1 Month To Go Naurah!!

Rasanya ramai dah boleh agak kenapa aku tak update blog semalam . Yer. Naurah demam. Kalo nak bagi cepat baik, kenalah aku cuti & bagi ubat ke dia on time. Alhamdulillah pagi nie dia nampak normal. Suhu badan pon normal. Happy aje kena hantar ke nursery. Maybe sebab boleh jumpa kawan-kawan balik. Duduk dengan Ibu kat rumah tak best sebab asyik kena paksa makan ubat. Hehehe.

Apa pon aku sms Anje soh dia bagi Naurah ubat ikot timing 2 kali kat sana. First on 10am & second on 4pm. Harapnya budak tu tak lupa or buat-buat lupa. Adik aku tu bukan boleh caye sangat. Hohoho. Yup. Anje masih lagi kerja kat nursery tu. Tahun 2012 nie gaji dia naik RM200 lagi. Harap after government dah tetapkan rang undang-undang gaji minumum pertengahan tahun nanti, naik la lagi gaji dia. InsyaAllah.

Lepas rasa macam lama lagi gaknye akan bermastautin dengan aku kat sini, terus dia pasang almari kain dalam bilik. Kalo tak sebelum nie manjang baju bajan dia berlonggok sana sini. Dah mcm sarang tikus oke bilik tuh! Gasak.

Nah! Hambek gambo gedabak utk bdk yg umurnya menjelang 2 years...hahaha

Hari nie 18/1/2012. Lagi sebulan, genaplah usia Naurah 2 tahun. InsyaAllah. Sekejap aje masa berlalu rasanya. Bila tengok video or gambar-gambar dia masa kecik dulu, rasa kelakar gila. Tak sangka jugak aku dah membesarkan seorang manusia dalam tempoh itu. Kebolehan semulajadi manusia kot.

Pertengahan tahun nie sudah mahu start tambah ahli keluarga. Kalo asyik fikir pasal kekangan kewangan, aku rasa sampai sudah tak menambah anak. Begitu juga kalau selalu sangat difikirkan kekangan yang lain. Sesuai dengan saranan Islam, bila Naurah mencecah 2 tahun nanti, memang rasa dah ready sangat nak menambah anak lagi. Sekarang pon dah sedia jgk sebenarnya. Cuma menanti waktu yang disepakati suami isteri aje =P

Untuk anak yang kedua nie, rasa macam nak cuba usaha tips-tips nak dapat anak lelaki =) Habi pon personally cakap kalau boleh nak anak lelaki pulak. Of kos nak jugak geng dia kan? Haha. So nanti akan cuba la tips-tips yang disarankan oleh kawan-kawan sekalian. Tak lupa berdoa pada Allah & usaha-usaha lain macam masa mengandungkan Naurah dulu. Kalau boleh aku nak sama adil apa yg aku pernah lakukan utk Naurah dulu & anak yang akan datang nanti.

Contohnya kalo Naurah dulu bersalin kat spital specialist, yang nanti pon kena tempat yang sama jugak. Upgrade tak apa tapi jangan downgrade. InsyaAllah. Akan kami suami isteri usahakan. Itu tanggungjawab & komitmen yang di ikrar oleh kami sendiri. Moga Allah permudah.

If anak yang kedua nanti girl jugak, tetap rasa seronok. Sebab aku memang rasa tak kisah kalo anak perempuan berturut-turut. Tapi kalo anak lelaki berturut, fuhhhh. Memang memeningkan. HAHAHA. Lagi satu dapat la sama macam Hannah J yang rupanya sedang preggy gegirl jugak. Congrats Hannah! Mesti sama comel macam Myiesha ^_^

Memang seronok bila apa yang dirancangkan mengikut perjalanan yang kita nak. Terasa serba bersedia & bersemangat sekali. Taknak ada benda-benda yang negatif sikit pon terlintas di fikiran. Cuma aku mohon Allah permudahkan pregnancy aku nanti. Kalo boleh taknak mabuk teruk & lama sangat. Pastu nak bersalin normal. Merasa kesakitan hendak bersalin secara semulajadi & tanpa bantuan epidural or vacuum. Taknak ada komplikasi darah tinggi whatsoever. Hopefully lah. 

Dah boleh doa dari sekarang =)



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat