Sabtu Punya Cerita

Entry pagi nie tentang hari Sabtu lepas. Semalam dah masok entry hari Ahad dulu pulak. Almaklumlah cerita masih panas. Yang Sabtu dah suam-suam jer. Haha.

Hari Sabtu pagi adalah misi mengemas rumah & mencabut lalang di laman belakang. Ini misi habi sebenarnya. Aku most of the time cuma layan si kecik tu aje. Tolong sikit-sikit jelah mane yang patot. Tolong buat sepah dengan Naurah. Hak hak. Kalo di kitchen, habi jadi sous chef while me being the master chef. Tapi dalam hal mengemas, terbalik lah pulak kaedahnya yerp! Habi bab mengemas lebih cermat & teliti. Aku pulak mengemas jenis cincai & asal boleh aje. Berbeza sungguh kan? Agaknya itulah yang membuatkan kami sepadan berjodoh kot. Hehehe.

Masuk je waktu tengahari, aku pun mula start menggosok baju utk ke Open House Nursery si Naurah. Every year deme buat. Kelass kan? =p Bila ada open house, maka dapur aku pon tidaklah berasap. Cukup dgn mee goreng sebagai breakfast utk melapik perut. Lepas Naurah bangun tido, kami pon bersiap & bergerak ke tempat kejadian. Malangnya camera gabak tak bawak sama. So gambo is nan ado.

Settled makan di nursery, kami bertolak ke rumah parents Nurul Jamian di Banting. Ini plan last minute sbnrnya. Hari sebelumnya Nurul sms & ajak ke rumah dia. Aku pon fikir dah alang-alang pakai cantet ke open house nursery, lajak ajelah ke Banting yang makan masa 20 minit tuh. Seb baek habi pon ok aje bila diajak. So dapatlah beraya rumah Nurul & jumpa sama Raina yang rambutnya makin panjang. Jeles anT taw! Makan bihun goreng yg dimasak oleh husband Nurul, Saiful. Seb baek bihun aje. Kalo tak mmg payah la nak masuk perot sbb dah melantak nasi & sate masa kt nursery. Hehe.

Sembang-sembang, gelak-gelak, akhirnya kami pun minta diri bila adik Nurul, Bani & friends sampai utk beraya. So, begitulah ceritanya. Sudah 3 rumah bloggers yang aku terjah pd bulan Syawal nih. Macam best pulak rasanya. Hehe. Sabtu nie giliran rumah aku pulak dikunjungi para blogger friends, office mates & kenalan lama. Tiba-tiba rasa macam seram nk terima kunjungan orang ramai. 

Selepas dihitung, rasanya lebih kurang 40-50 orang yang akan terjah rumah kami nanti. Berganda-ganda jumlahnya dari jumlah tetamu tahun lepas. Habi tak sudah-sudah menakutkan aku. Nyampah! Aku cuma risau makanan tak cukup aje. Huk huk. MIL nak sponsor kuih muih di hari kejadian. Alhamdulillah. Harapnya misi memasak aku berjalan dengan lancar dgn bantuan sous chef. Amin.

Budak ngada-ngada nak suruh Ibu dokom sokmo...

p/s: hari nie nak buat list bahan-bahan utk dibeli utk hari Sabtu nanti. plus google a few recipes =p



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat