Nakal Tapi Bijak

Tak tahu pulak nak mulakan entry macam mana hari nie. I feel so awkward about writing at this blog. Seems like ketandusan idea suda. Kat rumah kadang-kadang banyak idea datang utk menulis. Tapi bila sampai kat opis, bukak blog, klik new post, termenung pulak mengadap keyboard. Whats wrong with me man? T_T

Ok ade benda yang aku nak cerita pasal Naurah. Lately budak tu makin nakal & mengada-ngada. Memang bikin panas hati sajo aku di bulan yang mulia nih. Buat sepah rumah nombor 1. Penat lah asek ngemas aje. Kerusi meja makan di tolak kehulu hilir. Botol air & botol susu dia main campak merata. Semak betol mata aku nengok rumah macam tongkang pecah.

Eventho aku takdelah sampai terpekik terlolong marah ke dia, tapi sudah tahap membebel sudah aku. Aku tak suka nak membebel sbnrnya. Sebab bukan budak tu dengar cakap pon. Dia buat jugak ape yang dia nak buat. Bazir air liur aku je weh. Tapi kalo aku tak tegur, nanti dia ingat apa dia buat tu tak salah pulak. Haihh..dalam dilema sungguh aku skrg nie. Nak bebel atau tak? Pilih.

Aku jugak noticed yang bukan aku jer di uji kesabarannya oleh si Naurah. Laki aku pon dah sampai tahap berkata-kata la jugak bila budak tu buat pe'el. Dah pandai marah dah laki aku tuh. Tapi suara mendatar jer seropa tak marah sgt pon weh! =.= Laki aku mane pandai tinggi suara. Keh kehh...

Lagi 1 pe'el, menangis tak tentu hala. Tengah main elok-elok, tetibe menangis. Ada logik ka? Tengah duduk diam-diam tengok tv, tiba² menangis lagi. Nie ape kes nih? Nangis pulak macam kena pukul. Kang aku babap betol² kang baru tau! Hangin sungguh aku dibuatnya. Bila aku tanya nak susu ker? Geleng kepala taknak. Pastu cakap 'air'. Bila aku bg botol air, dia cakap 'nanak' & tolak² botol air pastu sambong nangis. Panas hati aku weh! Pastu aku pon sajelah buat susu dia, bagi dia amek pastu menom sungguh². Bukan tadi kate taknak susu ker? Grrrr.....memang saje bikin aku panas

Sometimes bila aku keraskan suara marah dia, dia pon cebik² la nak menangis. Pastu teros nak pelok aku. Aku pulak kesian, pelok la ke dia. Patotnya aku kena bertegas sket jangan pelok dia. Tapi naluri seorang Ibu mengatasi kemarahan. Haihh..salah didikan aku nih rasanya. Hmm...

Aku try nak praktik ilmu dari Mun yang dia cedok dari cerita Nanny 911. Iaitu bila anak buat salah, letak dia kat penjuru rumah, soh dok diam² & biarkan dia menangis. Macam punishment for being a naughty kid la macam. I think its a good idea. Tapi malam tadi tak boleh nak praktik sebab Abah aku ade kat rumah. Hehehe. Insyallah aku akan try buat dalam masa terdekat nih.

Aku rasa Naurah banyak pe'el macam tu sebab nak tarik perhatian aku kot. Dia tahu bila dia menangis, aku akan attend sama dia. Thats y la dia buat gitu. Sebabnya bila habi aku yg datang, makin kuat melalaknya. Balik-balik nak aku jugak yang amek dia dokong. Pdhal ayah dia punyalah sayang & layan baik ngn dia. Tapi ibu bekeng  & kurang ambil kisah ker dia nie jugaklah yang dia nak. Why?Why?? Best sangat ke ibu nie Naurah?

Aku akui aku bukanlah seorang ibu yang lemah lembut & selalu menunjukkan kasih sayang pada anak. Aku kategorikan diri aku sbg seorang ibu yang sempoi & cool aje. Hehe. Contoh macam seorang ibu yang baik & penyayang tentulah balik dari kerja excited nak jumpa anak. Perkara pertama yang ibu penyayang akan lakukan ialah berjumpa dengan anak dulu sblm buat benda lain. Tapi aku tak gitu pon. 

Of kos aku happy nak jumpa anak. Tapi kalo dia dah sampai rumah aku pon, mcm bulan puasa nie aku dah sibuk ketung ketang kat dapur memasak. So aku biarkan aje Naurah main-main sama habi sedang aku sebok memasak. Bila dah siap or ada masa luang sikit, baru aku jenguk dia tengah buat apa. Peluk dia, dokong & kiss sama dia. Then aku lepas balik biar dia bermain or tengok BBTV sama². Antara sebab lain knp aku dahulukan memasak dari anak, si kecik tu bila dah jumpa aku memang susah da la nak berenggang. Ngekor sajo bontot aku kesana kemari. Lambat pulak siap keje memasak aku dek krn nak melayan karenah dia sekali. 

Mak aku pernah tanya kat aku. Tak sayang anak ke tido asing-asing tak sama katil gitu? Pada aku, apa kena mengena pisah katil dengan anak with kasih sayang? Tapi aku takdelah kata macam tu dengan mak aku. Nak jd anak derhaka ape? Hihi. Aku terangkan ajelah knp aku buat gitu. After that mak aku tak pernah soal lagi dah. I bet she understands me better. Ada perkara tentang Naurah, aku lebihkan disiplin dari emosi. But being a mother, sometimes aku kalah jugak dengan naluri keibuan yang menebal. I'm just a normal human being. Anak leleh² airmata ibu mane yang tak tersentuh wehh? T_T

Serba salah aku dibuatnya pasal pe'el Naurah skrg nie. Belom lagi aku cerita pengaruh kehidupan kat nursery pd si kecik tu. Asek keje nak babap orang aje skrg nie. Takde angin ribut, tetibe dia pok Ayah dia setepek kat perot. Padahal laki aku tengah syok aje tengok tv diam-diam. Aku jegil mata kat dia pastu keraskan suara cakap 'Naurah!!!'. Baru dia tak buat dah. Huhh!

Pagi tadi aku sempat nampak masa hantar dia ke nursery, ade budak ppn dalam umur 3 tahun nak pegang tangan dia. Ajak main la kot. Di rentapnya balik tangan dia pastu buat muka moncong & mata berkerut dia tuh. Gile bekeng anak aku tu weh! Agaknya enjin belom panas sbb baru kena tinggal dgn ibu ayah. Tiba² ada orang ajak beriang gumbira. Marah la budak tue jadinya...haih la anak aku...skrg aku sudah tiba pd fasa ini. 

Naurah jugak cepat marah bila ada benda dia buat ada masalah. Contoh kalo bukak laci, pastu laci tu tersangkut. Kadang² sampai menangis dibuatnya bila benda tu tak ikot kehendak dia. Dah try banyak kali tetap tak boleh. Siap boleh babap pulak laci tu sbb tak ikot apa yang dia nak. Sabokan ajelah tengok =.=

Adakah korang juga sedang mengalami masalah yang sama dgn anak baya-baya Naurah?

Tapi aku tak nafikan yang otak Naurah nie agak cerdas. Cakap pon terang. Selalu orang tanya umur dia bila dengar dia bercakap. Bila aku ckp 1 setengah tahun, ramai yang macam tak percaya. Abah ngn mak aku pon tak habis² bezakan kebolehan Naurah bercakap dengan tepat tanpa pelat dgn sepupu sepapatnya yang lain. Anak kakak aku umur nak 3 tahun baru pandai sebut atok & nenek dengan betol. Budak tu umo skrg dah lancar nyebot. Naurah jugak dah pandai sebut nose, mouth, eyes, ears, chin & cheek. It seems like dia faham bila aku tanya where is your nose? dia akan tunjuk dgn jari dia. Takpon bila aku tanya sambil tunjuk jari aku ke hidung dia ' what's this?'. Dia pon sebut nose & seterusnya.

She can also counting numbers from 1-10 in English & Malay mengikut sebutan yang kita ajar dia. Cuma kena ikot mood dia jer. Kdg² nak sebut. Kdg² sepatah haram dia taknak mengikot. Geram aku tengok. Selain tu sebutan Alhamdulillah & Allahu Akbar dia pandai sebut cuma pelat. Susah sket kot arabic nie. Hehe. Nampak cam puji anak sendiri tapi sape lagi nak puji anak kalo bukan mak bapaknye kan? Kekeke...

Aku selalu dengar budak yang nakal nie otaknya selalunya bijak. Cuma kita ibu bapa kena pandai exploit & ambil peluang ajar anak spy bijak dalam perkara yang baik & betul. Tahap kesabaran pon kena pd level yang agak tinggi yerp! Jangan mudah give up bila anak tak mahu ikot apa yang kita ajar. Cuba ajar dalam masa yang santai sampai kdg² dia tak sedar yang dia sedang belajar. Itu yang aku cuba praktikkan pd Naurah. 

Cuma bab nakal tuelah yang aku agak kusut memikirkannya skrg. Tidaklah Naurah nie nakal memanjang. Kira seimbang la nakal dia dgn behave dia tuh. Bila time behave, sweet sangat perangainya. Masa tu memang kembang hati tengok anak baik perangai. Hihi.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum