Imaginary Friend


Guys, aku rasa Naurah ada imaginary fren lah. Itu kalo guna term mat saleh la kan. Kalo term orang kita, hantu kot? Syaitan? Jin? Hukhuk. Entah. Memang sejak misteri kisah Naurah bermula dari hari Jumaat tak mahu nak minum susu sangat sampailah ke hari ini, ada 1 nama yang agak asing bg aku disebutnya. Aku bajet ada budak baru kat nursery. Tapi asyik terlupa nak tanya kat adik aku ade ke budak baru nama sekian-sekian.

So sebelum aku menulis n3 nie tadi, aku sms adik aku tanya ada ke nama budak nie kat nursery? Untuk kepastian dulu. Dia kata ada. Tapi itu nama belakang budak tu. Most of the time diorang panggil dia nama depannya iaitu Haziq. Sometimes pengasuh dia panggil nama penuhnya Haziq Darwisy. Ohh...Haziq nie aku memang kenal. Sebaya dengan Naurah & selalu di pronounce oleh anak dara tu Hajiq. Yang aku tawu baby baru masok cuma baby Adam. Tapi Naurah tak selok nak ckp nama Adam selalu. Tetap nama yang 1 ini.

Naurah called him as ' Adik Darwisy '. 

Macam suka sangatlah menyebutnya. Aku terfikir tentang imaginary fren nie bila pagi tadi lepas bangun tido, Naurah tunjuk kat pintu bilik lagi. Dengan muka yang berseri dok sebut ' tu adik Darwisy!'. 2-3 kali okeh! Minda aku terus menangkap tentang imaginary fren nie. Most of the time, sebab rasa macam seram, aku tarik perhatian Naurah dgn menyebut nama bbrp budak lain kat nursery. Cuba bg dia lupa dgn 'adik Darwisy' dia tue.

Aku juga noticed sejak 2 menjak nie Naurah kadang-kadang suka termenung. Pada aku, bdk seusia Naurah tak patot ada habit bermenung nie kan? Sampai kadang-kadang aku suka letak tangan aku depan mata dia spy dia cepat kembali ke alam nyata. Then barulah dia tersenyum pd aku & teruskan bermain. Tak tahulah apa yang dimenungnya. Memang pelik.

Dulu masa kerja kat UPM as a part-timer sebab masih student, ada secretary kat opis sana cerita tentang anak buah dia ada imaginary fren nih. Anak buah dia panggil kawan tu ' Dak Ding'. Selalu jugak tunjuk kat mana-mana cakap Dak Ding ajak dia bermain lah. Dak Ding ada kat luar lah. Dak Ding ada kat pagar lah. Memang seram dengar ceritanya. Maklumlah kita nie tak nampak kan? Budak-budak memang hijabnya terbuka. Diorang juga tak pandai menipu sangat. Apatah lg dlm usia yang mcm Naurah skrg nie.

Naurah pernah jugak saja main-main dgn aku tipu yang dia poo-poo. Tp itu standard lah kan. Kita pon tawu dia saja nak gelak-gelak tengok reaksi kita. Dalam kes Naurah skrg nie, aku tak rasa dia saja mengada-ngadakan cerita tentang 'adik Darwisy' nya tu. Tak ada sebab dia nak mengada-ngadakannya. Bukan utk main-main dgn aku. InsyaAllah tekaan aku betul dalam perkara nie. A mother instinct kata orang tuh.

Memang sekali sekala aku nampak jugak Naurah main sorang-sorang dgn mainan dia, pastu marah-marah mcm tgh bermain dgn ssorg. Tapi masa tu aku tak terfikir lagi ttg imaginary fren neh. Hmm..entah lah...skrg semuanya terimbas semula dalam otak.....

Aku pon tak tahu nak react mcm mana skrg nie. Rasanya benda nie masih dlm peringkat permulaan. Masih terkawal lagi. Naurah semalam pon nampak happy aje. Cuma masih selalu terkejut dari tidur & mahu ke katil aku & habi. Hari nie balik rumah in law, maybe boleh mintak pandangan deme pulak sebagai orang tua. We'll see....



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat