Kerja Lagi

Kesian Kak Niza. Hari nie dia pulak yang mengadap big boss. Pung pang kena sana sini. Lebih kurang kes aku jugaklah hari tue. Lepas tulis 1 muka surat penuh after kena pung pang dgn big boss tuh, kena panggil lagi for the second time. Ada aje yang dia tak puas hati. Masih lagi nak menang dalam apa hal pon. Fikiran dia ajelah yang betol. Pendapat orang lain semuanya tak boleh pakai. Sampah!

Tapi aku puas hati dapat tulis panjang berjela macam tu. At least aku dapat luahkan banyak yang terpendam dalam hati eventho tak semuanya. Whatever it is, she's still my boss. Umurnya lebih banyak dari aku. Aku masih respect pd dia dalam pd perangai tak semenggah dia tu. Seriously said, out of 3 bosses yg aku pernah berkerjasama dgn, she's the worst. But at the end, selagi aku masih nak bekerja kat kompeni nie, aku memang kena mengadap muka dia. Kena layan segala karenah dia. Sebab itu aku masih berbasa basi dgn segala percakapan & penulisan aku dgn dia.

Korang taw tak, masa awal-awal aku kena panggil for the second time, dia teros melenting mcm bontot kena panggang dek api. Dia kata kalo ikotkan hati dia, mau dia koyakkan aku kertas yang aku taip panjang berjela tuh. Busuk hati tak busuk hati la kan boss aku tuh. Hak kita pon dia nak buat sesuka hati. Sebab apa? Sebab dia takot bila COO baca komen-komen aku tuh, akan ada bad impression la pd dia as a boss. Pedulik hape aku? Aku tulis benda yang aku rasa benar. Ko nak terima ke taknak, ko punya hal lah! Dia dok cakap itu ini merendah-rendahkan self esteem aku tak apa. Aku tulis benda yang pd aku nothing sgt, gaya melompat mcm beruk mak yeh. Puiii!!

Ehh. Tadi nak cerita psl kes Kak Niza. Tetibe tercerita psl diri sendiri pulak. Hehehe.

As usual bila Kak Niza susah hati, kenalah pergi MAKAN. Kak Ruby call aku & Kak Niza ajak makan kat Neo-Cyber. Dia nak dengar cerita dr Kak Niza & aku tentang appraisal dgn big boss. So sesi luahan hati & perasaan pon berlaku. Tak cukup dgn lunch, Kak B belanja kat Tutti Frutti lagi. Time aku nak diet, mmg murah rezeki sentiasa. Syukur ajelah ke hadrat Allah. Rezeki tak elok ditolak yer dop? Takpelah badan gomok pon. Janji tak buat musuh. Erppp? HAHAHA.

Kak Ruby dah dapat better offer kat 1 opis dekat ngn Neo-Cyber tuh. Kat sini dia manager. Kat sana dia naik jadi Senior Manager. Pastu gaji pon lagi besor. Tadi sempat singgah sekejap kat bakal bilik baru dia. So jealous of her. Cantik biliknya. Entah lah...Kak B cakap kalo ada kerja kosong yang sesuai, dia nak tarik aku & Kak Niza ke sana. Aku takdelah meletak harapan yang tinggi sangat. Kalo ada rezeki aku, adalah. Kat sini memang best. Kerja tak pressure, benefit ok, gaji pon quite ok. Yang tak OK nya cuma big boss tu aje. Manusia jenis ape ntah. Hati kering punya olang.

Buat baik dibalas baik. Buat jahat di balas jahat. Aku yakin dengan hukum Allah. Akan tiba masanya big boss tu akan jatuh sekelepuk bagai dihempap batu besar. At that time, baru dia tahu langit Allah nie tinggi ke rendah. Kami nie orang-orang yang teraniaya dibawah kuasa yg dia ada. Moga Allah sajalah yang membalasnya.....




Popular Posts