Bangkok: Wait For Us!

Flight tickets & hotel di Bangkok has been booked. Itu bermakna, bulan depan, Insyallah kami sekeluarga kecik ini akan sekali lagi pergi bercuti. Kali ini kami akan ke negara Thailand dgn menaiki kapal terbang Air Asia. Merasa la pulak naik Air Asia for international flight. Cukup haul la kiranya after this. Hehe.

OMG, kenapa aku rasa macam letih tiba-tiba? Sometimes aku second doubt about my decision to go for this trip. Terutamanya bila mengenangkan hal-hal berkaitan ongkos & penat. Tapi bila fikir tentang keseronokan melihat tempat orang, 2 perkara tadi tu dah tolak tepi. Sigh. Poyo tak aku? T_T

It just that utk trip yang ini, kakak & keluarga abang aku ada sekali. Well, Anje my younger sister yang sekarang stay with me pon sudah masok dalam senarai malam tadi. Cumanya dia kena buat pasport dulu macam Naurah. Tak sampai hati kakak aku utk tak ajak dia since dia tinggal sekali dengan aku skrg. Aku pon sebelum nie macam serba salah nak cakap dgn Anje aku akan kemana time nak bertolak tu sok. Seb baek kakak aku baik hati nak sponsor lagi sorang utk ticket flight. Moga Kak Ya akan selalu murah rezeki. Amin.

Baru dapat info yang lebih tepat dari Kak Ya tentang holiday ke Bangkok nie. Sebenarnya Abang aku yang bekerja sbg PTD di Kementerian Luar Bandar & Wilayah ada tugas kat sana. So dia pon bercadang nak bawak his wife & son utk bercuti ke sana sekali. Dia ajak Kak Ya join kununnya spy his wife & son ada teman/kawan nak berjalan-jalan kat Bangkok nanti.

Kak Ya macam tak sampai hati nak tolak. So dia rasa lebih meriah kalau aku & family join since pasport aku tu pon pernah pakai sekali jer dulu. Rugi katanya. Kebetulan pasport habi pon pernah pakai sekali aje masa dia pergi Singapore dulu. So, macam cantek sangat la kan. Hehe.

Aku cakap dgn Kak Ya yang kitorang baru planned nak ke Thailand next year. Tup tup dapat pegi awal pulak. Hihi. Dia kata next year boleh la pergi negara lain pulak katanya kalo gitu. Gold Coast maybe? Wahahaha..banyak duit aku? Verangan tak salah. Sebab tak kena bayar =B

Aku ingat lagi masa pergi holiday kat Ho Chi Minh tahun 2009 dulu. Masa tu kan pergi dgn Kak Ya jer dengan a few of her office mates. 3 hari 2 malam pergi sana, memang aku dah tak sabo nak balik ke Malaysia. Sebabnya makanan kat sana tak kena tekak sgt la weyh. Udah ler mahal & tempat pon terhad nak cari makanan halal. Mane aku tak rindu nak balik cecepat. Nak pekena Nasi Lemak power. Hihi.

Kitchen magnet jual tepi jalan. 1USD=10 pcs. Gile kalo x rambang mata...haha
Kue Teow Sup Vietnamese Style + Milo Tarik = RM24.00 Danggg!!

Kat Bangkok nie aku tak pasti la macam mana tang makanan dia nanti. Tapi yang pasti aku akan bwk mee megi dlm cup segera tuh & maybe a loaf of bread. Dah terkena masa pegi Vietnam dulu tuh. Serik! Apetah lagi kali nie pegi sampai 4 hari. Kalo makan tak cukup, camne nak ade tenaga utk g shopping nanti?

Wahahah...tengok lah. Pasal makanan yang aku riso sangat pulak. Mane badan tak macam tong dram? =.=

Nie 1 hal lagi si kecik Naurah tue. Masa g Kuching aritu kitorang pergi McD & KFC semata-mata sebab dia takmo makan makanan biasa kat sana. Punyelah memilih budak kecik tue. Payoh sungguh! Nie g Bangkok sok macam mane pulak? Ade yang bawak periuk nasik or induction cooker sok nih naik flight. Kah kahh =p

Naurah, berjalan lagi lah kita bulan depan nak! Tak sia-sia Ibu beli stroller tu dulu semata-mata sbb nak pegi holiday naik flight hari tue. Bulan depan dah kena guna lagi. Hehe =p
Stroller yang super berjasa bila pergi holiday. Terutamanya kalau naik flight Air Asia =.=

* tengah isi borang permohonan pasport utk Naurah. gambo pasport lom amek lagi. adehhh....T_T

Popular Posts