka Allah tunaikan mengikut kehendak hati sbb period aku sllunya mmg regular dtg samada sehari dua lambat atau cepat. Dlm kes umrah ni, ia datang 4 hari awal. Subhanallah. I kind of speechless dgn kekuasaanNya sbb aku ni bukan siapa-siapa. Belajar agama pun sampai sekolah menengah je. Bukan hafizah al Quran or ustazah pun. Terharu & tergamam.
Post seterusnya aku share pulak ujian masa kat Tanah Haram insyaAllah.