Keluarga Bahgia? Kah kahh

Balik keje petang semalam sembang² macam biasa dengan habi dalam kereta. Tiba² dia kata esok aku kena balik rumah tumpang Siti or Mages officemates aku sebab dia nak g Stadium Bukit Jalil tengok Msia Vs Singapore. Teros aku tarik muka 28+ tahun. Mata pula ala-ala berkaca manikam. Ecewahh...

Sbnrnya aku tak suka nak nyusahkan orang numpang-numpang balik nie. Bila aku ingat² balik, rasanya habi memang pernah mention psl dia nk g stadium nih. Tapi sekali  tue jelah cakap & thats happen a few weeks ago. Manelah aku nak ingat kann?? So rase macam marah la sikit apasal pulak dah nak pegi esok, hari nie baru nak cakap. Last minute sungguh. Tak sempat aku nak buat persiapan mental menghadapinya. Sedih I taw! Padahal ngada² lebih. Biase lah perempuan......

So, 15 minutes perjalanan balik dr opis ke rumah is SILENT. Dia tanya² pasal benda lain pon aku malas nak layan. Mak sentap taw! T_T

Dalam pada aku mendiamkan diri tuh, aku fikir jugaklah yang tindakan aku memboikot habi pasal dia nak tengok bola adalah exaggerate saje sebenarnya. Kalo nak jadi isteri mithali, kenalah bagi kelonggaran utk suami if dia sekali sekala nak keluar bersosial dengan kawan²nya. Bukan selalu sangat pon. Setahun dalam 2-3 kali aje seingat otak aku nih. Lagipon kawan dia selalu tengok bola tu bukannya aku tak kenal. Dah a few times jumpa & sesekali bersama dgn isteri & anaknya juga. Jadi ape aku nak kesahkan sangat kan?

Sebab selok nk jadi isteri mithali, aku carik idea camne nak pekena laki aku dalam pada dia meninggalkan aku bersama anak utk beriang gumbira bersama kengkawannya. Syok gak nie sbb dia tengah gelabah ayam tue tengok aku merajok. Keh kehh. Otak aku kalo bab nak pekena ke laki sendiri memang superb functionnya. Terbaekk ok! =D

So aku pon memecahkan kesunyian petang Rabu. Ok, Abang kena belanja orang makan sedap-sedap kalo nak pergi! Ngeh ngeh. Makan aje yang aku ingat. Sbb pasal baju bajan dia dah janji memang nak belikan bulan nie. So, tinggal ape lagi? Makan lahh! Apa lagi? Bak kata KOG =B

Laki aku geleng kepala jelah dengar permintaan aku tuh. Tapi sebab malas nak berdepan dengan muncung isteri yang boleh di ikat dengan getah tempe, dia merelakan sajelah dirinya di ketuk ketampikan oleh aku. Hak hak.

Sebenarnya aku dok teringat kat Abah aku kesian maybe tak makan lunch semalam. So nak tunggu aku bersilat kat dapur, lambat la sikit siap masakannya. Cara paling efektif, belanja Abah makan kat luar ler ape lagik? Dah ada peluang, aku pon ketuk la habi punya duit gaji. Lagi pon duit gaji aku belom keluar lansong dari ATM. So, mak takde duit in hand ok! Syiling jer banyak. Haha.

Lepas habi dengar aku cerita pasal Abah, dia pon lebih redho utk dirinya di ketuk ketampikan. Sekian, cerita pada petang Rabu. Ok, dah boleh pasang lagu Keluarga Bahagia dari kumpulan nasyid Saujana sikalang juga! Kan Nano Nor kann? kann?? Heee =B

Contoh keluarga bahagia...kah kahhh

Popular Posts