Berita Mengejut

I'm still at home. By afternoon Insyallah akan bergerak balik ke Sepang. Baru mengetahui satu berita yang agak mengejutkan bagi aku.

Anak bongsu Kak An, blog bergenre masakan Periuk Tanah yg sudah agak lama aku ikuti, Munirah Huda sudah kembali ke rahmatullah pd hari Jumaat lepas. Sebelum tu ada 1 entry Kak An yg meminta semua  permbaca setia blognya mendoakan keselamatan arwah yang mengalami Pneumonia & telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya. 

Hari nie entry Kan An yg bertajuk Takdir Ilahi membuatkan aku dah memikirkan yg bukan-bukan. Dan anggapan aku sememangnya tepat. Ianya 1 berita buruk. Munirah Huda adalah seorang baby yg sgt gebu & ceria. Aku masih ingat membaca entry Kak An yg sekali sekala menceritakan ttg perkembangan Munirah Huda. Tersenyum setiap kali membaca & menatap wajah montelnya.

Allah meminjamkan nyawa Munirah Huda hanya sementara utk Kak An sekeluarga. Itulah takdir-Nya. 

Moga Allah pinjamkan nyawa utk insan yg bernama Naurah Zayanie dengan lebih lama utk kami menumpang kasih. Setidak-tidaknya biarlah kami ibu bapanya yang meninggalkannya dahulu. Wallahualam.

Moga roh Munirah Huda tenang di sana & takziah utk Kak An sekeluarga. Wassalam

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat