My Vacation Tips

Hi guys =) Yep yep. I'm back already. I don't know if our trip at Kuching can be called a holiday or not because my whole body is aching everywhere. I felt exhausted & thinking of going for massage sometime on this coming weekend. Oh my. What a 'holiday' =.=

Selain daripada sakit-sakit badan seperti yang aku bebelkan di atas, percutian ke Kuching dari 22-24 May 2011 yang lepas adalah sangat memorable for us. Ada beberapa tips yang aku nak share dengan anda semua sekiranya anda juga bercadang mahukan percutian seperti kami. Sebelum aku bercerita panjang tentang percutian kami di Kuching, aku mulakan dengan entry tips ini dulu yer.

Naik kerja hari nie sudahlah datang lewat, punch card merah, lepas on pc, plug power with the wire extension terbakar pulak. Tengah syok-syok nak transfer gambar kat Kuching, tiba-tiba pc off. Siot betol! Informed receptionist to call for CVL Maintenance, sudah 1 jam masih tak sampai-sampai lagi. Sudahnya aku menumpang kat pc Azman nie hah. Sementara dia keluar, bolehlah aku pakai. Dia dah balik karang, tersadai lah aku keboringan balik merempat kat tempat office mates yang lain pulak. Alahai...

Enough of my unlucky situation at the office now. Meh aku bagi beberapa tips yang agak berguna untuk anda yang lebih kurang keadaannya macam kami. Maksud aku, nak pergi bercuti naik flight bersama dengan seorang anak kecil macam Naurah. Sangat tak sama ok dengan pergi bercuti samada berkumpulan dengan kawan-kawan, suami isteri or single.

Tip 1

Kalau anda ada anak seorang baya-baya Naurah & naik flight Air Asia, sila bawa stroller/pram bersama yer. Aku+habi memang sangat jarang guna stroller yang Abang aku bagi dulu. After sudah pass itu stroller pd adik aku Lisa lepas dia bersalinkan Abu Bakar akhir tahun lepas, kami memang sudah takde stroller. Makanya after booked tiket AirAsiaGo ke Kuching, kami beli 2nd hand stroller Capella secara online. Memang khas beli utk trip ke Kuching. Memang tak sia-sia beli. Kalau tak bwk stroller nih, boleh patah tangan & pinggang kami dibuatnya. Perjalanan nak boarding ke flight AirAsia adalah sangat jauh ok! Air Asia punya plane dekat hujuuuung sekali. Jauh! Jauh!Jauh! Penat T_T So stroller adalah sgt sgt sgt membantu. 

Syukur Naurah behave je ddk dlm stroller eventhough dia tak biasa. Maybe dia pun faham keadaan kami. Dengan handbag gabak aku. Dgn laptop backpack habi lagi. Kamera DSLR gabak lagi. Phewww. Lagi 1 kegunaan stroller nih, if anak anda nak berdukung jugak, barang-barang anda boleh lah letak dalam stroller. Ok jugak. Dan stroller boleh tolak sampai nak naik tangga pesawat. Tinggal kat situ nanti org yang bertanggungjawab akan masukkan dalam tempat bagasi. Easy =)

Tip 2

Pastikan anda sampai ke airport 2-3 jam awal dari waktu penerbangan. Ini penting yer. Naik flight bukan macam naik bas. Leceh sebab banyak prosedur safety. Kalau anda mahu check in di kaunter, belum pon ke kaunter, bagasi dah nak kena screen. Pastu kat kaunter check in lagi. Kalau que tak panjang, ok lagi. Kalau panjang, dah ambil masa lagi kat situ. Then bila flight anda sudah calling for boarding, pd aku better terus je masok boarding ke flight. Tak payah nak tunggu-tunggu last minute hegeh-hegeh lagi. Anda perlu ingat yang anda bawa anak. Bukan boleh lari-lari nak naik plane if dah terlewat. Ingat juga perjalanan nak boarding ke plane adalah jauh bg Air Asia yer! Mau makan 15-20 minit berjalan kaki.  Rasa macam nak nangis T_T (LCCT)

