A New Beginning

Draft new entry hari nie dgn interface baru. Rasa lain bebenor. Hehe. At least adalah pembaharuan dr blogger nie kan? So, aku pon guna jelah yang baru nie. Agak-agak rindu dgn yang lama, tukar aje balik kat dashboard tu hah. No problem at all!

Hari nie plannya nak pegi Anjung Putrajaya utk bukak buku saving Tabung Haji si Naurah tue. Tak sure lagi sebab habi macam super bz pulak kes server down dari tengah-tengah malam tadi. ASD dia dah ada dah. Tapi aku request nak buat gak TH punya utk dia sebab boleh lah aku buat potongan gaji every month masok akaun dia. Masuk pon sikit-sikit aje. Jadilah dari takde kan? Menabung nie konsepnya kan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. So itulah yang aku plan nak buat utk Naurah.

Insyallah lepas duit kereta JHT habis bayar pd bulan depan, aku plan nak masukkan duit juga dalam akaun TH mak & abah aku kat kampong nuu. Dah ada kemampuan sikit nie, ibu bapa jangan lah dilupakan. Masa takde kemampuan tak boleh nak kata apa la kan. Aku yakin parents aku faham. So masanya sudah sampai utk aku tak melupakan mereka di masa senang. Syukur habi bagi sokongan. Eventho duit gaji aku tu memang hak aku sepenuhnya, tapi hidup berumah tangga nie tak salah berkongsi cerita. Apatah lagi cerita yang baik-baik. Yer tak? Barulah keluarga bahagia gitu. Auwww!! =B

Aku juga mendapat kesedaran tentang pembayaran zakat dgn potongan gaji bulanan. Rasa tak sedap selagi tak pasti adakah aku sudah layak utk dikenakan zakat pd gaji stp bulan tuh ataupun tidak. So aku & habi bercadang nak ke Pusat Zakat terus utk mendapat penjelasan yang lebih jitu dari pegawai kat sana. Selagi benda nie tak diperjelas, selagi tu aku rasa tak sedap hati. Ini bukan perkara main-main bagi aku. Melibatkan kehidupan aku kat akhirat sok ok!! Moga Allah permudah segalanya...amin...

So itulah antara perkara-perkara yang perlu aku utamakan dulu sebaik saja installment kereta JHT tamat. Takde dah aku meroyan nak tukar kereta ke hape. Pendam jelah hasrat tu sampai jadi lebih berkemampuan sok. Sedih tapi redho. Hehe. Balance lebih-lebih lagi tu boleh buat jalan-jalan cari makan di sekitar kota raya & deco deco rumah!! Yeahhh...bab deco nie aku suke sgt sgt. IKEA, wait for us! Romantika, wait for us too!! Hahaha. Selok.


Popular Posts