Shopping Raya


Hari nie aku nak cerita tentang weekend yang lepas. Tentang shopping baju bajan sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba tak berapa lama pun lagi neh. Today is 15th & bermakna sudah hampir separuh Ramadhan kita semua lalui. How time flies kan? 

Aku selalu aje takot bila fikir tentang masa yang sangat cepat berlalu neh. Sebab ianya selalu mengingatkan aku tentang hari kiamat yang semakin lama semakin hampir. Dalam pada aku melalui hari demi hari kehidupan aku bersama keluarga kecil aku tuh, terselit 1 perasaan 'takut' yang sukar untuk di mengertikan. Entah lah. Aku harap aku tak terlalu leka dengan kehidupan dunia sehingga persediaan bekalan utk dibawa ke akhirat nanti terabai. Insyallah, amin.

Berbalik pada cerita weekend aku yg lepas, pd hari Sabtu bersamaan 13 Ramadhan, seawal pukul 9pagi kami sekeluarga telah bertolak menuju ke Jalan TAR, Sogo to be exact. Ada temujanji dengan my parents in law tentang hal shopping baju bajan hari raya. Kalo nak ikotkan keadaan kewangan aku & habi, mmg takkan jejak la kaki kami ni kesana. Maklomlah sudah kena asingkan siap-siap portion utk duit raya, tol, minyak dsb utk menempuhi suasana hari raya nanti. Jadinya bajet adalah sangat ketat yer kawan-kawan. Hehe.

Sampai² jer kat Sogo, lagi 5 minit sebelum pintu masok dibuka. Orang ramai tak payah cakap la. Macam ulat taik kalo Abah aku yg gambarkan. Haha. Masuk je Sogo, terus ke 4th floor utk shopping baju bajan Naurah. FIL soh beli 3 helai baju raya dia + sepasang kasut. Total perbelanjaan utk si kecik tu jer RM260 yerp. Fuhhh. Kasut merah dia jer dah RM80. Kalah sandal bata aku. Kui kui.

Settled kat Sogo, pegi keluar pulak. MIL soh pilih baju ready made sepasang utk aku & baju melayu sepasang for habi. Masok Gulatis & baju melayu habi jumpe kaler dark blue (warna tema kami sekeluarga di pagi raya nanti) berharga RM99.90. Settled. Kurung aku pon jumpa juga. Kali nie pilih baju yang berona cerah sebab baju tema dah wane gelap. Dapatlah kurung chiffon ber'tanah' cream & berbunga-bunga oren dengan harga RM158 sepasang. Terima kasih, mak & ayah sebab belanja kami sekeluarga. Around RM500 jugaklah mereka keluarkan duit utk kami. Mak cakap setahun sekali jer pun. Its no big deal for them. Moga mak & ayah sentiasa murah rezeki. Amin.

Baju dah ada, its time for tudungs. Since aku memang tak pakai tudung jenis awning, makanya tudung bawal tetaplah menjadi pilihan dr dulu, kini & maybe selamanya. Hehehe. Dapatlah 3 kaler which are orange, cream & grey. Kak Ya pulak pesan 3 kaler which are black, cream & white. Kak Ya sampai at my house around 10am. Seb baek ade Anje boleh pick up & attend sama dia. Malam td lepas berbuka baru hantar Kak Ya kat ERL Salak Tinggi. Today dia ada meeting kat KLCC. Sempat bekalkan dia nasi utk bersahur. Tiba-tiba aku rasa aku dah macam mak-mak orang. Hahaha. Memang la mak pon kan. Cuma dulu mak aku yg selalu buat bekal utk aku. Kali nie aku buat bekal utk orang. Rasa cam pelik sket. Hihi.

So itulah dianya cerita tentang weekend aku yang lepas. Semalam lepas Zohor kami pergi pasaraya Zemart beli lauk pauk utk minggu nie pulak. Itu ajelah. Settled sudah baju bajan utk hari raya. Kuih raya masih lagi ada 2 jenis saje. Tunggu my offiicemate bukak order utk jualan kerepeknya. 

Habis saja minggu nie nanti, tinggal lagi seminggu saje lagi utk aku bekerja. After that aku akan bercuti selama seminggu. Company tahun nie berbaik hati utk beri 1 day unrecorded leave & 1 force leave. Bermakna office akan tutup selama seminggu. Aku suka sebab apply 1 day leave aje dah dpt cuti seminggu. Jimat cuti yang berbaki ciput itu. Hehe.

Thats all for now. Adios amigos....

p/s: manelah menghilangnya compact powder La Tulips aku nie hahh? Takkan la bedak $15 tu pon ade orang mau curi??? camne nk cover jerawat batu nie wehh? T_T



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat