Kisah Cinta Sesama Manusia


Hari tu kawan sekolah aku kat Linggiu chat ngan aku kat FB. Dulu masa kat sekolah kire kami nie 1 geng lah. Quite close. Aku pon ada simpan rahsia peribadi dia sampailah sekarang. Alhamdulillah dah berbelas tahun rasanya simpan rahsia dia tue. Tetibe rasa bangga. Hehe. Bukan senang nak jadi penyimpan rahsia nie. Kena ada rasa amanah & takut pd balasan Allah if terbukak cerita. Then baru boleh rahsia itu menjadi rahsia antara 2 orang. Tak gitu? =)

Berbalik kpd cerita asal, since masing-masing dah masok matrikulasi & kemudian aku ke UPM while dia ke UKM, terputus sudah tali persahabatan. Masing-masing dah ada life masing-masing. Sampailah ke hari ini. So bila tetibe dia pm aku, rasa cam terkojot la sikit. Tp bila dia kata nak tanya pendapat aku ttg sst perkara, aku ok ajelah. Hrpnya buah fikiran aku dapatlah dia guna pakai serba sedikit.

Syukur dia tanya tentang perkara yg aku berkeyakinan utk menjawabnya. Maklumlah org dh ada pengalaman. Ceritanya macam nie. Dia dah bertunang 4 tahun dgn tunang dia & sebelum tu dh berkawan rapat selama bbrp tahun juga. Senang kata mmg dah lama kawan lah ni. So member aku nie plan nak putuskan pertunangan dia dgn mamat tu sbb mamat tu bila di ajak kawen cepat ada saja alasannya. Selain tu dah a few times kantoi ada aweks lain. Kawan aku tanya patut tak dia mintak putus tunang & macam mana nak hadapi life selepas itu?

So aku pon jawablah segala pertanyaan dia berdasarkan pengalaman aku masa putus tunang dulu. Lelaki kalo suka sangat bertangguh bila di ajak kawen, byk sangat alasannya, mmg layak ditinggalkan aje. Pd aku lelaki macam nie tak bersungguh nak kawen dgn kita. Hatinya masih ragu-ragu & belum tetap pendirian tentang menjadikan kita sbg isterinya yg sah di masa hadapan. 4 tahun bercinta, takde alasan lagi dah weh. Aku pon dulu dah kena perbodoh jugak bab ini. Kuikui. Cumanya dlm kes aku si dia tidaklah mata keranjang. Cuma bila dah jumpa ppn yg better pd dia utk dijadikan isteri, dia reject aku teros. Takpe. Ada balasannya dr Allah utk dia. Kalo tak dunia, kt akhirat sok kena. Tutup cerita. Hehe.

Dalam kes kawan aku, nak kata dia bernasib baik sbb dia yg meninggalkan laki tu, tak boleh jugak. Sebab kesannya tetap sama macam aku. Masih cinta so akan terasa sangat seksa. Itu memang pasti. Tapi apa yg baiknya utk kita sedang menunggu di hadapan. Pasti lebih baik. Percayalah pd Allah. Dia nak bagi kita pengganti yang jauh lebih baik. Cthnya dlm kes aku. Habi ku yang tercinta. Wuhuhu. Ingat senang nk dpt suami yang ringan tulang & soft spoken di zaman milenia nih? Bukan semua ppn bertuah macam aku. Huhu.

Dalam pd masa yg sama aku tetap mengingatkan diri yang cinta sesama manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Yang hakiki hanya cinta pd Allah SWT. Jangan pernah memberikan seluruh cinta kita pd sseorang 100%. Yang 100% tu hanya boleh beri pd Allah. Seyakin mana pon kita pd manusia, dia tetap manusia spt kita. Soal hati & perasaan tak semuanya dlm kawalan kita. Susah nak explain but I know you guys could understand what I meant right?

Aku rasa aku derserved utk dapat suami yang baik sebab dah diuji dgn dugaan perasaan yg hebat. Merana bbrp bulan sampai turun 17kg. Menangis sampai terasa nak kering air mata. Bila Allah duga kita dgn ujian yang hebat, ganjarannya Insyallah akan lebih besar & berbaloi. Jangan risau. Tapi sekiranya Allah tak bg kebahagiaan itu kpd kita di dunia, ingatlah kat akhirat sok Dia akan bg ganjaran yang lebih berganda berbaloi utk kita. Kuncinya ialah sabar. Itu saje.

So ape nak buat dalam pd tengah derita putus cinta? Cara aku, dekatkan diri pd Allah. Biasalah manusia. Bila susah baru ingat Tuhan kan? Lumrah manusia. Bukan sebelum nie aku tak ingat Allah. Cuma bila diduga, ingatan pd Dia lebih mendalam. Kita pasrah & berharap pd pertolongan-Nya. Sakit hati & perasaan doktornya hanya Allah. Takde doctor lain dah. Jika kita berharap pd manusia, manusia itu sendiri sangat lemah. Maka sebaik-baik sandaran adalah Allah. Hanya Dia yang sentiasa ada utk kita pd bila-bila masa. Di waktu siang, diwaktu malam, di waktu dinihari.

Pukul 2-3 pagi anda terjaga dr tidur & bersedih. Semua manusia lena dibuai mimpi. Adakah masa utk mereka mendengar rintihan kita? Takde. Tapi Allah sentiasa ada. Bangunlah & ambil wudhu'. Bermunajatlah pada-Nya minta kekuatan hati & menangislah sepuasnya di hadapan-Nya. Insyallah kita akan menjadi lebih kuat selepas itu. Doa orang yang teraniya sangat makbul yerp. Jangan pernah lupa.

Selain dr bersandar pd Allah, masa yang terluang isikan dengan membaca buku-buku motivasi yang bercorak keagamaan. Luangkan juga masa dgn ahli keluarga & sahabat handai. Lambat laun, kita akan biasa & dengan berlalunya masa, hati pon terubat. It takes times. But it will heal. Hanya masa yang akan menentukan. Lupakan tentang lelaki. Tentang jodoh yang masih belum sampai. Tentang umur yang semakin meningkat. Allah ada rancangan-Nya utk kita. Pasti lebih baik. 

Percayalah, mendung yang berarak pasti akan berlalu. Hujan yang turun, pasti akan berhenti. Selepas bulan, matahari pasti akan muncul. Begitu juga dgn nasib kita manusia. Selepas kesedihan, kegembiraan pasti akan menyusul. Cuma waktunya saja kita belum tahu. Sentiasalah bersangka baik pd Allah & teruskan berfikiran positif. Insyallah, hidup kita akan lebih tenang & bahagia =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat