Malaysia Obesiti No.1 in ASEAN


Sesape dengar radiot hot fm pagi tadi mesti tau topik pagi apa yang dibincangkan pagi nie. Tentang negara tercinta kita mendapat tempat pertama dalam kategori ramai penduduknya yang bermasalah dalam obesiti. Hebat tak? Kehkeh

Mendengar topik itu, tetibe aku terimbas kenangan semasa berholiday di Ho Chi Minh & Bangkok dulu. Seriously memang susah nak nampak orang gemok kat sana. Semuanya kurus-kurus ajer. Memang jeles giler lah kalo tengok. Kat HCM, tak ramai yang berpakaian up to date. Kire cam tak pandai berfesyen sangat lah pompuan-pompuannya. Paling banyak aku tgk jenis pakai t-shirt & short pants. Memang sempoi habis. Padahal dekat bandar beso tuh. Hehe.

Well, bandar HCM tu pon aku tengok macam Malaysia tahun 80-an jer kot. Bangunan pon banyak lama-lama. Mane ade bangunan pencakar langit ni semua. Thats y cuaca kat sana lebih nyaman eventho tak lari banyak dgn cuaca kat negara kita. While Bangkok pulak sudah la pompuan-pompuannya kurus. Pastu berfesyen lagi. Memang mabeles la tengok. Huhu.

Kesimpulannya di sini, aku taklah terkejut bila dengar berita ttg negara kita dapat No.1 dlm obesiti neh. Cam kat HCM & Bangkok, aku tengok most of their foods banyak yang jenis soup. Tak banyak guna minyak. Pastu restoran fast food takdelah bersepah macam kat negara kite nih. Tabiat pemakanan diorang way much better than us lah senang cakap.

Cer tengok breakfast orang kita jelah kan. Pagi-pagi dah telan nasi lemak. Tak pon roti canai. Pastu pekena teh tarik lagi. Lemak, minyak, gula. Cukup haul dah semuanya kan? Bukan aje boleh mengundang obesiti. Malah boleh menjemput penyakit dengan jayanya. Huhu..

Eventho aku belomlah termasok dalam kategori obese nih. Tapi kalo dibiarkan aje tabiat pemakanan yang tak sehat tuh, lambat laun bolehlah join the group jugak. Welcome to the club Sharena! Bravo..bravo...T_T

Makanya....sebelum diri ini masok ke dalam group itu, silalah sedar diri banyak-banyak. Do it for yourself first. Then baru utk orang lain. Habi, he's the best husband ever for me. So supportive & selama aku gemok nie pong, tak sikit pon layanan & kasih sayang dia berkurang pada aku. Kire kalo kununnya aku tengah nak test kekuatan cinta habi pd aku adakah bersandarkan paras rupa atau tidak, dengan bangganya aku boleh cakap that he passed the test with flying colors ^_^

Tapi...itu tak bermakna I can take it for granted. Now if bukan nak turunkan berat badan kerana habi, I want to do it for myself. Sayangi diri aku dulu sebelum sayangi orang lain. Tak gitu? Hehe =P

p/s: tulis hari-hari pasal diet kununnya hari-hari boleh datang semangat...kehkehkeh...gambare!!!!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat