Pulasan Sedap!


Kerepek yang di order dah dapat tadi. Aku beli keropok dhal, kerepek ubi pedas basah & maruku ikan. Sayangnya kerepek pisang abu tidak ada. Maka aku order lain kerepek pisang tanduk pulak. Harapnya dapat la order last minute tuh. 

Bukan ape, sbbnya MIL dah bagi kerepek ubi pedas basah & kerepek bawang masa berbuka kat Semenyih last week. Bermakna aku tak boleh la nak balas balik kerepek yang sama kan? Tu pasal kena jugak ada kerepek pisang at least utk dibalas ke sana selain keropok dhal yang aku order 2 plastik. Rumah aku kat Johor takde masalah nak bagi kerepek ape pong. Belasah saje. Yang rumah in law nie masalah sikit. Hehe.

Doa banyak-banyak la dapat kerepek pisang tanduk tu yerp! Kalo tak kena fikir idea lain nak balas dgn kuih ape yang ada kat rumah tu.

Aku masih menunggu tart nenas 100 biji yang aku order from Abang Mat. Maybe esok kot dapat. Settlekan dulu semua hutang piutang yang ada. Then barulah tengok duit balance gaji tinggal bape. If ada lebih, boleh la kot shopping barang sepasang kurung lagi utk Naurah. Beli yang murah-murah aje kat Giant, Nilai tue. Selalunya dah nak dekat raya nie rege baju-baju turun lagi. Masa tuelah rasa berbaloi sgt membeli apa-apa pon. I like.

Cantet tak kad raya digital aku kat atas tue? Tempek jelah situ sebagai ucapan untuk pembaca sekalian. Jenuh aku gugel camne nak buat tadi taw! Hahaha...Seb baek berjaya. Kalo tak bertambah emo la hari nie aku jadinya....

Ramai yang dah start bercuti hari Jumaat nie. Aku masih setia bekerja pasal adik aku tak dapat cuti hari Jumaat tue. Kalo ikot aku & habi jer, memang Khamis malam kitorang dah zassss ke arah selatan nun. Tiba² je tadi aku dapat idea utk bertukar masa utk balik kampong hari Jumaat tue. Aku ingat lepas balik keje teros siap² mandi & memulakan perjalanan. Tapau la apa-apa makanan cam Nasi Ayam Dara ke sorang satu pastu nak dekat waktu berbuka je berhenti kat RnR pastu makan. 

Solat Maghrib & teruskan perjalanan ke selatan. Macam syok jugak buat macam tu sebab macam mencabar sket. Tak pernah lagi try buat gitu. Apa kat tahun nie kita mencuba sesuatu yang berlainan. Boleh tak abang? Hehehe. Harap habi setuju dengan cadangan aku nie. Tapi aku cam dah dapat baca kalo dia setuju, mesti aku yg kena sponsor Nasi Ayam tu semua. Takpelah asal dapat adventure...kui kui...

Padahal yang sebenarnya aku dah selok nak sampai kampong cepat sbb Kak Ya flight ke JB petang Jumaat tue. Takmo kalah dengan dia sampai lambat sangat. Hahaha. Plus tak sabo nak makan pulasan besor-besor. Uuuuu....Sudah sangat rindu pd kampong halaman. Please help me!!!! T_T



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat