Last Injection

Di permulaan hari minggu terakhir sebelum bercuti panjang, aku nak update pasal anak dara aku nan satu tu jelah. Ini kisah dia pegi bercucuk yang terakhir pd Sabtu lepas. Doc Khairul cakap lepas nie dah takde cucuk dah. Kecuali if Naurah aku masukkan ke private school ketika dia masok Darjah 1 nanti, itu kena pegi kat klinik mintak cucuk katanya. Kalo school biasa memang ada provide. I see. Naurah nak masok private school ke? Ibu rase macam kami tak mampu la Naurah...hehehe...

Hari tu Ibu saje survey fees for International School kat Nilai. Terbeliak mata Ibu tengok yuran kemasukan yang menjangkau RM15k o__O Tak pasal-pasal kena gelak dengan Ayah bila Ibu cerita kat dia. Ibu kate manelah tau parents Ayah nak sponsor demi cucu tercinta.....hwahahah..jangan nak berangan kata Ayah...hehehe =p Tuah ayam nampak di kaki, tuah Naurah siapa yang tahu kann? Ngeee....

Ok dah merapu banyak. Kisahnya masa Doc Khairul kasi baca sama ukur lilit kepala, dia sudah bikin Ibu agak riso. Dia kata 'ehh..keciknya kepala dia...' Aiyoh! Anak aku kerdil ker? T_T Then dia timbang berat Naurah 8.9kg. Syukur ada kenaikan. Patotlah cepat lenguh tangan aku bila dukung si kenit tue. Ukur tinggi pulak 75cm. Bila Doc Khairul tandakan semua progress Naurah dekat chart, akhirnya dia kata normal. Syukur Alhamdulillah =) Nampak je kecik budak tue, tp bila sama-sama dengan budak sebaya dia, takdelah beza sgt pon sebenarnya.

Then Doc Khairul bagi soalan cepumas. Dia dah pandai cakap? Macam perkataan mak ker ayah ker. Aku ngan habi macam terpana sebentar. Tak tahu nak cakap macam mane. Sebabnya Naurah dah boleh cakap banyak sebenarnya. Serba salah pulak nak cakap dgn doc takot dia tak percaya. Hahaha. Tapi kitorang terus terang jelah cakap yg Naurah dah banyak benda boleh sebut. Doc Khairul cakap, ye ker? Bagos la kalo macam tue. Cepat cakap la gitu. Bijak Naurah nie yer? Dia tanya ke Naurah sambil mengusap kepala si kecik tue.

Then masa utk cucuk. Kali nie kat punggung scr tiarap. Budak da beso, of kos la meraung sakan sambil meronta. Seb baek pas cucuk aku umpan dgn toys dia cepat senyap. Hehe. Doc Khairul cakap cucuk yang ini maybe akan demam, bengkak & meragam. Aku lupe nak tanya apa yang bengkak doc yerp? Tapi bab meragam tu semalam Naurah dah buat perangai. Itu nanti aku cerita lah yerp! Pastu doc check gigi Naurah yang dah agak byk memunculkan dirinya. Geraham pon dah ada. Good katanya. Tanya pemakanan Naurah & macam mana poo poo dia semua. Syukur takde masalah sgt. Naurah pon sejak cucuk 1 year dulu cuma 2 kali nak demam sbb mau tumbuh gigi. Tu pon cepat kebah sbb aku & habi bertindak pantas & tuntas. Bravo!

Doc kata budak yg duduk nursery cam Naurah kira perkembangan yang baik la gitu. Tak byk dpt sakit. Alhamdulillah doc. Syukur pd Allah. Maybe khasiat susu badan aku sepenuhnya yang sempat Naurah rasai selama 8 bulan+ sejak dia lahir dulu. Eventho lepas tu dah diganti dengan susu Anmum sampai sekarang, maybe ada juga khasiat dr formula susu tu juga. Wallahualam.

Selesai semuanya, aku pon cakap pd Naurah 'bye-bye doctor'. Aku ingat dia tamo ckp sebab sedih kan baru lepas kena cucuk. Tapi mood dia cebat aje pulih semula. Dia pon cakap dgn lemah lembutnya bye-bye doctor sambil tangan melambai. Doc Khairul macam ?????? Hahahha. Expression terkojot muka doc Khairul sampai hari nie aku masih boleh ingat sambil dia bercakap 'ehhh..dia dah boleh cakap lahh!!'. Bila aku cakap bye-bye kakak merujuk kpd nurse yang tolong bukakkan pintu, Naurah pon ikot ckp bye-bye taatak. Nurse pon cakap balik bye-bye. Hehe. 

So sweet la kamu Naurah! Oh I really love baby girls. They're so sweet aren't they? So cute & adorable. Honestly said aku akan kekok gila if 2nd baby nanti adalah lelaki. I would love to experience baby boy but I think it would be more challenging than handling a baby girl. Kite tunggu dah lihat bila tiba masanya nanti yerp! Nama baby boy pon dah ada nie. Hwahaha...selok!!

Ok itu ajelah update tentang anak aku yang semakin membesar. Lagi 6 bulan dah nak 2 tahun. Am thinking about sending her early to kindergarten since aku tengok dia macam minat jugak belajar.  Rugi kalo tak eksploit otak budak kenit tu dari awal rasanya. Rasa macam nak tukar taska la kat Naurah bila dia umur 2 tahun nanti. Nak cari yang ada bagi education banyak sket. Aku survey rupanya banyak juga taska kat taman aku tuh yang boleh tahan bagusnya. Yang islamic pon ada. Maybe dah boleh start survey & jumpa the owner utk site visit. Macam best jer nih. Heheh..

Oh I'm so excited when I think about Naurah's education. Rasa macam budak tu terlalu cepat membesar. Dah nak pergi school ke Naurah? Hehehe. Apa-apa pon ini cuma plan aje. Kalo macam awal sangat, maybe 3 tahun nanti la kot baru boleh hantar. Kui kui.



Popular Posts