Jaga Weight, Health & Penampilan

Hari nie hari ke-2 aku berpuasa ganti tanpa bersahur. Yer, aku kalo bukan bulan puasa yang kena puasa ramai-ramai memang liat nak bangun sahur. Tak semangat nk turun grd floor masok ke kitchen melantak sorang-sorang. Tido lebih diutamakan. Kalo time bln puasa mmg kena gagah diri utk suami tercinta. Tapi if hanya utk diri sendiri, mmg jd pemalas tahap gaban kuasa dua.

Pernah aku cakap pd habi nak bawak naik kurma siap-siap kat atas sekali ngn air letak atas drawer tepi katil. Bunyi aje jam pukul 5am, bangun dr pembaringan, kunyah kurma & menom air dgn mata terpejam. Baring balik. Settked. Habi dah gelakkan aku awal-awal pastu cakap jangan nak buat tak senonoh! T_T makanya aku tidaklah bersahur bila buat puasa ganti & puasa 6 tahun nie. Susah hati jugak sbb tak ikot syariat yang sepatutnya. Maybe boleh jelah menom air lepas nie. At least sahur jugak kan tu? Buat syarat aje.

But amazingly, semalam & hari nie takdelah rasa lembik sgt badan akibat tak bersahur. Aku ingat aku masih dlm kategori OKU bab puasa tanpa sahur nih. Rupanya aku dah boleh puasa tanpa sahur. Atau senang kata boleh tahan walau tanpa makanan yang berat spt nasi yg aku amalkan dlm bulan Ramadhan lepas. Syukur rasanya. Maybe lepas nie boleh rajin balik puasa Isnin & Khamis macam zaman bujang dulu. Dapat sket control napsu napsi dr bermaharajalela selain menambah pahala utk bekalan akhirat sok. Insyallah. Itu plan murni aku jelah. Kite tgk jelah nanti macam mane. Menjadi ke tidak. Haha.

Sebenarnya kan, aku nie kalo kat opis bukannya pegi breakfast or lunch sgt pon. Usually mmg tak keluar makan mane pon. Kdg2 aku rasa rugi aje sbb mcm boleh berpuasa. Makannya masa malam aje sbb kena masak utk habi & Naurah. Tapi 1 kelemahan aku ialah suka mengunyah. Suke makan titbits or kerepek keropok bagai. Junk food la senang ckp. Tu psl badan aku naik dgn jayanya. Padan muka! Air manis bkn selalu pon minum. Tak macam laki aku yg pagi petang menom air manis coffee or tea kalo kat rumah. Kat opis sekali je dia menom masa breakfast. Tapi badan dia maintain je selim sbb dia punye nature of works mmg kena byk bergerak ke sana sini. Syok. Tak mcm aku yg sokmo duduk depan pc. Thats y la habi makan 3 kali sehari pon badan tak naik. Jeles je aku T_T

Tiba2 cerita pasal berat badan & makanan la pulak. Aku dah rindu dgn angka berat yang nombor 6 di depannya. Maybe kalo istiqomah sket bab berpuasa & control makan lebih sikit dr yg sebelumnya, dpt kot capai by end of this year. Kan? Biar lambat asal ada penurunan bukan ada kenaikan. Takde ape pon nak kejar. Enjoy my life as usual & at the same time, jaga kesihatan & penampilan. Insyallah =)



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat