Blogger Gath - Critterland, Serdang

Semata-mata kerana tak puas tengok gambo saiz L saje bile bukak blog sendiri, aku bertungkus lumus mengubah kembali interface blog aku nih. Now baru boleh menulis dengan hati yang tenang sebab nak letak gambo banyak-banyak masa gathering kat Critterland kelmarin. Hehehe. Moga semua yang melihat puas hati lah hendaknya yerp! =)

Semasa menanti habi siap isi borang kemasukan, tetibe nampak orang lambai tangan dari jauh dekat dengan escalator. Siryes aku tak pasti siapa sebab aku nie kan sebenarnya rabun tapi taknak terima kenyataan. Tu yang berlagak macam orang normal je tak pakai spek mahupun lens. Hihi. Eventho tak pasti siapakah gerangannya itu, aku tetap memberikan senyuman lebar sambil terus menampung badan Naurah yang masih ketiduran. 

Bila dah dekat, lagi senyum lebor sebab nampak Fashya & Husna terkedek-kedek jalan dgn skirt pendeknya tue. Rasanya 1st time nampak budak tu pakai skirt. Comel la pulak. Huhuhu. Tapi Husna muka cam ganas je tgk aku. Cam tak puas hati jer gayanya. Hahaha. So lepas bersalam & laga pipi dgn Fashya, aku pon masok dlm Critter & Elly suddenly soh berkumpul ke area belah sofa-sofa tuh. So teruslah menuju kesana & not long after that si Naurah pon terbangun. Muka tak puas hati sebab tak cukup tido. Tu yang muka takde perasaan aje main-main. Bekeng sungguh bila aku baling-baling ball kat dia. Kena marah aku. Hahaha.

Tak lama pastu nampak la Nurul-Soffiya, Fiza-Eryna, Mar-Qaseh, Dayu-Cha, Jue-Alif, Fad-Imaan, Ann-Kaisya, Na-Mika, Ainul-Arreesa & ramai lagilah. Jenuh pulak nak mengingat satu persatu. Huhu. So main-main macam tue ajelah bwk Naurah round habis semua tempat dalam pd dia bekeng tuh. Pas sesi amek gambo, ramai yg sambung main & ada jg yang dah balik. Ikotlah agenda masing-masing camne. Masa sesi amek gambo mmg meriah la sebab ramai-ramai gitu kan? Orang luar pon sampai tertengok-tengok gelagat kitorang semua. Hehehe.

Sessi bagi hadiah pon berjalan dgn baik jer. Aku dapat photo album. Thanks to whoever yang bagi tu yerp. Bleylah susun gambo Naurah yang pernah dicuci dulu tuh. Proper sket letak dalam album gitu. Hehehe. Thanks to Elly sbb sudi jd penganjur & arrange bab pemberian hadiah tu semua. Harap early next year kita semua dapat berkumpul ramai-ramai lagi. Insyallah =) Enjoice the piccas....


 














Moga jumpa lagi!!! =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat