Skip to main content

Sarang Tebuan Usah DiJolok!


Pagi ni aku agak sibuk. Maklomlah awal bulan. Ape lagi kalo bukan kena buat report bagi big boss sign. Pagi-pagi buta dia dah mengingatkan aku. Aku pulak manjanglah pelupa. Banyak sangat makan semot gaknye. Padahal dah bertahun buat & every month pon kena submit kat dia. Seb baeklah mudah aje reportnya. Tapi ada pulak kerja tertangguh yang lain. Alang-alang dah start buat keje, settlekan ajelah most of it. Clear sikit folder tray tuh. Nyaman pulak hati melihatnya ^_^

Ehh..semalam ada mamat cina yang selalu buat promotion credit card HSBC kat The Street Mall call aku. Dah 2-3 kali dah aku settlekan proses dia nak buat promotion kat sana. Prepare letter of approval, reply his email & answering his calls. Ohh nama dia Desmond Lim. Tak pernah jumpa pon. Aku cuma uruskan all his needs & selebihnya Faizal yang based office kat Street Mall akan selesaikan.

Well, semalam dia called aku & asking if dates 6,7 & 8 nie masih ada kekosongan utk buat promotion. After a quick checks, aku cakap still available. So dia pon suruh aku booked the dates & tiba-tiba tanya aku bila ada nak pergi ke KL. Aaaaa??? Buat ape siot aku nak pegi KL? Hehehe. Cam pelik. Pastu aku cakap jelah jarang ke KL sebab jauh. Then dia tanya rumah aku kat mana? Aku ckp jelah kt area Sepang ni hah.

Then dia kata if aku ada pergi ke KL, do give him a call. Dia nak belanja aku makan. Aaaa??? Cam pelik aje. Hahaha. Buat ape siot nak belanja aku makan? Aku cuma jalankan tugas aku entertained all his needs regarding the promotion place etc. Takde buat apa-apa yg special pong utk dia. Dengan orang lain pon aku layan gitu jugak. First time sejak 5 tahun aku handle bab promotion place neh, ada orang nak belanja makan. Mane aku tak pelik. Lain la kalo aku keje macam Siti yang selalu prepare cheque tuh. Manjang mmg org nak belanja makan aje. Hihi.

Bersungguh dia mengajak aku makan kt KL. Siap tanya ada henpon number dia tak? Hahaha...

Apa-apa pon aku ckp tengok lah macam mana. Nak jawab ape lagi siot? Tak baek tolak mentah-mentah gitu kan? Eventho dalam hati aku kata, kalo betol dia nak belanja, of kos habi & Naurah ada sekali. Masak dia. Hahaha. Ishh..tapi takde makna la aku nk call dia kalo ada g KL pong. Pelik aje. Tak sure apa niat dia. Samada betol-betol ikhlas sbb selalu berurusan dgn aku ker atau jengjengjeng. Lu pk la sendiri....scary....sarang tebuan jangan dijolok! Haha..

p/s: masa in coversation tu aku macam nak ckp aku dah kawen ada anak sorang. tp macam kelakar pulak sebab tetibe aje nk ckp gitu...hahahha..takot perasan sendiri aje kuikui =P



Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…