Ana Dora, Ana Mozu


Kelakar taw tengok Naurah ralit nonton DVD Dora Arab version. Bahasa yang dia tak biasa dengar. Tapi cuba utk menuturkannya. Menggelikan hati aku & habi mendengarnya. Hehehe...

Yang cakap Ana Dora & Ana Mozu nie dia pandai dah sebut. Comel jer bunyinya ^_^

Paling tak tahan part lagu dia. Ada la character tu cakap word 'khalifa'. Nak tau Naurah sebut ape? Dia cakap 'karipap'. Bwahahaha. Bila aku & habi betulkan, dia tetap nak cakap karipap. Dia nampak aku guling-guling ketawa, lagi dia cakap karipap banyak kali.

Naurah memang macam tu. Kalo dia nampak kita macam suka dgn apa yang dia cakap atau gelakkan dia sebab apa yang dia buat tu menggelikan hati, dia akan buat aksi or ckp perkataan tu banyak-banyak kali. Dia suka bila tengok kita happy. My sweet little daughter =)

Other than that, dia pon ada habit baru macam Myiesha anak si Hannah. Nyanyi nursery rhymes kuat-kuat tak mengira tempat. Hohoho. Dia paling suka nyanyi lagu Tepuk Amai-amai (TAA), Nenek Si Bongkok 3 & Are You Sleeping (AUS). Lagu TAA tu first word dia jer dah buat aku nak gelak. Tepuk di sebut Tupuk =P Lagu AUS pulak Sleeping di sebut Peeping =P Pastu tak sabar-sabar nak sampai part Ding Dong Bell. Siap buat suara besar. Haha.

To my surprised Naurah juga dah boleh baca doa makan. Confirmed belajar kat nursery neh =) Now before eating dia akan tadah tangan, baca doa version pelat dia & aminkan di muka. So sweet. Bila nampak dia dah start nak baca doa macam tu, aku pon mainkan peranan dgn sllu mengingatkan dia sblm makan tu ckp baca doa dulu. Laju aje dia tadah tangan & baca. Good girl.

Habit banyak bertanya pon sometimes buat aku pening. Siryes aku sampai tak tahu nak jawab ape dah kkdg tu. Lost words. Budak-budak kan suka bertanya tak kira samada benda tu layak utk diberi soalan atau tak. Cthnya pagi tadi on the way hantar dia ke nursery. Everyday mmg akan lalu masjid kat Salak Tinggi tuh. Pagi tadi dia tanya aku sambil pandang ke masjid ' itu apa tu?'. Aku pon jawab la 'masjid'. Dia tanya lagi 'masjid ape tu?'. Masjid tu tempat orang azan. Yang Naurah selalu dengar azan tu dari masjid nielah. Then dia cakap 'masjid azan'.

Aku rasa macam aku patutnya cakap lagi masjid tu utk org solat jugak. Tapi itulah. Pagi-pagi otak kurang lancar fungsinya. Huhuhu. Next time if dia tanya lagi boleh lah tambah tempat orang solat pulak. Tetibe aku takot dia tanya aku kenapa aku tak solat kat masjid? Hohoho. Tak mustahil kan? ^_^

Budak yang semakin bijak laksana (mcm ibu dia ^_^)



Popular Posts