Sesuatu Yang Ironi

Ada sesuatu yang ironi bila kita menjadi ibu bapa neh. We tend to want anak-anak kita semuanya menjadi yang terbaik. Yang molek serba serbi. Sampaikan bila ada anak, kita sanggup berubah drp minum air tonggang dari botol secara berdiri kepada tuang air dalam cawan & minum dengan duduk di atas kerusi. Bila mak bapak kita tegur kelakuan kurang sopan kita dulu, haram nak ambil berat & ambil kisah. Bolayan aje. Tapi dek kerana anak, semua kelakuan tak senonoh di ubah dengan sukarelanya.

Macam pelik tapi benar kan? ^_^

Its like aku tak molek tak ape lah. Dah tua gini, macam dah tak makan saman. Haha. Tapi kalo boleh, janganlah anak ngikot perangai tak senonoh gini. Biar anak baik-baik aje, baik budi pekerti, mendengar kata & bijak laksana. Sangat ironi. Usually, anak tak berubah jauh dari perangai & kelakuan ibu bapa. Even if kita dah berubah pun bila tua-tua gini, entah dari mana tawu, anak tetibe terikot perangai lama kita. Kalo dah nama darah daging tu kan? Hakhak =P

Ok. Nie ada gambar Naurah malam tadi. Manjang ulang alik ke bilik Cik Anje dia dari living room. Ibu & ayah tergolek dok tengok tv. Dia pon syok kaco barang-barang make up Cik Anje. Kejap-kejap datang tunjuk bibir terjuih kat kami. Dah tahu sangat! Mesti Cik Anje pakaikan lipstik =.= Kalo nak ikotkan ibu, memang dia takkan jumpa la barang-barang make up banyak gitu. Ibu cuma ada eye liner, lipstik & compact powder aje. Itu pon sorok dalam handbag gabak. Huhu...







Alolohhh...anak sapelah yang muslimah neh. Comel kan? Macam ibu dia jugak. Ok bye! Hahahhaa....lariiikkkkkk....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat