Bangkok - Day 2

Safari World


For hari Khamis & Jumaat kami di kota Bangkok, Abg Eddy dah chartered siap-siap van gabak yang akan membawa kami ke mana saja destinasi yang kami mahukan. Bayaran utk 2 hari chartered van adalah Thai Baht 5000 = RM500. Err..aku pon tak tahu murah ker mahal rate nih. Tapi memang puas berjalan & sangat selesa sbb van besar gabak mcm yg dlm gambar entry semalam kat Suvarnabhumi Airport tuh. Plus tak runsing-runsing pasal kenderaan pergi balik. Aku & family as usual, ikot ketua tour guide ajelah. Hehe.

Perjalanan dari kota Bangkok ke Safari World mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Kira macam area luar bandar jugaklah sebab SW nie luas sungguh kawasan jajahannya yerp! Cuaca pagi tu mendung & hujan renyai-renyai. So sampai² je kami di sana, beli baju hujan dulu. Senang nak berjalan. Since Emriel taknak pakai baju hujan, Abg Eddy belikan dia payung comel yg kdg² Naurah pulak yg guna. Huhu.

So perjalanan kami melihat pelbagai jenis menatang pon bermula. Mula² gegas ke Bird Show. Dah tengah² show pon masa tue. Kebetulan ada rombongan budak² sekolah rendah pulak hari tue. Ramai gila ok! Aku rasa ada dalam 300 budak kot. Buat nyemak je kdg² aku rasa. Wahaha. Tourist dari kalangan mat saleh pon memang ramai. Dari India & China pon not bad. Dari Malaysia adalah aku nampak tak lebih dari 10 orang. Keh kehh. Sebab Bird Show dah tengah² & macam tak berapa nak best, kitorang skip & bergerak ke show yang akan dijalankan seterusnya iaitu Seal Show (anjing laut).

Lepas Seal Show, Elephant Show & last sekali Dolphin Show. Semua shows nie sangat menarik yerp! Cumanya patot gunakan English language supaya tourist lebih faham apa yang di perkatakan. Bila banyak guna bahasa Thai, tak paham kebenda la ape yg juru acara tu membebel. Haha. Kak Ya cakap, maybe sebab ada rombongan budak² sekolah tue yg membuatkan kena cakap byk bahasa Thai. Apa² pon, pengalaman tengok shows menatang² bijak nie memang menghiburkan. Lagi² utk budak² macam Emriel & Naurah.





Lepas semua show tamat, kitorang jalan-jalan free & easy dalam Safari World tuh. Banyak lagi menatang yang menarik utk di lihat macam Tiger, Birds, Gajah Laut, Monkey, Iguana, Crocodile etc. Tengok tiger paling best sebab ade tunnel yang bwk kite ke dalam 1 ruangan yang boleh nampak dekat giler dgn rimau tuh. Seriau la jugak bile rimau jalan sebelah kite eventho dalam kurungan. Keh keh. Apa² pon, ianya pengalaman yang sangat menarik yerp! Kat Malaysia ado? Ahaha =p




Then ada 1 kawasan nih, burung kakak tua banyak giler tau dok duduk hinggap kat batang² pokok yang di sediakan. Yang peliknya tak lari pulak beburung tu semua. Dok senyap gitu je bertenggek. Tapi bunyi dia memang bising jugaklah sebab banyak sungguh. Sangat menarik lah. Hehe. Satu lagi yang menarik masa kami singgah di kurungan rimau macam Cheetah tapi warna dia coklat. Rimau nie macam manja giler sampai Anje boleh usap² hidung dia dekat kurungan tuh. Tapi aku rase kalo Anje hulur tangan dia masok dlm cage, mau kena sambor kot. Hahaha.



Lepas puas jalan-jalan dalam SW, kami naik bas utk lihat menatang kat Safari Land pulak. Masok dalam tu memang kena naik kenderaan sebab menatang kat kawasan tu memang dibiar bebas open jerp. Takde sangkar cam kat SW. Menarik jugak. Nape kat Malaysia takde buat macam tu yerp? Huhu. Bas tu memang bwk perlahan ajelah. Ada unta, bangau, zebra, lion, bear & bermacam spesis burung yang cantik². Pusing dalam tu ade dalam 40 minit jugaklah. 





Tentang fees, aku tak tahu berapa sebab semuanya Abg Eddy & Kak Ya yang sponsored. Hehe. Habis jalan kat Safari World dalam pukul 4 petang & kami pon bergerak balik ke kota Bangkok semula. Seharian kat sana memang puas lah sebab tempatnya luas. Tak terasa masa berlalu begitu pantas. So pada siapa² yang berminat nak ke SW, sila peruntukkan masa sehari utk berasa di sana ok!



Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di kilang memproses madu lebah. Ada pelbagai jenis produk yang di tawarkan. Menariknya, jurucakap yang bg kami briefing tentang khasiat madu lebah asli yang tidak di campur lansung dengan bahan asing boleh bertutur dalam bahasa Melayu/Indonesia dengan fasih sekali. Rupanya rasa madu lebah asli nih memang sangat sedap & lain dari madu yang pernah aku beli kat pasaraya. Madu dicampur dengan air sejuk adalah sangat menyegarkan rasanya. Fuhh! 

Selain dapat rasa madu lebah asli, dapat juga rasa makanan ratu lebah. Rasanya ada masam, pedas & agak pelik. Keh kehh. Bijian tu macam sebesar beras bulat-bulat tuh. Hehe. Payah nak bg contoh. Madu asli nie Abg Eddy & Kak Ya je yang beli. Kami yang semekin nie tak mampu ler nak beli 1 botol = Thai Baht 2500. Yang kami mampu cuma beli sabun madu lebah yang di campur dengan alovera, oats & saffron. Kami beli 3 jenis itu yang setiap satunya berharga Thai Baht 150 sahaja. Jadilah dari tak ada lansong. Huhu.

Kat kilang madu nie aku tak sempat nak snap gambor lansong sebab camera tinggal dalam beg kat van. So, ini cerita tanpa gambar lah yerp! Hampir 1 jam jugalah kami kat sana. Sampai hotel dah maghrib gitulah. Mandi-mandi, rehat-rehat & masak-masak. Tengok tv & zzzzzzz.

End of Day 2


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat