Abah


Abah aku ade kat rumah aku skrg nie. Dia sensorang ajelah kat rumah since Anje hari nie ke kolej di Gombak mengambil jubah konvo utk majlis Sabtu nie.

Pagi tadi aku sempat pesan kat Anje soh belikan Abah breakfast since aku dah lewat as usual keluar dari rumah nak mengantor si Naurah ke nursery dulu sebelom ke office. Aku tak tahulah Anje belikan Abah ape. Aku soh dia tanya Abah dulu ape yg nak dimakan.

Aku lansong tak ingat utk lunch Abah nak makan ape pulak? Semalam aku tak masak since habi bwk nasi ayam dara lebihan makan-makan kat office dia 2 bungkus. Kebetulan MIL belikan Naurah nasi ayam petang tue. So dah settled pasal makan malam sebab habi just habiskan nasi Naurah, nasi yang habi bwk dr opis tu satu sorang lah utk aku & Anje. Thats y takde lah lauk lebihan if aku masak semalam.

Kat opis baru aku teringat Abah nak makan ape lunch nie? Manjang lupe aje aku nie nak entertain Abah T_T Aku harap kalo Abah lapo, pandai-pandai lah dia masak mee megi ker ape jelah yg ade kt dapur rumah aku tuh. Semuanya ada. Lauk ikan, kerang, telur, sayuran semuanya ada dalam fridge tuh. Tinggal rajin nak masak atau tidak aje. Takpon berharap Anje beli breakfast yang berat pagi tadi plus kuih muih etc. Harap adik aku tu boleh di harap la sekali sekala. Bukan selalu pon aku berharap apa-apa kat dia. Hehe.

Abah aku tu sebenarnya bukan pemakan or kuat makan pon. Kalo makan ciput aje. Kadang-kadang dia malas makan pon iyer. Tak selera katanya sejak usia dah makin meningkat nih. Macam gitulah orang tua-tua nie kan? Mak aku pon lebih kurang gitu jugak. Dah tak pemakan macam masa muda² dulu.

Rupanya minor surgery Abah yang di jadualkan semalam tak jadi lagi. Aku rasa ada dalam 6-7 kali dah surgery nie tak jadi. 2 kali dah masok dewan bedah, tapi batal. Semalam Abah kata doc siap dah bius kaki Abah dah sebab nak masokkan belon tu dari saluran peha pulak instead of pergelangan tangan macam yg sebelum nih. Entah nape bila a few of the docs discussed lagi, they decided utk tak teruskan surgery tuh. Abah kate Prof. tu cakap camnie

" Saya dah beribu-ribu kali buat surgery nie Pakcik. Instinct saya kata, tak perlu lah buat surgery nie. Saya rasa macam tak sedap hati nih "

Well, bila doc dah cakap gitu, Abah aku pon of course lah lagi tak sedap hati nak teruskan yerp? Bila doc tanya Abah aku macam mane, Abah aku cakap dia ikot kata doc ajelah. Bravo Abah! You've made a right decision =)

Aku cakap dengan Abah macam nie. 

" Dah banyak kali dah Bah tertangguh surgery Abah nie. Kite rasa mesti ada hikmah di sebaliknya. Allah nak sampaikan sesuatu dari surgery yang banyak kali tertangguh nie "

Maybe sebenarnya memang tak perlu buat surgery nie dengan keadaan Abah yang sekarang nie. Maybe akan bg kesan yang lebih teruk pd kesihatan Abah or lebih teruk lagi, ajal Abah sampai sebelum tiba masa yang Allah dah tetapkan. Allah pasti dah merancang sesuatu yang lebih baik utk Abah. Itu aku pasti.

Abah pon agreed bila aku cakap macam tue. Dia pon terima dengan hati terbuka pasal pembatalan surgery dia yang berulang kali tuh. Esok Abah ada check up lagi di HUKM. Aku harap semuanya baik-baik saje.

Moga Allah bagi masa yang lebih panjang utk kami sekeluarga berkasih sayang antara 1 sama lain. Amin.


Popular Posts