Carpet & Tikar Bambu

Aku lupe nak cerita tentang deco rumah aku yang terbaru. Alah..beli carpet jer buat ganti toto purple yang sangatlah tak sesuai di letak dekat depan tv kalau tetamu nak datang kan? Beli carpet nie pon tanpa di rancang sebenarnya. Beli dekat deretan kedai berdekatan dengan Tesco Semenyih lepas lunch kat kedai area situ. Saje pusing-pusing nak tengok kedai apa yg ada. Tup tup tersinggah kat kedai carpet. Hehe.

Carpet yang sesuai utk kanak-kanak

Owner dia lelaki dlm usia 40-an & originality from Pakistan. Tp dah 5 years duduk Malaysia. Cakap bm pon dah fasih masih. Dia punyalah suka tengok Naurah dok main-main guling-guling atas carpet kat kedai dia tue. Siap dia dukung-dukung lagi. Dia kata mmg suka dgn budak-budak. Seb baek Naurah tak menangis dia dukung tuh. Kalo tak cancel owner nak bagi diskaun special. Hahaha.

Mula-mula aku tanya dulu carpet apa yg sesuai utk rumah yg ada budak-budak. Taknak la beli carpet yang berhabuk & tak hygiene tu kan? Kesian kat Naurah nanti. Budak tu dah ler super sensitif serba serbi. So owner pon recommend la carpet import from Spain katanya. Entah betol entah tak. Hahaha. Yang penting pd aku sesuai utk budak-budak. So aku tengok material dia bkn macam carpet biasa la. Pastu lembut pon lembut. Naurah golek-golek pon syok je aku tengok time tu.

So pilih la dgn habi design yang berkenan. Dah ada anak kecik nie kenalah pilih warna yang mostly dark yer. Putih-putih alamatnya habislah nanti senang nampak kotor. Tak praktikal. So kami pilih warna dark chocolate (feberet kaler aku kan. hehe) with floral motive. Aku nak beli yg corak moden sket tapi habi tak berkenan. So sbg isteri yang taat pd suami, aku pon menurut perintah sajalah =b

Dlm pada tu sempat lagi aku jeling tikar-tikar yg bergulung kat tepi kedai tuh. Bila ditanya pd owner harganya, rasa macam ok pulak. Carpet tadi rege dah capai ratus. So tikar dapat puluhan kira orait la kan? Aku pilih tikar bambu kot nama dia. Warna gelap jugak ada selang seli dgn warna cerah sikit. Prefer yang biasa jer sebab nak buat letak bawah meja makan. Baru nampak proper & terletak cantik sikit rasanya. 

Tikar bambu style ini

Hari nie Insyallah aku snap gambo esok boleh bg korang tengok yer. Asyik lupa aje nak snap. Huhuh.

So skrg kat ruang tamu tu dah ok la kalau ada org datang pon. Takdelah segan sangat kan. Proper la sket utk tetamu tengok. Harga carpet & tikar tu esok aku bagitau yer bersama dgn gambar-gambarnya.

Toodles.

Popular Posts