Sangapppp!!!!!

Sangap. Memang sangap sungguh aku kat opis hari nie. Mengantuk ya amat. Asyik menguap aje keje aku. Setan punya syaitan! Hahaha. Bahana cuti lama la neh. Kat kampong sesuka hati je nak bangun tido pukul bape pong. Nak tido siang pon takde hal. Naurah di jaga dgn baek oleh Kak Mija + Atok + Nenek. Happy beno Naurah kat sana sampai tak kisah ke Ayah & Ibu. Kazens semua ramai buat ajak main. Ayat cliche lagik 'dah beso anak aku rupanya'. Hehehe.

Hari nie aku insaf semula selepas makan tak mengira waktu kat kampong. Kalo timbang for sure ada pertambahan berat dalam sekilo dua. Solat pon badan terasa berat aje. Tak bagus betol T_T Hari-hari tasyrik 11,12 & 13 Zulhijjah pon dah tamat semalam. So hari nie dah boleh puasa sunat semula macam biasa. Next week ada impian nak puasa sunat spjg minggu. Ade bran? Sape nak follow? Hakhak. Jangan impian tinggal jadi mimpian sudah. Kahkahkah...

Esok kunun cadang nak puasa sunat jugak. Tetibe Kak B ckp esok nak join food tasting tak? FOOD? Terbeliak mata aku dengar tadik. Sah-sah FREE FOOD kan? Hahaha. So aku kata boleh saja. Bab makan-makan u can count on me =P Camne nak reduce weight mcm gitu kan? Pasrah ajelah weyh. At least jangan bagi naik sampai cecah starting 8_kg. Itu jelah target aku skrg. Boleh gitu? Hampes punya olang T_T

Ok. Jangan stress kan diri anda. Bawak bertenang. Layan gambo kucens comel anak Simu kat kampong nun. Anak-anak Simu kali nie gebus gebas wohh! Teruja aku. Mata biru. Wuwuwuw. Dah hantar g inject utk prevent kutu dah hari tue. Dah beso sikit aku plan nak import ke Sepang. Buat Naurah main sbb dak kecik tu suke beno main kucen macam Ibu dia ^_^ Suke sampai nak cekik kucen. Boleh gitu? Huhuhu...



Tengok la tu senyum simpul dapat masok kotak skali ngn kucens =.=
Hambek ko kena cekik! T_T Atas kepala Naurah tu lalat per? Hahaha...



Popular Posts