Beautiful Life


Naurah sekarang nie dah pandai nyanyi-nyanyi nursery rhymes. Comel aje dia nyanyi dgn pelat-pelat dia tu. Hehe. Lepas nyanyi lagu Insyallah, dia nyanyi lagu Tepuk Amai-amai pulak. Pastu lagu Old MacDonald, Nenek Si Bongkok 3 & Are You Sleeping. Siap buat gaya-gaya sekali. Sangat comel. Hohoho. Kompem blajo kat nursery neh...

Tapi kalo dia takde mood nak menyanyi, memang nan adolah dia berbunyi. Apatah lagi kalo ada orang lain yang tak dikenali. Suruh la macam mana pon. Sunyi sepi aje. Hehehe. So maybe ada orang anggap aku tipu je kata Naurah dah pandai macam-macam. Gasak la kan? Takde motip lak rasa nak tipu pasal perkembangan anak kat dlm blog ni hah. Hahaha.

By the way aku rajin jugaklah melayan dia menyanyi bagai neh. Tapi kekadang aku sedih jugak sebab bab mengaji payoh benar nak dengar dia menghafal. Aku ajo dia taknak ikot pong. Susah sangat ke nak nyebotnya Naurah? Ajar doa-doa pon dia tak bape nak ikot sangat. Cuma sebok angkat tangan cam baca doa jer & aminkan aku baca. Takmolah macam tu yang....dunia & akhirat kenalah bg seimbang...hurmm...

Naurah jugak dah pandai bergurau dgn aku. Dia suka panggil aku 'Ibu!'. Bila aku menoleh tengok muka dia, dia cakap 'Ibu Midah'. Then aku pon 'hahh??'. Dia ketawakan aku mengekek. Huhuhu. Saje je taw! Ibu Midah tu owner nursery yang Naurah duduk sekarang. Semua budak kat situ panggil dia Ibu Midah. Naurah sajelah kengkunun panggil Ibu Midah bukannya aku. Hehehe. So sweet lah ko nak =) Aku pon suke melayan ke dia. Kalo aku buat muka terperanjat je apa-apa yang dia buat, for sure dia akan repeat buat benda tu berulang kali & ketawa.

Seronoknya bila tengok keletah anak riang gumbira kan? Takde fikir masalah apa. Hati bersih takde dengki dendam kat siapa-siapa. Full of love & joy. Pd aku dalam usia kanak-kanak nie, biarlah diorang enjoy dengan life kat dunia ni sehabisnya. Nanti dah beso dah ada tggjwb pd agama, diri sendiri, ibu bapa & kawan-kawan semua, tak boleh dah nak buat apa sesuka hati kita. Dunia dah jadi tak best mana pon. In fact dunia boleh jd tempat yang kejam untuk kita.

Aku doakan Naurah mendapat segala kebahagiaan di dunia & akhirat kelak. Amin.


p/s: happy holiday everybody.....see u guys on Thursday..Insyallah =)





Popular Posts