E-Shop For Child Education

Alahai...pagi-pagi nak pergi kerja tadi dah nampak 1 eksiden. Motor & lori kecik. Result: penunggang motor mati di tempat kejadian. Tak sure bangsa apa. Aku pon berani jeling-jeling gitu jer. Masa aku lalu situ, ada sorang jer polis trafik yang jaga. Nampak ler penunggang tu dok telungkup tak bergerak. Seb baek tak nampak apa-apa yang horror sgt. Itu pon badan aku dah seram sejuk sikit T_T

Hari nie Naurah tak pergi nursery. My dad, my mom, my lil sis & bro ada kat rumah. Diorang sampai petang semalam dari Gurun, Kedah. Diorang cuti-cuti kat sana with my sister. Jalan-jalan Langkawi & Gunung Jerai. Esok my dad ada check up at HUKM. Thats y diorang lepak rumah aku dulu. Naurah hepi betol dapat jumpa sama Atok & Nenek Johor. 

Dah 2 bulan aku tak balik sana. So cadangnya lepas Abah discharge nanti, aku pon akan turut balik ke kampong. Cuti pon bos dah approved for 2 days. Isnin & Selasa. Balance annual leave aku tinggal 10 days jer. Cukup la tu utk cuti Hari Raya nanti. Tahun nie Raya kat Johor dulu. Yahoooooo!!! =D

Ohh. As Mama Adif ada tanya aku tentang cara mendapatkan buku Al Furqan. Aku beli buku nie online aje. So pada anda-anda yang berminat, boleh lah ke sini yer. Masa mula-mula aku belek buku Al Furqan nih, rasa macam shocked sikit sebab caranya lain sangat dengan cara masa kita mula-mula belajar mengaji dulu. Dulu kan kita start dengan muqaddam. Belajar huruf dulu, baris atas, baris bawah, tanwin etc. Dalam Al Furqan nih, Buku 1 diajar tentang membunyikan suku kata  terus. 

Aku beli set yang mengandungi 4 buku & 1 vcd. Vcd tue ada mengajar kita kaedah utk mengajar anak. Ada intonasi-intonasi suara yang maybe boleh membuatkan anak lebih tertarik utk belajar.

Aku tertarik utk membeli set kartun Dora yang mempunyai dwi bahasa. English & Arabic. Next gaji Insyallah boleh la beli. This gaji kene save sebab nak balik kampong. Hehe.

Ok. Thats all for my morning entry. Nak buat kerja pulak =)

Toodles~

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat