Harimau Muda Mengaumm!


Fine. Of course lah hari nie asek cerita tentang bola sepak penentuan pingat emas Sukan Sea yang ke 26 di Jakarta & Palembang malam tadi kan? Dalam radio sembang pasal bola. Kat opis nie pon tentang bola jugak. Selok la semua rakyat Malaysia team bawah 23 tahun kita menang by penalti 5-4 melawan Indonesia malam tadi. Sampai tanya samada dapat cuti ker kat PM kite @twitter. Hahaha...mencuba nasib bak kata orang tue. Manelah tau tetibe dapat yer dak? =P

Aku pulak entah sebab terlebih excited ke ape, ingat hari nie hari Rabu =.= Eventho tido around pukul 12 malam tadi, mata terasa cerah around 6.15am. Teros bangun gosok baju casual instead of uniform sebab ingat hari nie Rabu. Then bila habi dah bangun, dia tanya nape gosok baju casual? Hahh?? Bukan hari nie hari Selasa ker katanya. Hampeh! Pakai jelah. Malas dah nak gosok yang lain.

Nape aku ingat hari nie hari Rabu? Sebab asek terngiang-ngiang kat telinga juruulas bola malam td yang pd hari Rabu nanti team Harimau Muda kita akan bertemu dgn team Syria utk perlawanan kelayakan Olimpik. Siap ada rasa kesian kat players semua sebab mcm hari nie dah nak kena main lagi sedangkan malam td dah lembik longlai melayan game players Indonesia =.=

Korang perasan tak penyokong Indonesia nih memang jaki gile dgn team Malaysia kan? Kenapa yerp? Sedangkan ramai pddk deme cari nafkah kat negara kita. Sudahlah takde semangat kesukanan lansung penyokong deme tuh. Tak hormat pon pd lagu kebangsaan kita. Korang tau jugak tak issue psl lagi Negaraku tu sama dgn 1 lagu Indonesia 1 masa dulu? Diorang pertikai kata lagu negara kita nie kira tak tulen la sbb ciplak lagu dr negara diorang buat lagu kebangsaan.

Paling best sbb kita menang malam td. Berjaya mensunyi sepikan stadium yang gegak gempita sebelum tuh. Cer kalo deme yang menang....memang deme akan tunjuk kerek gile la kan? Apa-apa pun, pd aku kita layak utk menang. Bila dh sampai pd penentuan penalti, senang kata kira nasib ajelah. Malam td nasib berpihak pd team Malaysia. Alhamdulillah.....at least bg balasan pd penyokong negara seberang yang sangat tak sporting tuh! =)




Popular Posts