Vacancy - Review Writer for hannahjohary.blogspot.com

 The term & conditions :-
1. Be a follower of this blog - DONE
2. Write a review on this blog. No word limitation.
3. Your review entry should be linked back to this entry
4. The title should follow the title of this entry.
5. Leave a comment here so that I can read your entry.
6. Please pick a photo or two of your favorite photo from this blog & include it to your entry.

Sebenarnya aku sendiri dah tak ingat sejak bile & macam mane boleh jumpe blog Hannah nie. Aku yg jumpe blog dia dulu or dia yg jumpe blog tak semenggah aku nie, tidaklah dapat ku pastikan. Heheh. Yang aku pasti start baca blog Hannah sebelum dia bersalinkan Farimyiesha sebab aku masih ingat baca entry Hannah tentang delivery si comel tue yang sangaaaaatt panjang & informative. Sgt informative sbb aku pon tgh preggy masa tue. Lagi sebulan jer nak bersalinkan si kudik tue. So sgt2 membantu dr segi persediaan mental & fizikal =)

Secara jujurnya, Hannah adalah seorang penulis yang sangat baik. Ini ikhlas dari hati aku tulis. Bukan nak mengampu Hannah utk dapatkan hadiah RM100 kalo masok contest pertama anjuran dia nih.  Takde maknanya okeh! Aku katakan dia penulis yg baik sebab bukan senang utk aku baca entry yang panjang berjela tanpa rasa boring sikit pon & takde lansung niat nak skip sikit2 bila membaca. Semuanya aku baca dengan sepenuh perhatian. Words after words. Kalo time study dulu boleh buat mcm nie mesti aku dah keje dgn Petronas skrg. Hahaha. Takde kena mengena lansong =p

Ape pon yang Hannah tulis dlm entry, selalunya aku sgt berminat nak membaca. Whether tentang her thoughts, tentang attend wedding or tentang Myiesha, semuanya aku suka. Ohh tp aku dah teringat ada 1 entry yang aku tak bape nk baca sangat. Entry Hannah tulis psl make up & peralatannya kalau tak salah aku. Sbbnya aku tak minat tentang make up. So Hannah tulis tentang skill2 semua tue takde makna sgt pd diri aku. Tak paham pon yer. Hahaha. Its totally bukan salah penulis yg menulis tak best tp sbb orang yang membaca tiada minat dlm perkara yg ditulis. Please keep noted ok Hannah! =)

Hannah bukan jenis blogger yang hari-hari update. Seminggu kekadang sekali dua jer. Selalu buat aku tertunggu-tunggu tau! Huhuh. Tp berbaloi tertunggu tunggu aku tue sbb bile Hannah tulis entry, panjang dia dah buat aku tersenyum. Kalo sikit aku rasa nak tulis je kat komen tanya nape pendek sgt entry nie Hannah?  Over tak kalau aku komen macam tue? Hahaha.

Ohh..pastu Hannah sgt terer English oke! Dah ler keje dia pon related dgn speaking in English. So mmg padan sgt lah kan. Tp her BM pon sangat bagus ok! Aku tahu ada ramai orang yang terer speaking in English aje tapi bila menulis banyak grammar error etc. Tp Hannah aku rasa good in both. Speaking & writing. Masa study dulu English Hannah mesti score A jer kan? Aku speaking in English mmg ke laut. Tp masa study quite ok gaklah result2 aku. BM aku agak pakar la. Hahaha. Puji diri sndiri pulak. BM Hannah pon aku rasa bagus. Score gak ehh Hannah? Hihi.

Tp Hannah nie humble orangnya. Dia tulis dlm blog takdelah totally in English. Dia campur English & Malay. Aku suka sbb aku pon suka campur2 bile tulis dlm blog. Cumanya gaya penulisan aku lebih banyak merapu melawak ntah hape hape. And of course aku banyak grammatical error. Miahaha. Pd aku gaya penulisan seseorang itu ada kena mengena dgn personaliti empunya diri.  Pd aku juga, kalau aku tak mixed English dlm my writing in the blog, aku takut aku lupa ttg English. Pd aku juga ianya sbg  salah satu  kaedah pembelajaran  bg diri aku. Berfikir words yang sesuai utk di tulis. Baru bergerak sikit otak aku nih. Huhuh. Dan aku  juga noticed Hannah & aku ada something in common. Kami suka align justified evenly our entry. Rasanya lebih kemas. Aku suka. Hannah pon maybe suka jugak la kot. Hehe.

Dari blog Hannah jugak kite boleh belajar to improve our English. Hannah pernah buat entry pembetulan tentang kesilapan yang selalu orang buat bila speaking or writing in English. Aku rasa Hannah kena buat selalu entry macam tue. Tak payah tulis panjang2 pon takpe. Biar ringkas & padat. Yang penting orang yg membaca blog Hannah dapat belajar. Free pulak tue. Hehe. Semua org suka benda yg free & bermanfaat. Tak gitu? Hahaha.

Hannah+Mett=Myiesha
I just love the picture above. Masa nie 1st outing mereka bertiga selepas kelahiran Farimyiesha. Tengoklah Myiesha tue dok tido jer dlm dakapan Mett. Baru 22 hari ok umur Myiesha time nie. So sweet kan? Hannah, time nie u belum habis pantang kan? Hehehe. Hannah mommy yg rock. Sempoi. I like =) I like lah sebab aku pon pantang serope cam tak pantang jugak. Maklumlah masa aku pantang tue my Abah kan baru lepas buat bypass surgery. Harus lah aku yg dok menghantar dia buat check up selalu kat klinik kesihatan salak tue. Kenangan sungguh =). Gambar di atas menunjukkan penghijrahan Hannah & Mett dr outing hanya berdua kepada bertiga. Lagi best kan Hannah? =D
Hannah with hijab =)
Dan di atas ini lagi 1 gambar yang memorable to me about Hannah. Sebelum Ramadhan tahun lepas, Hannah adlh seorang yg free hair. Ini gambar pertama yang Hannah post dlm entry tentang dia sudah memakai tudung. So ini pon kira macam satu penghijrahan juga bg Hannah. Happy sgt masa baca entry Hannah yang dia dah start bertudung. Yang penting Hannah berhijrah dgn hati yang ikhlas. Bukan sebab Mett or somebody else suruh. Ikhlas berhijrah kerana Allah Taala. Tak ada alasan yang lebih bagus drp itu =D

Oklah. Dah panjang sgt rasanya entry tentang Hannah nie. Aku dengan bangganya mengaku i'm one of Hannah fans. I love to read her entry & will always do. Lebih bermakna sbb dah personally jumpa Hannah, Mett & Myiesha on blogger mommas 2nd gathering at Splash Park, The Mines hari tue. Hannah sgt soft spoken & always smiling. Myiesha pula sgt manja & adorable. Mett jer mcm serius sikit. Heheh. Tp dia ada senyum jugaklah. Takdelah masam je muka mcm tak suka kan? Hehe. Overall the 3 of them adlh family yang sgt sweet. Nice knowing you Hannah. And your Mett and your Myiesha. Hrp kita akan selalu jumpa di hari-hari yang mendatang & teruskan menulis di blog ok! Don't ever think to stop writing like before. I warned you! Haha =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum