Red Cheongsam

Jalan raya hari nie masih lagi sibuk seperti biasa. Tak nampak lengang lansung. Rasanya sebab ramai yang akan start cuti bermula pada hari esok & sepanjang minggu depan. Keadaan kat office nie pon masih lagi ramai yang bekerja. Cumanya mood nak bekerja tu dah ke laut mana aku pon tak pasti. Jasad aje yang ada kat opis. Fikiran dah sampai ke kampung halaman. Hehe.

Malam tadi majlis berbuka bersama office mates habi kat hotel sebelah nie adalah best =) Naurah pon dah dapat duit raya yang pertama. Alhamdulillah budak kenit tu baik saja moodnya. Tak masalah nak dibawa ke mana-mana majlis ko nie Naurah. Ibu like sangat-sangat ok! Makan & bersembang dengan penuh kemesraan. Esewahh. Aku makan lauk pauk aje as usual. Nasi jagung adalah kaut dalam 3 sudu buat ada-ada. Cumanya aku makan aiskrim vanilla & keladi dengan penuh kenikmatan. Lupa diri jadinya weh! Dengan taburan hirisan badam & kuaci di atasnya. Perghh!! Terbaekk!! Hancus diet yerp. Hwahaha =p

Malam tadi aku pakaikan Naurah cheongsam merah yang dibeli semasa trip ke Bangkok bulan lepas. Sangat sweet & cute ok! Walaupun ramai yang tegur Naurah salah sambut perayaan. Habi menegaskan kami meraikan semangat 1Malaysia ok! Hahaha. Lantok situ. Baju kurung dah takde. Last year punya dah tak boleh pakai. So kaut ajelah cheongsam sexy tuh. Bila lagi nak pakai kan? =p Malangnya gambar tak dapat nak upload kat sini sebab dalam henpon habi jerp. Henpon aku tertinggal kt rumah pulak.

Guys, hari nie aku masih berpuasa tau. Takde tinggal sehari pon lagi. Best kan? Sejak aku didatangi period sewaktu di Tingkatan 1, tak pernah lagi aku dapat berpuasa penuh 30 hari. Adakah tahun ini aku akan berjaya? Hehehe. Sama-sama kita tunggu & lihat. Perut sudah mula rasa senak-senak. Mood masih lagi swing di sana sini. Jerawat masih berbekas. We'll see....

Tak sabar nak sampai kampung halaman malam nanti. Moga Allah permudah perjalanan kami & selamatlah hendaknya kami sampai di sana. Amin ya rabbal alamin.

Lebih kurang macam nielah cheongsam Naurah malam td. Cumanya labuh sampai ke kaki la. Hehe.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat