Nursery TUTUP???


Hari Jumaat lepas masa sembang2 dengan MIL selepas kami balik kerja & sebelum dia balik ke Semenyih, MIL tanya kami if we know about the nursery that our Naurah attend since she aged 2 months old akan ditutup. I was like whaaaattt?? Habi pon cam terpinga-pinga sket. Sudaahhhhh! Terus teringat Zuris yg bermasalah dgn bbsitter Kysha & sedang bersungguh mencari bbsitter baru. And now is it our turn to face the same problem?

MIL said nursery ada tulis kat white board kenyataan kat depan tue. Duhh! Every morning we send Naurah to the nursery but both of us didn't notice meh about the bulletin? OMG. Asyik sebok nak ber-kiss & ber-goodbye with Naurah sampai itu pon kami tak perasan. Sh*t! Tapi why the pengasuh didn't mention to us personally at all? Peliks.

But MIL quickly told us that Naurah is in the list for the kids that Lily the pengasuh would like to take care. It just that the nursery sudah tidak cukup pengasuh. So diorang dah tak boleh handle kids yang terlalu ramai. Tidak menang tangan. So Lily is willing to take up to 4 kids only with her & Bunga the other pengasuh willing to take care only 6 kids. Lily memang selalu handle kids yang age between 2 months to 2 years. Bunga pulak range kids age 2 years to 4 years.

Lily & Bunga adalah pengasuh senior. Diorang memang dah lama jaga budak2 kat situ. Yang lain2 tu  kebanyakannya cuma kerja sekejap2. Kdg2 budak lepasan SPM sementara menunggu dapat tawaran sambung study or kerja yg lebih baik. So pengasuh memang bersilih ganti.

Pengasuh Naurah sebelum ini sebenarnya bukanlah Lily. Tp Nor. But Nor baru saja berhenti kerja around bulan Februari yang lepas. So Naurah bertukar pengasuh kepada Lily. Sebenarnya i'm quite surprised that Lily put Naurah in her favourite list since Naurah masih sgt baru lagi dengan Lily.

Memang problem juga masa Nor dah tak ada & Lily amek alih jd pengasuh Naurah. Boleh kata every morning Naurah akan menangis bila di ambil Lily di depan pintu nursery. Maklumlah dia tak biasa sgt dgn Lily. Dah closed dengan Nor yang menjaga Naurah sejak umur baru bbrp bulan kan? But as days passes by, Naurah semakin serasi dengan Lily. Takde adegan nangis2 lagi depan pintu nursery. Syukur, Alhamdulillah.

MIL cakap sebenarnya dia memang prefer Lily lagi yang take care Naurah berbanding Nor pengasuh yg lama tue. Sebabnya Lily lebih soft bile handle budak2 while Nor a bit kasar. But MIL ckp dgn Naurah, Nor layan berbeza drp kids yg lain. Itu aku pon tau sebab Nor adored Naurah so much sejak kecil lagi. Tak tahulah sebab apa tp mmg aku rasa bersyukur Naurah mendapat perhatian yg lebih dr pengasuhnya.

Dulu masa Nor masih ada, everytime Naurah tak datang nursery, Nor selalunya akan sms aku tanya kenapa Naurah tak datang. Bila dia tahu Naurah admitted hospital dulu, dia kata risau & sedih. Asyik sms aku tanya keadaan Naurah mcm mane. Masa hari raya tahun lepas, Nor sungguh2 ajak Ibu Midah (ketua nursery) dtg beraya rumah aku sbb nak jumpa Naurah. Klu badan Naurah dedor2 nak demam, cepat2 Nor akn sms aku or MIL bagitau. Or if keadaan Naurah semakin buruk if demam, dia jg akan cepat2 sms kami bagitau. Ibu Midah sendiri ckp dengan aku kalau kat nursery, Naurah nie kira favourite Nor. Semua pengasuh ada favourite kids masing2. Itu memang perkara biasa.

So eventho aku tahu Nor tak selembut Lily dalam menjaga kids, aku bersyukur dengan Naurah dia layan baik. But now since Lily dah ambil alih peranan Nor, aku juga bersyukur sbb Lily willing to take care Naurah. Maybe dlm masa yg baru bbrp minggu dia menjaga Naurah, ada keserasian atr mereka. Agaknya Naurah tidak susah dijaga & pandai berdikari. Maka senang utk org sayang pd dia. Wallahualam. 

Apa2 pon aku bersyukur krn doa aku saban hari moga Naurah di senangi oleh orang-orang yg mengenalinya seperti sedang dimakbulkan Allah. Aku harap sangat Naurah tak menyusahkan pengasuh bila kat nursery. Duduk nursery nie budak2 ramai. Kita sbg parents tak boleh berharap sgt anak kita akan di layan dgn sebaiknya. Kite sgt2 kena faham dgn situasi pengasuh yg tak menang tangan.

Aku, habi & MIL memang dah sgt faham dgn situasi ini. Jadinya kami semua tak pernah complaint apa2 yg buruk pd nursery. If ada tertukar barang, kami pulangkan balik. If tertinggal barang, kami tak salahkan pengasuh yg terlupa, kami akn datang & ambil dgn senyuman. Kdg2 after dpt gaji my MIL akan belikan KFC pd pengasuh2. Dan pd besday Naurah yg lepas kami dtg & berikan cheese tarts pd para pengasuh.

Kami sgt bersyukur sbb Naurah tak pernah balik ke rumah dgn lebam-lebam or luka-luka. Kami juga appreciate bila mereka pesan keadaan Naurah yg tidak tidur pd waktu tidur biasanya samada semasa pagi atau tengahari. Makanya kami tahu Naurah mungkin mengantuk lebih cepat dr kebiasaannya. Kami juga suka bila mereka maklumkan keadaan Naurah yg cranky sepanjang hari di nursery spy kami bersedia utk menghadapi karenah Naurah & cari punca serta penyelesaiannya.

Dengan sebab itu we show our gratitude to them & mungkin salah satu faktor mengapa Naurah disenangi & diberi sedikit keistimewaan berbanding kids yg lain. Alhamdulillah. Semalam cepat2 aku & habi pandang white board kenyataan & kami telah membaca 1 berita gembira. Its a good news for everybody.

Nursery TIDAK akan ditutup!!!

Cumanya ia bukan lagi di bawah seliaan Ibu Midah but  by other person. Kami pon tak tahu siapa & berharap my MIL akan update cerita since dia memang every lunch time hour akan dtg menjenguk Naurah di nursery. Mana tahu boleh tanya2 pd pengasuh tentang pentadbiran baru nursery kan? Bermakna Ibu Midah hanya akn handle rumah transit budak2 sekolah yg letaknya di bawah sedikit dr nursery Naurah. Kami tak pasti samada Lily & Bunga akan ikut Ibu Midah or stay. If ikot Ibu Midah, hrpnya Naurah akan di bawa sekali ke bawah bersama dgn Lily. But if Lily stay di atas, hrpnya semuanya akan kembali normal spt sediakala. Amin.

Alhamdulillah. Kami berharap tidak akan timbul lagi masalah nursery akan ditutup selepas ini. Aku membayangkan kami juga berada dlm situasi most of the parents lain yg anaknya tidak masuk dlm senarai utk dijaga oleh pengasuh sedia ada. Memang runsing kepala dibuatnya. Nauzubillahi min zalik.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat