Puasa & Berat Badan


First day puasa semalam adalah totally OK =) Sebenarnya aku pon tak sangka energy level aku superb sampai macam tue. Iyer lah. Ate sekarang setahun cuma bulan Ramadhan & sedikit hari on Syawal aje yang aku berpuasa. Lain-lain hari semuanya aku bantai melantak dengan alasan lepas bersalin dah tak kuat nak puasa without sahur. Pastu bangun sahur adalah malas.

Jadinya utk orang yg dah boleh dikatakan masok kategori OKU macam aku nie, bila start balik puasa & OK, maka ianya adalah 1 perkara yang agak memberansangkan. Bravo Sharena! Hehehe. I like.

So semalam ada pasar tani kat Taman Seroja (taman Jiha duduk). Balik keje je teros g beli lauk pauk dulu kat sane. Lauk pauk mentah yerp! Bukan dah siap. Haha. Sampai rumah jer teros bersilat kat dapur. Menu pon bertukar dari plan asal nak masak Tom Yam Ayam, jadi Asam Pedas Ikan Pari. Keh keh. Pastu aku goreng telur dadar utk Naurah & buat sayur fuchuk sbg kuah utk budak tue. Hantu sayur fuchuk budak tue. Mentekedarah sungguh aku suap dia semalam. Haha.

Kebetulan MIL bg nasi impit, kuah kacang & rendang ayam. Amboih. Dah macam lauk pauk Raya jer Mak! Dah tak sabo ker? Kah kahh. So agak meriah ler lauk berbuka semalam. If tahun lepas kami hanya berbuka berdua sahaja suami isteri bersama Naurah. This time ada penambahan ahli. Adik aku si Anje. Hihi. Rasa berbaloi sikit masak banyak-banyak. Adik aku tu pon kalo time puasa dia makan boleh tahan jugak. Kalo hari biasa, jarang sungguh aku tengok dia makan. Kalo makan pon nasi seciput aje. Padan ler badan kurus macam tue. Cer tengok org yang makan banyak macam aku nih. Dah gaye tong dram pon ade. Hahaha.

Errr..cita-cita murni aku sebelom nie kununnya taknak makan nasi masa berbuka tidak menjadi kenyataan. Gilo ah tengok suami & adik makan sedap², pastu aku bantai kurma & air aje. Ape kes? Tak sanggup aku weh. Kui kui. Cumanya aku limit kan portion nasi ajelah. Jadinya makan cuma sedang² saja. Takdelah rase perot tu sebu gile. Alas perot ala kadar. Tapi tang sahur, memang aku bantai kaw-kaw punya nasi sepinggan penuh. Itu bg memastikan energy level aku tetap seperti hari biasa yerp! Alasan. Kah kah.


Redho jelah pasal berat badan nie. Habi cakap dia pon dah dapat terima aku seadanya dengan keadaan aku skrg. Habi redho, maka aku pon tersangatlah redho. Hak hak. I like =) So no more runsing-runsing kepala fikir pasal berat badan. Masih terus mencuba utk cut down the lemaks, but at the same time, I'm just enjoying my life as any normal people do. It is much more better for me to runsing otak on how to be a better muslimah, a better wife & a better mom. 

Aku boleh fikir macam nie sebab aku ade bantuan PB. So, Insyallah berat takkan naik melebihi yang sekarang. Hati pon agak tenang lah. Walaupon PB tak bagi kesan yang maha hebat pada penurunan berat badan aku, at least PB bg aku tenaga utk bergerak aktif & rasa lebih fit than before. Bila pakai baju pon ada shape. So, nampak lebih cantek la sbb breast berada di tempat yang sepatutnya, montot pon nampak mantop! Pastu pakai long girdle nie pon dapat sembunyikan lemak kat perot. Takdelah nak tarik-tarik baju kedepan bila angin tiup. Nampak flat aje walau hakikatnya lemak tepu tetap ada di situ.

One more thing yang aku sgt suka ttg PB, lemak perot tu memang dia hakis sikit² lah. Habi ckp mmg nampak bezanya dari sebelum aku pakai. Hohoho. Suke. Jadinya sehingga duit aku berjaya membukit kembali di dalam saving sana, aku bergantung harap pd PB nie ajelah nampak gayanya. Cukup aje haul duit dalam sane nun, zassss aku nak beli treadmill pulak. Itu adalah cita-cita terbaru aku. Insyallah maybe by end of this year or early next year, cita-cita aku nie akan tercapai. (tapi kalo jadi beli kete baru, x tercapai kot T_T)

Adakah wanita yang overweight tidak layak utk rasa happy & confident dengan tubuh badannya? Bila aku fikir-fikir balik, selagi takde penyakit singgah, kira syukur lagi lah tu pd Allah. Kalo kite dah usaha, tapi tetap macam tu jugak, nak buat guane lagi yer tak? At least kite conscious dengan berat badan kita & jaga pemakanan. Kalo ko jenis melantak sehari 3 kali nasi penuh sepinggan & makan fast food hari-hari sedangkan ko overweight, itu wajib la ko hati gundah gulana bcoz u have an eating disorder. Tak gitu?

Anyway ini pendapat aku jelah. Lain org lain fikirannya. Terpulang lah pd diri masing² nak buat guane. Apa yang aku tahu, aku suka happy & stress free. Hidup terlalu singkat utk aku asyik nak runsingkan kepala otak dengan berat badan. Hihi 

Dapat aje berat ideal nanti, perot aku pon berkemungkinan akan membukit kembali. Rasa macam membazir je kurus sbb tak lama dah nak gemok balik T_T Boleh tak aku fikir macam ni? Haihh...

Pertengahan tahun depan. Insyallah. Itulah perancangannya. Nama baby boy pon dapat. Hahahha...selok!!! Tp kalo dpt bb girl lagi pon, aku tersangatlah suka. Aku kan mmg suka anak ppn =) Kalo lelaki berturut-turut, aku maybe akan ada sikit tensi. Tp kalo ppn, takde hal. Hihi...


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat