Hancur Punah Ranap Kebambomm!!!


Dengan rasa menyampahnya, aku war-warkan kat sini yang diet aku dah hancur mancur punah ranap semalam. Hahaha. Eh, nak sedih tapi nape gelak ntah =P

Iyer. Semalam aku puasa sunat hari Khamis. Pastu teringin pulak nak tengok environment dalam McD baru kat Kota Warisan tuh. Hari-hari pegi balik kerja lalu situ asyik memandang aje. Bila pulak nak tengok-tengok kan? So habi pon kata boleh. Lets go. So after ambil Naurah kt rumah, kitorang zass teros pegi aje. Kejap aje. Dalam 7 minit dah sampai. Lebih dekat dr ke McD, Nilai.

Sampai-sampai kunun aku nk order ayam goreng la kan 2 ketui. Pastu tengok-tengok macam lebih berbaloi kalo beli Family Dinner Set for 2-3pax. Dalamnya ada 3 carbonated drinks, 2 McChicken, 1 McDeluxe, 2 sundae strawberry & chocolate flavour, 2 fries & 6pcs nuggets. Price 29.90 b4 tax. Nampak lebih value for money kan? 

Naurah of course cuma makan nuggets & sundae. Aku belasah chicken McDeluxe & habi amek 2 burger ayam. Habi tukar 1 air carbonated dgn air milo sbb Naurah menom milo aje. Aku pon tak gemor sgt air gas neh. So itulah menu berbuka aku semalam. Habi suruh makan aje sebab dia kata sekali sekala kena jugak treat ourselves. Kalo diet aje, lama-lama mesti la tension. Hati pon tak gembira. Which that I agree 110% ^_^

Dalam rasa bersalah, aku belasah jugak sundae & kongsi menom milo ngn Naurah. Dia punya nikmat....ya Allah....tak boleh aku nak described kat sini. Macam orang sesat dlm hutan tak makan 5 hari, pastu orang jumpa bagi ko makan nasi lemak 5 bungkus. Heaven kan? Lebih kurang gitulah keadaan aku semalam. Makan sampai mayo comot-comot tepi mulut. 1 burger tu macam 1 minit je kot aku makan telan gitu. Buruk perangai tak? Hahaha =P

Naurah ada mencipta menu baru semalam. Nuggets cicah sundae chocolate. 5 biji nuggets dia telan semalam. 1 aku yg baham. Hehe. Kalo aku tau dia tengah berselera, sumpah aku tak cilok nugget dia. Usually paling byk dia makan 2-3 pcs aje. Tp maybe sbb cicah sundae tu jd sedap sgt. Tu yang bersungguh makannya. Habis comot baju semua. Biarkan ajelah. Lepas tu nak terus balik pon bkn nk g mana-mana.

Skrg memang dah malas nk marah-marah kat budak tu. Dia budak. Bukan dia tahu ape pong. Masih belom pandai terima arahan & blm dpt beza baik buruk. Marah pon cam tak guna aje. Hehe. Patutlah Nabi SAW pon suruh dlm usia deme nie kita layankan aje. Bergurau senda dgn dia. Tunjuk kasih sayang. Nanti tiba masanya in certain age, kita boleh lah start lebih tegas. Skrg bukan masanya lagi......aku harap tak salah apa yang aku cuba buat pd Naurah nih....Insyallah...

Overall, McD Kota Warisan nieh memang best. Maklomla baru sebulan gitu beroperasi. Interior dalam lebih fresh. Kids zone pon ada pintu spy tak bising sangat ganggu orang lain & ada aircond sendiri. We loved it =) Next time boleh pergi lagi lah. Takyah ke Nilai yang super crowded tu dah.

Hari nie i'm back with my diet menu. Insap. Insappp. Hehehe =P


Quality henpon c3...ginilah...hahahha =P



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat