Kisah JHT

This is JHT
 Masuk jer gaji bulan nie, bayar saja duit kereta, bermakna tinggal 2 bulan saja lagi payment yang perlu aku buat utk kereta JHT aku tuh. Diam tak diam, hampir 7 tahun sudah usia kereta Kelisa LE kesayangan aku tuh. Terlalu banyak jasa JHT kepada aku & kami sekeluarga.

Aku ingat lagi usai saja aku mendapat lesen P utk memandu kereta, dengan bantuan Abah & Kak Ya, akhirnya kereta JHT menjadi pengangkutan utama aku. Masa tu aku di tahun akhir belajar di UPM, Serdang. Sudah tidak perlu berebut dengan pelajar lain utk naik bas. Lega. Hehe. Masa study kat UPM, 3 tahun 1/2 aku duduk di Kolej 14. Tak pernah duduk sewa rumah sebab rasa macam leceh.

Eventho terikat dengan undang² kolej, aku rasa ada bagusnya juga sebab takdelah aku berpeleseran kat luar sampai lewat malam. Kalo duduk kat luar, ntah jadi ape agaknya aku. Who knows right? Tapi aku nie bukannya orang yg jenis panjang langkah. Paling kuat pon aku drive ke The Mines. Masa tu tak best lagi macam skrg shopping mall tuh. Tapi since dah tak banyak choice, redah ajelah dr duduk terperap kat hostel. If tak ke The Mines, kami pergi Alamanda pulak. Itu ajelah rutin weekend aku & roomates selalunya.

Sometimes aku drive jugak sorang² ke Senawang rumah kakak sulung aku. Saje datang berziarah main² dengan anak buah. Sampaikan anak buah aku asal nampak aje kereta Kelisa kaler Biru & Hitam, terus cakap kereta Cik Na. Hahaha. Banyak betol kereta aku kat jalan raya sana kan? =p

Kereta JHT tu jugaklah yang menjadi pengangkutan utama aku utk balik ke kampung di Johor nun. Sometimes balik sorang. Sometimes dengan Kak Ya bila aku dah habis study kat UPM. Lepas aku habis study kat sana, aku duduk dengan Kak Ya kat Bdr Permaisuri, Cheras. Kebetulan Kak Ya dapat transfer ke KL after almost 4 years working at Labuan, Sabah.  So masa awal² tu aku & Abang Eddy menumpang sekali la kat villa yang Kak Ya sewa dr kawan dia tue. Masa tu Bdr Permaisuri baru nak develop lah. Kira aku dapatlah saksikan pembangunan kat situ sampailah dah jd padat macam skrg ni.

Villa Laman Tasik, Bdr Sri Permaisuri Cheras

Aku pindah duduk di rumah sewa Serdang after 6 months working at Cyberjaya. Dah tak sanggup nak ulang alik Cyberjaya-Cheras. Dengan tol, minyak & jem yang menyesakkan dada, akhirnya aku give up. So bermulalah era berhouse mates & Alhamdulillah semua housemates adalah baik-baik belaka. Sepanjang hidup aku nielah kan, aku rasa bertuah sangat sbb tak pernah dapat kawan yang bagi bad influence kat aku. Semuanya jenis lebih kurang aku aje. Macam pelik, tapi sememangnya benar yer kawan-kawan. Hehe.

Akhir tahun 2007 aku bertunang dengan bakal suami tak jadi. Masa tu bulan 12 kalo tak salah aku. After almost 4 years bercouple, a few months after being engaged, dah masalah besar melanda. Sangat cliche. Kalo dah bukan jodoh, memang begitulah kekdahnya. Jadinya permulaan tahun 2008 adalah tahun yang agak malap bagi aku. Dek bahana putus tunang, berat badan aku turun sebanyak 17kg. Makan tak menentu & kurang selera. Makanya dapatlah aku menjadi kurus & cun sekejap sampai Inchik Mohd Izhar terpikat. Chewahhh...hahaha.

Korang bayangkan la yerp. Masa aku gemok tu, habi boleh tak perasan aku lansung. Dia ingat aku orang yang lain. Orang gemok, sapelah nak ambil kisah kan? So ada hikmahnya jugak la aku kurus tue. Kalo tak kurus, memang Mohd Izhar tu takkan pandanglah yerp. Permulaan kisah aku & habi bila Kak Som, secretary bos habi ajak aku join minum petang kat Terminal Bas Cyberjaya after office hour. Itupun setelah kisah aku putus tunang sudah diwar-warkan ke serata pelusuk office. Kak Som lah kiranya orang yang menemukan aku & habi. 

Kak Som & Mohd Izhar. Ini memang tangkap masa 1st time menom petang tu yer =D I'm glad I snapped it. Sangat kenangan okeh! Hehe...

Since menom petang ramai-ramai tue, esoknya habi dah start interkom aku borak ntah hape-hape. Pastu sms, pastu calling². Aku akui masa aku kawan dgn habi tu, perasaan aku nie takdelah berbunga-bunga cinta sangat. Macam takut nak berharap lagi pd seseorang. Aku cuma ikot flow yang ada, serahkan semuanya pd ketentuan Allah. Doa pd Allah if mmg dia jodoh aku, permudahkanlah segala urusan kami. Itu saja. Gitulah gaya orang yg dah pasrah & redha dlm hidupnya yerp. Hehehe.

After putus tunang tu dalam bulan 9 gitulah aku decided utk pindah menyewa di flet hijau Putrajaya. Duduk bersama Kak Lin, officemate habi. Nak melupakan segala kenangan pahit di Serdang & make a new fresh start in my life. Sangat  berdikari aku rasa diri aku pd waktu tue. Pindah barang cuma mintak tolong sama Anje adik aku tu jer. Barang orang bujang byk manelah sgt kan?

Duduk bujang memang macam inilah....heeee...(bantal busuk dibawa kemana saje =p)
Allah dah aturkan segalanya dengan baik sekali. Alhamdulillah. Akhir tahun 2008 akhirnya Allah munculkan kembali matahari utk aku. After 2 months mengenali sikit sbnyk hati budi masing², kami bertunang pd bulan 12, 2008. 5 months later, aku sudah sah menjadi isteri kepada Mohd Izhar.

Elok aku kahwin, Kak Ya pon dapat offer naik pangkat & transfer ke Gurun, Kedah. Since dia banyak travel utk attend meeting kat KLCC, rumah aku kerap juga menjadi persinggahan dia. Maklom la rumah aku kan dekat jer dgn airport. Jodoh aku dengan Kak Ya pon agak kuat juga kan? Thats y masih agak rapat dengan dia. Kongsi macam² cerita best or tak best. Sampai pegi holiday pon dia sanggup sponsor kami sekeluarga kecik nie hah. Kalo nak ikot kemampuan aku & habi, tak jejak rasanya lagi kaki kami ni di kota Bangkok bulan lepas.

I feel so blessed dengan kawan-kawan, adik beradik, ibu bapa mahupun keluarga mentua yang semuanya baik-baik belaka. Allah tak berikan aku & habi gaji yang masyuk. Tapi kami murah rezeki dr orang-orang di sekeliling kami. Aku pernah juga terfikir, if Allah suruh pilih antara keluarga mentua yang baik hati dengan wang ringgit yang banyak utk kami, rasanya aku pilih in law yang baik jelah. At least hati senang & dapat jugak nyanyi selalu lagu Keluarga Bahagia. Hwahahha...Makanya aku bersyukur saja pd Allah di atas segala kurniaan-Nya kepada aku sekarang. Inilah yang terbaik utk diri aku buat masa nie. Insyallah.

Bergitulah serba ringkas kisah hidup aku di samping kereta JHT. Macam dah melalut banyak aje kan? Hwahaha...that is so like me. Makanya kereta JHT masih setia bersama aku hingga ke hari ini. Segala perjalanan hidup aku banyak dilalui bersama-sama dengan JHT. Syukur JHT tak pernah bagi masalah pd aku. Senang sungguh menjaganya. Yang penting servis pd masanya. 

Ada officemate yang nak beli JHT utk anaknya. Tapi aku tak tergamak nak berpisah dengan JHT. Terlalu banyak jasanya pd aku & keluarga. Lagipun JHT merupakan harta aku yang terbesar akan dimiliki tak lama lagi. Satu pencapaian yang agak bagus bg pekerja cabuk macam aku nie. Hehe. Bukan sikit bulanan utk kereta JHT utk orang yang berpendapatan sederhana macam aku nih. Almost quarter gaji ok every months payment utk JHT. Telah la aku sayang bangat sama JHT.

Skrg JHT adik aku Anje yang bawak pergi balik kerja. Aku & habi skrg hari² pergi keje naik WRP. Rasanya memang perlu jugak ada 2 kereta nie kan. Udah ler aku nie tak pandai drive kereta manual. Kena asah balik bakat masok gear kalo nak bawak. Which is aku rasa macam tak perlu. Makanya tak asah la bakat. Haha. Aku hrp jodoh aku & JHT berpanjangan. Entah² memang kena bagi adik aku pakai sampai dia dah boleh berdikari & mampu beli kereta baru. Hrp adik aku jaga JHT dengan baik la kalo gitu kekdahnya.


Eventho aku sayang kat JHT tue, aku kena juga tolong adik beradik yang memerlukan kan? Kalo ikotkan perasaan jahat, memang aku tak bagi orang lain bawak JHT tue. Hehehe. Takpelah, asal JHT dijaga dengan baik, aku dah cukup puas hati. I love u JHT. =p

p/s: tengok gambar² lama rasa macam syahdu ajer...rasa macam dah lama pdhal 2-3 tahun lepas jer baru...hehu =p





Popular Posts