We R X Ur Horse

Malam tadi masa habi tgh mandi, aku pon layan ah Naurah landing sama-sama dgn dia atas katil. Gurau senda dgn dia, pelok-pelok, geletek-geletek, nyanyi nursery rhymes & doa etc. Tetibe dalam pada dok main-main tu, Naurah naik atas perot aku duduk situ. Then keluar 1 ayat tak boleh blah

" Naik horse...sambil bontot hentak-hentak sampai senak perot aku dibuatnye..."

Horse dikatanya aku? T_T

Then tak lama habi pon dah siap pakai baju semua, landing sekali atas katil. Naurah masih kat atas perot aku lagi. Aku pon cakap ngan habi apa yang Naurah cakap masa nak naik perot aku tadi. Habi pon sengih-sengih cam kerang busuk. Nyampah!grrrr...

So aku pon try test la. Aku cakap ngn Naurah soh dia naik atas Ayah pulak. Budak tu pong pantas turun dr perot aku & nak naik atas perot habi pulak. Dia cakap lagi...

"Naik horse....gudukk guduuk gudhukk..montot lompat-lompat...."

Bwahahaha...kali nie siap ada bunyik yerp! Puas hati dapat gelakkan habi pulak ^_^

Gambar bukan pd malam kejadian yerp =P




Popular Posts