Firefox 4 & My Lil Girl

Semalam masa on wireless sebelum balik kerja, sempat download Firefox 4 set up. So hari nie bukak pc pagi-pagi dah teringat nak run the set up. Dengan penuh semangat aku pon ikot jelah steps yang di suruh & wallah, now sudah pakai FF4 & siap ada background theme lagi yg they called Personas for Firefox. 

Banyak ohh personas background theme nih. Rambang mata aku nak pilih. Semuanya best-best. Right now aku guna Fractal Blue Flowers. Nak tukar pon senang. Pergi je kat Tools & put your cursor to Persona icon. Bila cursor tunjuk je the background, diorang akan preview dulu how it will looks like. If tak minat, boleh alih cursor ke background lain pulak. Bila dah betul-betul berkenan dgn 1 background, baru click use it. Its so easy. Tiba-tiba rasa lebih ceria kerja kat office nih yang most of the time memang mengadap pc almost 8 hours a day.

Rasa lebih ceria pulak hidup aku skrg. Hahaha. Macam over pulak tulis macam nie. Gasak lah.

Budak yang semakin ligat

Last night my Naurah sangat ligat di rumah. Sekarang nie asyik nak main aje kerjanya. Aku & habi pon sometimes rasa dah tak terlayan. Berjalan sana sini. Punggah barang-barang dalam laci kabinet TV. Lari kat aku pastu tepuk perut aku kuat-kuat. Then pergi kat Ayah pulak buat benda yang sama. Dia ulang alik buat macam tue adalah dalam 6-7 kali. Naik senak perut aku kena tepuk.

Lepas tu dia selak-selak pulak baju aku dok intai-intai perut yang berlemak tue. Entah apa yang nak di skodengnya entah. Bila Ayah tegur cakap malu lah buat macam tue, dia pon tak buat dah. Nampak Ayah tengah landing baek punye, dia amek spek habi & buat macam nak pakai. Malam tadi sampai dah terkepak or tekangkang luas dah spek habi di buatnya. Seb baek tak patah. Lepas dia buat dajal kat spek habi, pandai pulak dia bagi balik. Buat muka tak bersalah. Dia tengok je camne habi betulkan balik spek tue. Pastu pegi main balik. Sabo jelah T_T

Pastu pantang sungguh kalau aku pergi ke kitchen. Asyik mengekor aje. Kalau aku tengah sibuk memasak, selalunya dia punggah la kabinet dapur tu keluarkan segala periuk belanga & tupperware yg aku simpan dalam tue. Kejap jer dah bersepah. Lantak lah asal dia tak kaco aku kan. Kalau habi bukak je grill pintu belakang tue, dia pon pantas je keluar & panggil cat...cat...

Sebabnya kucen jiran selang sebuah rumah tu mmg selalu datang kat belakang tu. So dia memang dah tau la klu nak main dengan cat, pergi ke pintu belakang tu. Kesian aku tengok kucen-kucen yg comel tu kena buli sama budak kecik tu. Dia tarik ekor, dia ramas bulu & sometimes dia nak pijak badan kucen yg tgh landing baek atas simen tuh. Mulut habi memang asyik pot pet jer kalau bawak Naurah keluar kat situ. Laki ku yang tak berapa banyak berkata-kata itu telah jadi mamat kepochi dek kerana melayan karenah anak. Kelakar.

Eventho penat melayan ligat si Naurah tue, kami suami isteri memang terhibur sangat dengan gelagat dia. Memang betul lah ayat yang mengatakan anak itu penyeri kepada sesebuah rumah tangga. Dalam pada dia ligat tuh, dia suka & senang juga bila tiba masa untuk belajar. Aku dah start ajar dia buku Al Furqan 1. Yang belajar sebutan-sebutan sebagai asas dalam Al-Quran tuh. Senang jer sebutan-sebutan dia. Memang sesuai utk di ajar utk budak-budak yg baya Naurah.

Contoh sebutan maca: Ma Ma, Ba Ba, Ya Ya, Ja Ja - semuanya sebutan yg ada huruf jawinya lah

Ustazah Naurah

Senang jer Naurah imitate balik bila aku ajar dia. Memang dia dah boleh sebut dengan betul pun. Seronok aku ajar dia. Dalam pada dia main-main toys tue, mulut dia mengikut apa yang aku suruh dia sebut. Bagus.

Pastu aku try jugak ajar set Little Readers tuh. Ikot je cara-cara mengajar dlm vcd yang disertakan tu. Yang ini pun Naurah respond jugak. Cuma agak susah untuk dia sebut bunyi huruf C yg mcm kena sebut 'keh' tu. Tapi bila sebut benda yang ada C tu dia dapat ikut jugak sikit-sikit. Macam Clown & Cup. Pelat sket ah. Hehe.

Yang belajar nie aku tak buat hari-hari pun. Once in a week jer selalunya. Aku yang malas. Bukannya Naurah T_T

Ustazah duduk atas rehal Quran Ibu? T_T

Untuk hari-hari aku masih stick pd vcd Noddy aje. Sekarang lagi best sebab Naurah dah pandai ikut buat pergerakan dalam lagu-lagu tue. Aku pon selalu nyanyikan lagu-lagu Noddy bila pakaikan dia baju ker, dalam kereta on the way ke nursery ker. Dia pon cepat jelah goyang-goyang badan & ikot some of the movements yg dia ingat bila dinyanyikan lagu-lagu dlm cerita Noddy tu.

Kantoi Ustazah pakai seluar pendek. Miahaha =B

Budak-budak baya Naurah nie memang sangat suka imitate apa yang dia dengar & nampak kan? Sebab itukah everytime Naurah nampak aku & habi hugging each other dia marah? Hahaha. Pastu kedek-kedek datang dekat Ibu suruh hug dia pulak. Kecik-kecik dah jeles meh? Nak Ibu sayang sama dia saje, tak boleh sayang sama Ayah yer? Keh kehh =B

Budak jeles =b

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat