Naurah @ Kampong


Inilah gambo budak kecik pakai kurung pegi attend wedding kat kampong. Pegi dgn Atok & Nenek aje. Tak kisah pon tengok Ibu dok bye-bye. Tak sedih tinggalkan Ibu ker Naurah? T_T

Syukurlah Naurah behave jer masa pergi sana. Atok kata ramai yang tegur Naurah. Budak-budak lain pakai baju sepsi-sepsi sebab panas. Cucu Atok nie sorang jer yang comel pakai baju kurung. Hehe.

Itu Kakak Mija my older sister 1st daughter. Rajin sungguh dia melayan Naurah. Sampai Naurah naik rimas. Naurah sekarang nie kalau siapa-siapa asyik usik dia walhal dia tak suka, laju je tangan nak cepuk orang yang mengacau tuh.

Bila aku marah, dengan aku sekali kekadang dia nak cepuk. Sabokan jelah. Kalo aku marah lagi, dia nangis pulak. Adehhh. Tapi aku tak boleh biar tabiat dia suka pukul orang nih. Tak baik ok! Marah macam mane pon, jangan pukul orang. Tak bagus.

Kalau aku tak marah, dia akan ingat benda yang dia buat tu betul. So, aku tetap kena marah eventho lepas tu kena pujuk dia pulak sebab menangis. Ibu marah sebab Ibu sayang Naurah. Ibu nak Naurah jadi budak yang baik. Di sayangi ramai. Ibu harap Naurah faham satu hari nanti.

Popular Posts