Aku Seorang Penyakat

Ishkh..ape ke pedas benau sambal makcik tu hari nie? Pijau rasa lidah aku. Nak habiskan semua mee pon macam tak daya. Ratah ayam sambal aje. Pastu menom air masak banyak-banyak. Kenyam alhamdulillah ^_^ Perot dah kenyam, now boleh mengarang blog dgn senang hati. 

Tak sabo nak tunggu tengahari. Ada makan free pastu nak merasa pavlova air tangan Jue @ Kak Kiwi buat pertama kalinya. Tak tahu nak expect ape. Camne lah gaknya rasanya kan? Ramai yang kata sedap. Macam rasa marshmallow bagai. Hee...tak dapat nk bayangkan lah =P Sedang mengira detik waktu. Seb baek berjaya import Kak Niza jadik driver pegi rumah Jue nanti. Kalo tak mati kutu gak nak ajak sape sbb habi kompem la pegi solat Jumaat. Hehe.

Tadi dalam kereta aku saje test market dgn habi. Tetibe cakap ' Abang, nanti kite nak pegi Cameron Highland kan?'. Sambil cube buat muke comel. Haktuii! Hahaha. Habi cakap ' Banyak laaa....Ibu nie asek nak berjalan aje!'. Aku pon jawab ' Abang....jauh perjalanan, luas pemandangan...'. Habi balas ' Elehh..yang dekat-dekat nie pon tak habis lagi berjalan...'. Aku kata ' Jangan buat cerita ehh!'. Hahaha..takde modal.

Pastu akhirnya habi cakap ' Tengoklah nanti macam mana....'. Terus bersinar-sinar mata aku dengar. Maknanya harapan itu ada. Maybe bergantung pd ongkos yang ada. Hehe. So aku pon tambah lagi cakap ' Last kite pegi sane masa honeymoon pas kawen dulu. Dah 2 tahun+ dah. At least kena pegi sana lagi bwk Naurah before orang pregnant for the 2nd time'. Habi pon diam....diam tanda setujukah? Wahahaha =P

Pastu aku bercakap lagi ' Abang....orang rasa kite dah boleh beli kereta baru tahun depan lah!'. Habi jawab ' Ibu!!!!!!'. Kenapa pulak nak kena beli kereta baru???'

Hahahahha....aku memang suke sakat habi.

' Well, bonet kereta myvi nie kecik. Barang Naurah jer dah penuh. Nanti tambah baby lagi 1 macam mana? Kenalah beli kereta besar siap-siap. Utk keselesaan semua orang.....'

Habi diam. Mungkin tanda setuju lagi kot. Miahahaha ^_^

Sebenarnya aku nie bukanlah beriya sangat kalo cakap benda-benda lagha macam perbualan kat atas tue. Saje suka-suka carik topik nak menyembang bergelak ketawa dgn habi dlm kereta. Suke tgk reaksi habi yang macam-macam. Comel. Hakhak. 

Aku tahu kemampuan kami macam mana. Takdelah nak meminta-minta yang tak berapa nak mampu. Tapi bila ada kemampuan, selalunya memang dapatlah pergi jalan-jalan or beli barang-barang idaman hati tuh. Tak pernah habi nak menghalang =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat