Kuching. Here We Come!


Hinss..hinssss. Dah tak lama dah weyy =D

Aku pun dah roger-roger sama Maya yang duduk kat Kuching sano. Well, Maya nie sebenarnya bukan la original nya kawan aku. Dia kawan adik aku si Lisa. Study TESL sama-sama kat Uitm, Shah Alam dulu. Now dua-dua pon dah jadi Teacher.

Masa diorang study dulu, kadang-kadang aku datang sana saje jenguk Lisa. So memang selalu diorang berdua nielah yang aku jumpa. Macam kembar siamang la senang cakap. Hahh? Ok. Abaikan =B

Maya lepas abes study dapat mengajar kat Sarawak negeri tumpah darahnya. Awal tahun  nie dapat tukar ke bandar Kuching atas masalah kesihatan. So rasanya dia duduk dgn family lah. Senang kalau ada apa-apa. Syukur Alhamdulillah.

So aku pon saje roger dia ckp nak bercuti ke sana. Dia pon tawarkan diri nak bawak pergi tempat-tempat yang best utk shopping. Hehe. Bab nie memang aku like sangat-sangat. Kecik tapak tangan, baju aku tadahkan =b 

So hari Ahad tu aku dah ada tour guide yer. Maya kata hotel yang aku akan menginap nanti memang tengah bandar. Senang sangat nak g shopping sebab dekat dgn tempatnya. As always kalau ingat Sarawak, aku mesti akan ingat sama terubuk masin, kek lapis, pasu & juga tikar. 

So hrpnya dptlah aku beli antara brg-brg nie with a good price. Lagi bagus kalau ada org tempatan kan? So peniaga tak boleh nak naik harga suka-suka hati bila tahu kita bukan local people. Mana-mana pergi pon selalu jadi kes macam nie. Tak suka!

Sbnrnya aku takde idea nk update blog. Tu psl buat entry nk pegi holiday nih. Idea murahan. Hahaha =B

Popular Posts