My 3 Days Holiday

Kan aku dah cakap. Hancur punya diet aku last week. Dah pon menjadi kenyataan. Payoh weh. Tak makan kang, orang kata ngada-ngada sangat pulak. Kot ade yg kecik hati pulak tak makan kt rmh dia. Ada org hulur karipap dalam piring ke kite, tergamak ke nak kata taknak? Banyak hati kena jaga. So, aku declare 3 hari yang lepas sbg hari-hari merdeka dr diet. Pasrah. Cuma portion tu aku bg kurang la from usual. Hrpnya takdelah effect sgt.

Enough about that. Alhamdulillah majlis pihak perempuan dah settled. Minggu nie belah kami pulak di Semenyih. Maybe lebih bz sbb Andak masak sendiri. Tak pakai catering. Seb baek habi ajak balik hari Sabtu. Tengahari blh sampai & tido semalam aje kt sana. Minggu nie dah letih bangat gara-gara sambung holiday ke Melaka. Tapi yang penting, kita enjoyyyy!!!! =D

Serba sedikit tentang holiday kat sana, A'Famosa Apartment tu sebenarnya Condo D'Savoy. Itu yang ditulis di signboard. Carikla tulisan tulis A'Famosa Apartment. Sampai sudah ko takkan jumpa. Haha. Seb baek tak malu nak bertanya bila sesat jalan. So cecepat dpt balik ke jalan yang betul. Check in running smooth. Yang tak bestnya cuma dpt tingkat 3 punya bilik. Takde lif sbb mmg 3 tingkat aje. But the biliks mmg 5 star lah. Sangat selesa & sgt luas. Terbaekkk!! 

Pukul 5 ptg dah gerak menuju ke Umbai. 1 jam perjalanan la jugak. Makan kat Restoran Terapung cum medan selera bersebelahan dgn pantai/laut. View yang menarik. Rasa makanan biasa-biasa saje. Nothing special. The price pon for 7 peoples eat, RM174.50. Ok la kot. Tak best sbb lauk datang tak sekaligus. Gap yang lama atr 1 lauk ke lauk yg lain. End up dah makan dulu sblm menu utama datang. Tak best ahh gitu kan? Takpelah. At least dah jejak kaki ke Umbai. Puas.

Pas makan terus balik. Mandi, tengok tv, lepak-lepak, tido. Esok paginya sebab ada orang bangun lambat, pukul 10.15am baru sampai Water World. Layan Naurah mandi dulu, pastu tinggal dia kat mak & abah kejap. Habi & Hirraz dah pegi dulu main semua games. Aku, Anje & Kak Ya cuma naik yang pelampung tu jer. Jenuh naik tangga nak ke atas. Sempot. So sekali main ajelah. Horror sbb budak yg keje situ pedajal kitorang ber-3. Aku rasa mcm nak terbalik naik pelampung tu dibuatnya. Teros phobia taknak naik pape dah. Pastu harung air pusing 1 taman & sampai balik kt tempat Naurah.

Salh kitorang sbb tak check out siap-siap. So rushing nak checkout pulak. Aku, K.Ya & Anje aje yg check outkan semuanya. Kemas beg sumbat sana sini, settled. Seb baek tak kena penalti sbb lambat. Hehe. Masa checkout, Kak Lin & family sampai. So pergi balik ke Water World, deme yg tinggal kt sana dah siap mandi tukar baju semua, g masok Animal Safari pulak. Terimbas kenangan masa kt Bangkok dulu. Cumanya pengangkutan berbeza. Kt sana naik bas, kat sini naik lori. Hehe. Tp dpt tgk animals kt sini lebih dekat la. Kt sana jaoh sket.

Pas g situ, semua orang dah lapo. Hujan pon turun dgn lebatnya. Masa tu dah pukul 2 petang. Dah la tak breakfast sangat pagi tu. Cuma makan roti aje. Dah main air lagi. Mane tak lapo gile kan? End up makan kat restoran dekat dgn tol Simpang Ampat tu aje. Siap makan, semua bertolak balik dlm pukul 4ptg. Kami ke arah KL, mak abah ke arah Johor Bahru. Sampai Sepang dlm pukul 6.00ptg. Naurah teros tido & bangun pagi tadi pukul 6.30am. Penat sangat la tu. Hehe.

Plan nak jumpa Ayu@ Puan Fairoz tak kesampaian sbb Ayu ada family matters. Belum rezeki kite nak berjumpa. Insyallah, some other time =)

p/s: camera lupa bawak hari ni. so gambar hrpnya esok boleh upload sini.





Popular Posts