Motip????

Sekarang nie bukan main hot lagi selling tudung Fareeda & yang sejenis seangkatan dengannya kan? Macam kat FB Miera, aku tengok sehelai tudung tu harga dia RM170. Kalo tak salah aku la. Hehe. Siryes aku tak pernah terfikir nak melaburkan wang utk sehelai tudung sampai harganya macam tu. Sedangkan baju pon belom tentu, inikan pulak sehelai tudung. Kat sini aku rasa sangat bersyukur sebab aku masih lagi old fashion pakai tudung 4 segi lipat jadi 3 segi & kena kelepet sendiri spy muka nampak lebih molek. 

Biarlah orang kata tak up to date pong. Aku masih selesa dengan tudung yang sebegitu & bersyukur sebab habi pon tak suruh cuba jenis tudung yang lain. Dia pon rasa aku sesuai pakai tudung yang skrg neh. Lega rasanya sebab citarasa kami sama. Hehe. Apa-apa pong aku memahami juga mereka-mereka yang sanggup membelanjakan wang yang banyak utk sehelai tudung. Kalau dah berkenan di hati, apa pon sanggup diharungi. Baju tak berganti tak apa asal tudung yang berkenan dihati tersarung kemas di kepala.

Kehendak semua orang tidaklah sama. Pemikiran manusia juga berbeza-beza. Mungkin utk aku, lebih excited if duit tu digunakan utk beli barang utk deco-deco rumah. Ada orang, maybe lebih suka utk beli kasut or handbag. Siapa lah kita nak judge kegemaran orang lain kan? Yang pentingnya ada $$$$ <----- ini. Hohoho.

Kehendak manusia memang tak terbatas. Macam tu jugaklah aku. Nak itu ini. Nak pegi holiday sana sini. Kadang-kadang rasa insaf jugak taw. Huhu. Rasa cam apa kata tahun depan tak payah naik belon holiday sana sini. Cuti-cuti Malaysia aje pulak. Ishh..tapi at least once a year kena pegi naik belon jugaklah. Hahaha. Especially utk celebrate anniversary. Paling tidak 3 hari 2 malam. Baru puas. Kalo tak dapat pergi negara lain, dalam Malaysia pon tak apa. Tapi utk negara lain once a year kena pegi jugak kot! Jauh perjalanan, luas pandangan....

Hahaha. Dahlah. Seropa tak insap jer aku kalo gini. Malas nak tulis pape dah. Tata....^_^

p/s: at the moment belom ada rasa menggila lagi nak book tiket flight eventho AA ada promotion. maklom la poket tak bape nak tebal. insap la kejap kunun. cer tgk pas dpt bonus sok. korang tengoklah nanti guane gayanya aku...wuwuwu..hampes!




Popular Posts