Kalau balik dr bercuti & barang shopping anda banyak (mcm kami =.=), lagi penting kena sampai airport awal. Urusan bwk balik brg shopping, penimbangan & pembayaran juga akan mengambil masa. Macam kami 30kg berat barang dah kena bayar RM90. Masa timbang 34kg. Kena add RM120 lagi. Total RM210. Gila tak? So aku pon dpt idea kurangkan 4kg dlm bagasi besar & top up yang carry in punya luggage. Jenuh kena punggah baju kotor sumbat-sumbat dlm handbag gabak & backpack laptop habi. Tak sanggup aku nak bayo RM120 lagi ohh! Seb baek kakak kat kaunter tu ok melayan kitorang. Menunggu dengan penuh sabar proses pemunggahan.

Sepatutnya carry in luggage setiap seorang tak boleh lebih dari 7kg. Tapi kakak tu lepaskan jer kami walhal kalau ditimbang, masing-masing maybe carry 14kg seorang. Wahahaha. So aku consider kami bertuah sikitlah bab nie. Thank you kakak! =)

Tip 3

Bila anda berholiday bersama anak kecil seperti Naurah, jangan berharap dapat tour banyak tempat pelancongan yang menarik. Apetah lagi kalau tempat yang anda nak pergi tu memakan masa sampai 2-3 jam. Kecuali anda memang tak kisah anak anda melalak kerana kepanasan atau tidak selesa. Berholiday bersama anak, priority tetap tertumpu pd dia. Kena tengok mood dia macam mana. Kalau cranky, memang balik hotel jelah jawabnya. Tak kuasa aku nak bawak anak jalan-jalan time mood dia hampeh. Kesian pon yer. Jadi mak nie memang la mudah tersentuh hati. Takpelah tak dapat pergi tempat yang nak dilawati pon. Anak tetap jadi keutamaan. Aku pasti bukan aku je yg akan bertindak macam nie. Mak-mak yang lain pon pasti sama =)

Tip 4
Bawak luggage kosong untuk isi barang hasil shopping. Eventho aku cuma bawak bag recycle Pureen yang agak besar jugak, ia sangat membantu kami. Lebih-lebih lagi bila kes nak kurangkan 4kg dr luggage besar tuh. Beg recycle tulah jadi penyelamat utk kami isi baju-baju kotor semua. Phewww. 

Baju-baju kotor jugak bila di packing utk balik, masukkan dalam beg plastik siap-siap. Jangan terus masok dlm beg besar macam tu jer. Sangat memudahkan lebih-lebih lagi bila dalam situasi kes aku tadi tuh. Keluarkan 1 plastik, dah kurang 2kg. Jimat masa & tenaga.

Overall, Kuching is a very interesting place to explore. Eventho tak dapat merayau jauh-jauh, the city itself dah ok sangat dah. Apetah lagi bagi pelancong yang melancong dengan anak kecil macam kami nih. Waterfront tu petang-petang & awal malam sangat syok utk jalan-jalan. Naurah pun suka tengok  the boats, the cruise ship & sungai Sarawak. Nice bangat! =)

Hmm...itu jelah a few tips yang aku ingat utk share dengan korang. Penat dah menaip. Dah 2 jam, maintenance people tak sampai-sampai pon lagi. Hampeh betol! =.=

Sempat tengok pelancaran kereta Myvi baru kat depan opis nie hah kejap tadi. Ini baru untuk press release punye. Kitorang main terjah jer masok tadi. Hehe. Tengok-tengok jer. Bukan buat ape pong. Cantik ahh interior  dalam Myvi baru nih. Gear auto pon dah letak kat dashboard. Bukan dekat bawah lagi. Myvi Elegance warna dark purple adalah sangat menarik perhatian. Huhuh. Price range pon lebih kurang macam dulu jer. RM44-RM57k. Nice =)

Kalau pc dah ok, petang sikit dapatlah upload gambar masa kat Kuching =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat