The Office & Another Jokes


The environment outside looks gloomy. I saw from the transparent glass of the main door that it looks like a very sad morning. Cloudy. But not because its going to be raining. Its the hazards of course.

The environment in my office is not much differs from the outside. 

Keadaan ada tegang sikit between a few staffs berkenaan hal kerja. Ini kes orang-orang yang bertaraf atasan sikitlah. Aku nie jadik tukang pemerhati ajelah. Yang sentiasa bersedia meminjamkan telinga yang dipinjamkan Allah ini untuk mendengar sebarang keluhan dari rakan sekerja yang sedang tertekan dengan kerja-kerja semasa.

Aku pon tak reti nak komen lebih-lebih. Dengar cerita dari pelbagai pihak kadang kala membuatkan aku bertambah keliru. Aku cuma berharap ending nya nanti takkan menyebabkan ada yang memberikan surrat resignation pada HR. Tapi kalau big boss yang buat gitu aku sangat alu-alukan. Kah kahh =p

Well, gusi aku masih bengkak lagi hari nie. Tapi itu tak menghalang aku dari makan nasi goreng berlaukkan rendang kerang pagi ini. Pergh! Rosak diet aku weh. Sudah ler lunch hour nanti nak makan Kenny Rogers pulak ada orang belanja. Maybe aku tak makan & tapau bwk balik rumah aje kot. Bagi kat habi or my sister jerp. Gitulah cadangnya. Tapi manelah tau kot-kot perot aku boleh masok byk makanan hari nie kan? Haha.. Dasar pemakan sungguh! =B



Pagi tadi ada bahan lawak lagi dari habi. Masa tu dah siap nak ke opis & aku sedang dukung Naurah. Habi tengah sidai baju kat ampaian bahagian dapur. Aku & Naurah jadi pemerhati jelah sambil sembang berbasa-basi. Tiba-tiba macam ade dengar bunyik bising-bising sket kat laman belakang rumah jiran sebelah. Habi cakap dia nampak kucen dok tengah main-main kat situ.

Aku pon bile dengar kucen, teros lah excited nak tengok. Tapi mula-mula aku tanya dulu kat habi.

" Comel tak kucen nya bang? "

Habi pon jawab.

" Entah. Abang mane tau kucen tu comel ke tak. Nama pon kucen. Sama jerlah semuanya."

Wahahaha...aku dah tak tahan nak gelak. Kalo tak sebab tengah dokong si Naurah, aku dah nak guling-guling dah dekat lantai dapur rumah aku tuh. Hehe. Over pulak aku yerp? =p

Orang yang tak minat pada kucen maybe memang macam laki aku tuelah jawapannya. Tak tau nak beza kucen comel ke tak comel ker. Pada dia muka kucen semuanya sama. Tapi kalau orang yang minat & sayang bangat sama kucen macam aku nih, of course semua kucen ada muka-muka yang berbeza. Macam manusia jugak. Ada lawa, ada yang tak bape nak lawa. Betol tak? Hihi....

Lately habi sangat suka buat lawak. Pastu makin kuat mengusik aku. Aku pulak asek nak tarik muka 28 pada dia bila kena usik. Makin aku tarik muka, makin kuat dia menyakat. Bila aku cakap " Abang nie janganlah...."

Ada saje suara budak kecik mengajuk " jangan lahhh....." 

T_T


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat