18.8 Means 18 Months


Happy 18th months dear Naurah Zayanie =D

Ibu doa pada Allah supaya sentiasa merahmati hidup kamu. Diberikan kesihatan yang baik & panjang umurnya. Moga sentiasa bijak & hormat pada semua orang. Barulah kamu disukai ramai spt susu F&N tahu! Hehehe. 

Hari Sabtu nie Insyallah Ibu & Ayah nak bawak ko pegi cucuk kat An Nur. Cucukan yang terakhir sebelum ko betol-betol jadi seperti big gurl. Boleh dapat ijazah injection dah ko Naurah. Suke tak? Suke tak? =p

Ohh..hari nie jugak 1st year birthday for adik Alfiy Hafeez ko tau! Cepat ucap Hepi Besday kat dia. Kalo tak Ibu babab. Nak? Hahaha.

Naurah, eventho ko makin hari makin nakal & bekeng, Ibu sama Ayah tetap sayang sama ko ok! Kami marah sebab kami tak mahu ko jadi budak yang terlalu dimanjakan. Zaman Ibu dulu lagi teruk kena dengan Atok. Kena libas dengan tali pinggang, hanger & getah paip. Semuanya Ibu pernah rasa. Tapi Insyallah Ibu takkan buat macam tu semua pd Naurah. Ibu cuma tegur ko bila buat salah. Itu saje. Bisa? =p

Makanya Ibu percaya bila Ibu marah masa ko buat salah, itu bermakna Ibu sayang pd ko. Ibu nak didik ko supaya tahu dapat bezakan mana yang betol & apa yang salah. Tapi bukanlah everytime ko menakal Ibu dok membebel sajo. Sekali sekala aje bile Ibu rasa ko dah melampaui batas sgt. Selalunya Ibu biar aje pon ko buat sepah ke rumah seme kan? Kate orang itu pon sebahagian dr learning process utk ko juga. So Ibu akur jugalah sometimes. Hehe.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekarang ko tengah rebung. Maka Ibu dah kena start dari sekarang. Entah la Naurah. Ibu tak percaya pulak pd kaedah ko masih kecil sangat lagi. Belum layak utk dimarahi. Pada Ibu mendidik anak bermula sejak ko masih di dalam rahim Ibu lagi. Waktu tu Ibu didik ko dengan dedahkan ko pd ayat-ayat suci Allah. Ibu usaha baca hari-hari supaya ko jadi anak yang taat pd perintah Allah satu hari nanti. Supaya ko jadi anak yang baik & juga bijak.


Alhamdulillah Ibu tengok buat masa nie ko memang anak kecil yang pintar. Jelas sebutan tutur kata in certain words & cepat pulak tangkap bila Ibu ajar. Mudah utk Ibu ajar ko menyebut kalimah-kalimah Allah & juga utk pendidikan ko sewaktu hidup di dunia nih nanti. Ibu dah usaha yang terbaik utk ko & Ibu harap ko pon usaha utk diri ko sendiri ok! Jangan terlalu bergantung pd Ibu & Ayah. Cuba utk berdikari sebab Ibu & Ayah pon tak tahu sampai bila hayat kami bersama dengan ko Naurah.

Don't take it for granted dengan kesenangan hidup kita pada hari ini. If Allah nak tarik segala nikmat-Nya pada kita, sekelip mata jer semua kesenangan bertukar menjadi kesusahan. Ingat pesan Ibu ni ok!


Naurah, bila dah besar sok, ada je masalah yang ko kena selesaikan, bermohonlah pd Allah. Jangan berharap pada manusia, sentiasalah berharap pd Allah yang ada tidak kira masa. Allah tidak pernah mensia-siakan permohonan hamba-Nya yang memerlukan. Ingat juga pesanan Ibu ni ok!

Akhir kata, moga Naurah selalu happy jadi anak Ibu & Ayah. Kami tak dapat nak bagi kemewahan pd ko Naurah. Tapi kami cuba sedaya upaya utk bagi segala yang terbaik dalam kemampuan kami utk ko. Ibu harap ko sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah dah tetapkan utk keluarga kita. 

Bila kita rasa susah, jangan pandang orang yang di atas, pandanglah orang yang dibawah. Ramai lagi orang yang lebih susah keadaannya dari kita Naurah. Hati Ibu sangat tersentuh bila tengok dalam TV kanak-kanak di Somalia yang tulangnya terbonjol dek kerana kebuluran. Mereka juga diuji Allah dengan pelbagai penyakit seperti taun yang selalu meragut nyawa manusia disana. Cuba bandingkan dengan keadaan kita disini Naurah. Sangat bertuahnya kita hidup di bumi Allah ini.

Moga Allah sentiasa rahmati hidup kita sekeluarga. Amin ya rabbal alamin.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat