Raina 1st Besday Bash

My little girl wearing a dress sponsored by anT Jue
Versi aku tentang kunjungan ke birthday party Raina Evaqairina sangatlah  tidak best. Sbbnya aku datang quite late. Ramai blogger mommas yang dah nak balik. Sedih T_T. Ada 2 sebab knp aku lambat. Pertama, Naurah tido tak hengat donia. Kedua, my family in law datang secara mengejut masa tgh siap-siap nak bertolak ke rumah parents Nurul. Jadinya kenalah layan tetamu yg dtg ke rumah dulu kan? Thank god diorang memahami yg kami sudah mahu keluar. So by the time kami bertolak, mereka pon balik ke Semenyih. Tp kami tetap sudah lambat kan? Pdhal dlm 20 minit jer jarak rumah kami ke Sg. Manggis. Hmmpph...

Sampai2 je terus nampak Ana yg tengah syok duduk sensorang. Dia kata ramai dah ada kat dalam. Mata aku pon melilau carik muka2 yg dikenali. Terus nampak Azie & her hubby + adorable Mya. Hukss. Aku segan nak tegur sbb bajet Azie msti tak kenal aku blogger picisan nih. T_T Dlm pd serba salah nk tegur tuh, aku tertangkap muka Dayu tgh lambai2 tangan kat aku soh dtg ke tempat pool belon2 tuh. Terus aku tinggalkn habi & terkedek-kedek dtg ke Dayu. Spt biasa, salam & laga pipi. Satu lagi hajat besar bertemu blogger sudah tercapai. Dayu kurus jer. Tak nmpk gemuk lansong. Tetibe cam jeles. Hahaha. Cha pon sgt behave weh masa aku jumpe tue. Tp Dayu cecepat kata jgn terpedaya. Hahaha =p

Pastu tetibe Dayu dah hilang & Azi tegur aku. Dia tanya 'kenal tak? Azi laa...'. Huhh..maunye aku tak kenal. Dah ikot blog Azi sejak belum kahwin lagi rasanya. Segannya. Azi sama lawa mcm dlm blog dia. Dan slim =.=. Huwaaa..aku adlh sgt jeles saje pd hot momma yg lain. Tsk tsk. Her cute Mya pon ada. Oh my. She's so lovely. Hubby Azi pon nampak sgt friendly & very the fatherly gitu. Suka tengok diorang sekeluarga nih. Pastu geli hati tgk Mya yg garang bile Azi tegur dia. Hahaha. Kuat ohh suara dia cam marah tue. So sweet. Mya nampak manja sgt dgn ayah dia =)

Budak tak mahu keluar dr pool =.=
Masa aku tgh kecoh2 nk mengeluarkan Naurah dr pool, Nurul dah panggil utk sesi bergambar sbb ramai dah nak balik. See. Sedih kan sbb tak dpt nk buat apa2 sgt, semua dah nak balik. Sadis oh. Masa nie habi tengah makan. So xdelah versi aku gambar ramai2 nih. Dpt sembang sikit dgn Dayu jer. Tegur2 sama Jue & Fad. Huwaaa. Sgt tak puas T_T 

The goodies
Crowd yang tinggal belen-belen =S (nmpk Mira di situ. tp segan nk tegur =.=)
Bila ramai dah balik, aku pon kebosanan sudah. Tsk tsk. Makanya snap jelah gambo entah hape-hape. So korang enjoy the piccas jelah yer. Lebih kurang 1 jam jugaklah aku kat sane. Sembang2 sket ngan Nurul. Ke Nilai utk beli brg idaman hati. Malangnya kedai tutup. So pegi Giant beli groceries & balik rumah. Penat.

Sempat posing sat. Geram sbb terlupa bwk DSLR T_T
Boleh budak 2 org nie gaduh. Sabo jelah. Tak tau anak sape tp sebaya Naurah kata maknya. 1 year+ tp masih belum boleh berjalan. Tu psl Naurah nak pukul gaknye. Hahahah =b
Napelah ko nie garang sgt hah budak?
Candid Nurul, Raina & Saiful =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat