Cerita Weekend

Jumaat

Balik keje habi mengadu sakit kepala. Kesian tgk dia. Plan nak balik after Maghrib ditangguhkan. Bagi dia tido dulu. Bile dia dah start muntah2, paksa dia g klinik amek jab. Penyakit biasa. So x perlu nk seksa diri lama2 yer. Pas amek jab habi tido sampai ke pagi. Makanya plan balik Johor ditunda ke esok pagi.

Sabtu

Packing barang2 & pkl 9am sudah keluar rumah. Kami breakfast di McD, Nilai sblm bertolak ke Manjaku, Bangi utk beli 4 botol susu Avent Naurah yang baru. From 4oz kpd 9oz. Yang lama sudah boleh dibuang yer. Beli present utk Raina sekali for her birthday party this coming weekend.

Plan utk bertemu dgn blogger momma selatan Aishah & Fashya terpaksa di batalkan. Kesian Ann yg beriya nak mengikot. Mentang2 la habi ko ade bleh jd driver kan? Laju je ko nak berjalan. Hahaha =p

Sampai Linggiu dlm pkl 2.00 petang.

Ahad

Pkl 11.30am bertolak ke Mersing attend my kazen wedding. Sampai, makan & bertolak ke JB pula. Perlu hantar my lil sis, Anje ke Sekolah Tun Fatimah. Mmg keje gile. Penat2 badan ddk kereta seharian. Ditambah dgn habi sakit gusi pulak. Kesian dia sambil drive sambil menahan sakit. Cari farmasi kt bdr Mersing tak jumpe ok! Takde farmasi meh kat sane? Peliks.

Pas hantar Anje ke STF, misi mencari farmasi pulak. Habi terus melencong ke Plaza Angsana. Selalunya shopping complex mesti ada farmasi kann? Kbtln ada auto show kat sebelah Angsana tu. So crowd lebih ramai dari biasa. Nak parking kereta pon amek masa lama. Letihnya kami.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah dapat jumpe farmasi kat ground floor Angsana. Lepas beli je habi as usual mesti ajak singgah kedai sukan. Dia kata nak beli kasut jalan yang baru. Kata dapat bonus hari tu kan? Masok Al Ikhsan, aku & Naurah pon sama2 sebok menengok kasut2 yg ada. Tiba2 mataku menangkap seorang ibu sedang mendukung anaknya. Anaknya itu aku lihat memakai rompers & tight. Apa yg aku mula2 fikir ialah, takdelah nampak pelik sgt klu romper di pandankan dengan tight nie yer? Ok je bdk tu pakai.

Then aku beralih memandang ke muka ibunya. Ehh..macam aku kenal jer. Tengok balik muka anak. Ehh..bdk nie pon mcm kenal jugak. Ya Allah, Fashya dgn Husna ke tue? Sudah. Mane aku nak menyorok nie? Hahahaha..mmg itulah niat awal2 aku yer kawan2. Mmg ingat nak lari je mane2 sbb masa tu Fashya tak nampak aku lagi. Pastu aku buat2 la sebok tgk kasut. Nak sorokkan muka takot Fashya nampak. Poyo tak aku? Kekeke. Aku pon tak tau nape aku jd macam tue. Gilo kejap.

Tp bile aku fikir2 balik, ishhh..nak jumpe bukannye senang. Bile lagi ntah dapat jumpe. Kalo amek gambo nie, kompem blogger lain ada yg jeles. Best jugak nie. Nak malu ape? Tegur jelah Fashya tu. Hrp2 dia kenal ler aku. Keh kehh. So aku pon menoleh la muka aku pd Fashya yg dh beralih ke belakang aku masa tu. Aku teros je sengih2 cam kerang wangi dgn hrpn Fashya cam muka aku. Fashya spt yg aku jangkakan buat muka terkejot. Hahaha. Teros2 la aku gerak ke diorang, salam & laga pipi. Usik2 Husna yg merengek memanjang. Tak sedap badan la tue. Fashya kata dia masih selesema. Demam dah ok.

Sbnrnya malam sblm tu aku sempat baca entry Fashya ttg Husna demam. So aku tahulah keadaaan Husna time tue. Kompem kelakuan dia pon x normal spt biasa. Sembang2 kejap jer. Dpt say hi to habi Fashya & perkenalkan diri sekali yg aku kenal his sister Suzi masa study matrix dulu. Amek gambo kat henpon masing2. Dpt kiss Husna sekali dua. Pastu as habi pon dah habis tengok2, aku pon mintak diri. Tak dpt nk lama2 sbb aku kesian kt habi tgh tahan sakit gusi tue. Dia mesti dok ingat nk telan ubat jer. Dari pagi dia tahan sakit kan? Kalo x nak jugak lepak2 ngn Fashya lama sket. Huhuh.

Tp x tahan la masa Fashya nk salam Naurah. Anak aku si Naurah tu biasalah. Kerek gile kalo dgn org tak kenal nih. Garang semacam pon ada. Buat muka kerut2 lagi tgk Fashya. Pastu palingkan muka tanda tak nak. Sabokan jelah anak aku nie. Kdg2 ramah, kdg2 garang.  Ikot sape ntah. Heheh. Anak kami dua2 buat perangai hari tue. Aku dalam kereta pon habis di buli dek Naurah. Sampai sakit2 badan aku melayan karenah dia yg macam2 tue. Dari pagi dok bad mood memanjang. Hmmph...

Apa2 pon Allah merancang pertemuan kami dgn baik sekali. Eventho byk halangan terjadi dlm situasi aku spt balik Johor lambat dr kebiasaan & terpaksa harungi perjalanan pjg dr Kota Tggi - Mersing - JB, akhirnya ianya membuahkan pertemuan yang tidak di sangka-sangka. Pertemuan yg terpaksa di batalkan akhirnya menemukan jg kami dlm situasi kebetulan. I'm so grateful. Tp sayang Aishah masih lg tak dapat jumpe. Dpt  tau from FB yg Aishah jg plan nk ke Angsana ptg Ahad tu, tp tak jadi. Kenapa? Tak tahu pulak. Insyallah, kalo balik kg. lg lain kali, akan roger2 mereka lagi.

Pertemuan yg di rancang rasanya lebih best sbb boleh spend masa lama2 sket. Kalo x di plan, masing2 dah ada agenda lain. Tak best nak kaco kan? Hehe. Overall balik kampong kali nie lebih penat dr kebiasaannya ttp lebih berbaloi-baloi sbb dpt jumpe Fashya & the family. Alhamdulillah =) Hajat ku terlaksana.

Percubaan pertama - Naurah menyengih tengok Husna. Tp Husna taknak kawan sama Naurah. Hehe. Ibu2 of course tetap maintain =b
Percubaan kedua - At least muka anak dua2 tengok depan. Naurah dok tengok habi Fashya kot rasanya time nie. Hehehe.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat