5 Hari Cuti

Aiyohhh..seminggu suda srot sret tak hilang. Hari nie gaya macam baru kena virus pulak. Hachiuuu memanjang. Skrg dah start hujan semula kat Cyberjaya neh. Salak Tinggi pon sama. Maybe sebab cuaca jugak kot. Nak Xmas bukan kat negara omputih aje yg bercuaca sejuk. Malaysia pon sama per. HAKHAK =P

Sebenarnya aku dah tak sabo bangat nak tunggu malam esok. Mahu balik ke Linggiu. Jumpa sama family & siblings semua. 5 days cuti kat sana mahu pergi jalan-jalan. Gasak ah Johor hujan pong. Aku tetap nak pergi Johor Premium Outlet tuh. Mana tahu dapat rembat selai dua baju Naurah. Aku tak hadap sangat baju-baju berjenama neh. Kalo laki aku iyer. Takpe sebab habi jarang membeli baju. Sekali beli biar puas hati. Pakai bertahun tahan lamanya. Aku pon suke tgk habi pakai branded clothings. Nampak lebih hemsem di mata aku maybe? HEHEHE. Aku selekeh tak ape. Boleh gitu? Habi pulak yg malu nnti kan? =P Selekeh yg menutup aurat boleh? Poyos dah datang. BWAHAHA...

Anje & Kak Ya dah balik hari nie. Deme naik bas from BTS to Kota Tinggi. Lagi selok dari aku deme 2 tuh. Aku kira pada tahap terkawal lagi lah. Haha.

Aku ada niat nak bodek Kak Ya book tiket flight ke Bandung. Ini kes terpengaruh dgn Ann ke hape? HAHAHA. Sebab Kak Ya pernah mention nak kesana. Pastu nak ajak my parents sekali la. Aku ada 5 hari nak pengaruh fikiran Kak Ya kt sana. InsyaAllah berjaya. Poyo lagi......HEHEHE =P Nanti aku update sini camne progress psl nie. Korang jangan riso...tetibe....kuikui....

Sebenarnya aku ade kerja nak buat nie. Tapi tangguh-tangguh sebab esok big boss cuti. Korang boleh bayangkan aku tengah senyum sampai ke telinga skrg. Siap aku plan nak balik cepat esok. Harap habi takde koje la ptg esok. Puhh puhhh!!! Pastu takdelah yg down server ke hape. Puhhhhhhhh lagikkkk =P Cepat balik rumah, cepat kemas brg nak balik Linggiu, cepatlah bertolak balik & sampai di sana. InsyaAllah. Moga Allah permudah & selamatkan perjalanan kami pergi & balik nanti. Amin.




Pengaruh ibu pada anak. Naurah skrg gitulah dia. Sebok jugak nak buat aksi-aksi snap gambo guna camera gabak tuh. Layankan ajelah. Hehehe.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat