Aku & Safi Rania Gold

*harap boleh jd cantet & slim mcm Rozita Che Wan aci tak?...keh kehh


Nie aku nak cerita pasal kulit muka aku yang kasar sekarang. Yupp! Itulah bahana tak fikir panjang. Hidop-hidop kena tipu dengan salesman tuh. Demmit!

Selok aku kena gelak dengan habi dalam kereta on the way ke Alamanda nak g bayar duit kereta JHT. Padahal kalo dia tak buat dajal g tinggalkan aku & Naurah dengan salesman tu, maybe aku dapat larikan diri. Ini pasal dah rasa kesian & agak terpengaruh tengok salesman tu sapu krim kat tangan dia pastu teros nampak beza putih & hitam, aku pon beli ajelah dalam terkocoh-kocoh takot kena tinggal dengan habi.

Kalo ade second opinion dari habi, aku yakin memang aku takkan beli produk tak dikenali macam tu. Lagi pulak pasal nak kena sapu-sapu kat muka. Kulit muka aku Alhamdulillah tak pernah mendatangkan banyak masalah. Org kata, selalunya orang yang berkulit cerah nie, kulit mukanya byk masalah. Dalam sains pon ada cakap sebab orng kulit cerah nie ada kurang 1 pigmen kurang daya tahan berbanding orang yang berkulit sawo matang or gelap. Tapi aku tak gitu sangat. Setakat ada jerawat pasir & some freckles, aku bajet normal lah tue. Sekali sekala jerawat batu timbul bila menses. Itu pon perkara biasa. Takde hal.

Di sebabkan kulit muka aku yg tak byk masalah walaupun tak selicin & sehalus mana, aku pon memang buat tak kisah aje pasal penjagaan muka nih. Cleanser habis pon aku buat tak kisah. Berbulan-bulan kulit muka nie kadang-kadang tak pernah disentuh apa-apa bahan pembersih muka. Apetah lagi moisturizer. Memang menyedihkan. Tapi itulah aku. Orang yang tak menjaga kecantikan kulit like normal woman do =.=

3-4 hari last week aku pon sapulah krim ntah hape jenama tu ke muka. Dengan harapan freckles yang bertebaran di muka dapat pergi jauh-jauh. On weekend, aku sudah perasan memang ada perubahan yang besar terjadi pd muka aku. Kasar & kering. Demmit lagi sekali T_T Sah aku dah jadi mangsa penipuan produk kecantikan. Malang sungguh nasib aku. Dari muka elok aje, tiba² jadi masalah.

Tapi takpelah. I look at the bright side. Kalo tak kerana muka aku dah menggerutu gini, idok ler aku kesah tentang hal ehwal penjagaan muka nih. Makanya bila membaca entry Fie Ibu Kakal tentang Safi Rania Gold semalam, aku pon decided to try that product. So, lepas bayo duit kete, menyinggah ler kat Watson sebelah bank tu membeli ke produk itu. Di sebabkan aku ini orangnya tak berapa rajin, maka hanya beli pencuci muka & night cream. Cukuplah tu. Banyak-banyak kompem aku tak pakai nanti.

Yang hampehnya, night cream tu aku pakai waktu pagi nak pegi keje. Sebab malam nak kena pakai after Solat Isya' lah kan? Bln Ramadhan nie aku byk ade kat ground floor. Tak naik ke bilik sgt. So, dah jadi malas nk pakai since Isya' pon tengah malam sikit sbb nak bg si Naurah tu tido dulu. Baru aman nak solat dgn penuh khusyu' (konon-kononnya) & baca barang sehelai dua muka surat Quran (bila tak malas). Kire aci jelah tu yerp pakai siang pon. Yang penting pakai. Hehe.

Mula² aku dok selok jugak tengok produk jenama lain macam Clear, Ponds & Neutrogena. Maklomlah, aku nie orangnya agak sceptical sket dengan produk kecantikan keluaran tempatan nih. Tapi aku buang jauh² perasaan jahat tu semalam. Aku perlu berubah & mencuba sesuatu yang baru. Pendapat aku selepas 2 kali guna cleanser & krim night tu adalah BEST. Yup. Krim pon tak greasy & rasa cepat menyerap dalam kulit. Lepas pakai pencuci pulak, rasa segar & halus aje muka tuh. I like =) Aku harap SRG nie sesuai dgn kulit aku & bagi kesan yang baik. Insyallah, amin.

Eventho aku cuma pernah jumpa Fie sekali aje masa besday party Raina Mama Nurul, aku rasa kulit Fie nampak ok aje. So, dgn harapan dapat kulit muka macam Fie pon, aku dah cukup syukur pd Allah. Harapnya produk Safi Rania Gold dapat mengembalikan semula kehalusan wajah aku seperti dulu (cewahh). Insyallah, amin.

p/s: bila sesuatu yang buruk berlaku pada diri kita, tak semestinya kesudahan cerita pon patut berakhir dgn buruk juga kan? =) be +ve always. Insyallah, hati lebih tenang & bahagia...jom nyanyi lagi Keluarga Bahagia sama-sama..hihi


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat