Menu Makan Yang Sihat

Sedap pulak breakfast aku hari nie. Yummy betol. Mayonis mmg penyelamat la bg orang yg berdiet macam aku neh. Dah kicap tak boleh, sos pon tak boleh. Ape lagi nak buat cicah? Mayo jelah weyh...penyelamat menu bak kata org tu.....

Pagi tadi rushing sebab bangun lewat. Naurah pulak bangun awal. So terpaksa la siapkan dia dulu sblm turun kitchen. Seb baek aku dh mandi awal-awal pagi. Ehehemmm. Ok sambung cerita =P 7.30am gitu turun bawah, bukak DVD Dora versi Arabic. Tak sangka budak tu melayan pulak. Hari tu bukak kat laptop dia bolayan aje. Ini bukak kat tv beso barulah dok senyap ralit menengok. Ini sudah bagoss!! Mahal taw ibu beli 2 DVD tue. Sila jadikan usaha ibu utk kamu berbaloi ok! Hehe.

So Naurah dah ralit, aku pon dendiam g kitchen tung tang sepantas yg boleh. Hasilnya:-

Breakfast
Tauhu goreng1 keping dipotong kecil
Half boiled egss 2 biji
Tomato half di diced
Mayo
(gaul-gaul semua sampai jd creamy..perghhh!! sedap giler. kenyam)

Lunch 
Telur Dadar + Sayuran (muchroom, buncis, kobis - cincang kecik2)
Tauhu 1 keping di potong kecil
Tomato half di sliced
Mayo

Masa menaip nie sambil-sambil makan lunch. Sedap weh! Kompem kenyang punyer. Tak tipu. Kalo orang yg perot gajoh macam aku nie pon boleh kata kenyang, apatah lagi korang. Kalo tak percaya, boleh try. Semua dishes nie aku  buat dalam masa 20 minit. Pukul 8 keluar rumah & punch card pon tak merah. Bravo!!!! =D

Lunch aku hari Rabu lepas ^_^

After almost 2 weeks buat diet tak bape strict nie, 3 meals a day is a must. Memang tak rasa lapo sgt lah. Lagipon minum air kosong pon banyak kan? Rasa tenteram aman bahagia aje. Tak pressure sangat. Kadang-kadang ajelah terutamanya waktu puasa sebab aku tak sahur. Padam muke! Hihi. Other than that....i'm enjoying my life to the fullest ^_^

Weekend nie diet byk hancur sbb ke rmh in law, ada wedding, pastu nk makan kat Umbai, Melaka lagi....huhuh...hrp tak banyak sgt la derhakanya...pertahan selagi buleh. ganbate ne!!!!!

Jangan lupa pd hari Sabtu nanti selepas waktu Asar sebelum Maghrib bolehlah kita baca doa akhir tahun yerp. Then lepas Maghrib bleh baca doa awal tahun pulak. Korang bleh google jer doa-doanya. Banyak. Welcome 1433H. Harap aku pon tak terlupa. Maklom la bz ngn kenduri wedding neh. Insyallah =)



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat