Berniaga Kenalah Jujur & BertanggungJawab

Sekarang nie kan trend berniaga online. Sana sini online. Jual kuih online, jual baju online, jual tudung online. Senang kata serba serbi lah. Maklumlah zaman makin canggih. Atenya semua di hujung jari kan? Dunia serba sibuk sampaikan kadang pengguna tak sempat nak membeli secara nyata. So guna cara maya ajelah. It just that ianya agak berisiko. Lebih berisiko la senang kata dari pegi keluar ke kedai & beli sendiri kan?

Online business nie senang kata utk memudahkan pengguna. Berkenan kat barang, tanya harga, transfer duit ke akaun penjual, maka penjual pon terima pesanan & poskan barang kpd pembeli. Macam itulah lebih kurang prosesnya. Risiko selalunya datang dari pihak pembeli. Di mana kadang barang yang kita pesan tu kadang tak sama dengan yang kita nampak kat skrin komputer. So kadang jadiklah agak kuciwa. Keduanya barang yang dipesan sometimes ada kerosakan. Ini pun risiko jugak.

Bab barang yang dibeli online ada kerosakan nie aku nak citer pengalaman akulah. Dulu aku pernah beli tikar evamatik utk Naurah. Masa tu hot betol pasal tikar tu. So aku pon orderlah online dari penjual kat Perak sana. So bila sampai kat opis, takdelah aku nak bukak check is everything ok or not kan? Sampai rumah hampar kat ruang tamu, belek punya belek, nampaklah ada macam torehan pisau kat tikar tu. So macam sedih jugaklah kan? Kita bayar sama aje macam pembeli lain bayar. Tapi kita dapat barang yang tak sempurna.

Aku nie orangnya bukanlah cerewet mana. Kalo takat boleh diabaikan, aku abaikan ajelah. Tapi kalo terlalu obvious, aku rasa kena buat sesuatu lah. 

So sebab aku rasa sebagai pembeli, aku ada hak utk menyuarakan ketakpuasan hati aku kpd penjual. Aku pon pm penjual kat fb & dia pon menyuarakan rasa terkilan & bersalah diatas kondisi tikar tersebut. Aku rasa maybe bukan salah dia. Defect tu dari kilang or pemborong yg dia beli jugalah kan? Tikar tu pon dalam bungkusan. So camne dia nak check if ada rosak ke ape kan? Aku pon bukanlah nak jadi orang yang kejam sangat. Maybe kalo dia dpt transfer duit gantirugi ke aku dalam RM5-RM10 pon dah cukup puas hati.

Tapi dah rezeki aku berjual beli dengan penjual yang baik, jujur & bertanggung jawab. Makanya penjual bermurah hati nak pos sekali lagi tikar yang lain sebab dia rasa bersalah sangat. Aku tak perlu bayar 1 sen pon taw! Baik tak baik la kan penjual tu ^_^ Ini satu contoh penjual yang jujur lah. Aku bernasib baik dalam kes ni. Dan aku pasti ada juga di kalangan pembeli online yang lain nasibnya tak sebaik aku ye dop? Contohnya bila ada kerosakan pd barang yang kita beli, bagitahu si penjual, dia buat tak faham aje. Boleh jadi takde respon terus. Tak baik kan gitu?

Risiko yang lain pernah juga terjadi pada kawan-kawan. Dah transfer duit kat penjual, barangnya tak sampai-sampai ke tangan. Ini lagi sedih beb! Pastu penjual hilang entah kemana. Tiba-tiba page dia dah takde. Blog pon dah delete. Senang kata hangus ajelah duit yang dah kita transfer tu. Rasanya kes macam nie pernah jadi kat bff Kuantan sana. Ye dop mek Na? Hehehehe.

So moral of the story, kalo nak berniaga online tak salah. Tapi jadilah peniaga yang jujur & bertanggungjawab. Jangan bila ada pembeli komplen pasal barang yang dipesan ada defects, kita taknak bertanggungjawab pulak. Memanglah bukan salah kita barang tu rosak. Maybe dr pemborong or pengeluar. Tapi faham tak maksud tanggungjawab? Mungkin tengok jenis orang jugaklah kan. Takkan takde rasa bersalah beb barang yang kita jual tu bermasalah? Kadang pembeli bukan nak mintak ganti barang yang baru pon. At least dapat bagi kurang sikit harga pon dah cukop baik beb! Sedap la sikit hati pembeli ye dop? Kot ye pon berniaga nak untung, biarlah tetap ada rasa jujur, amanah & tanggungjawab. Integriti.

Zaman dulu Rasulullah SAW pon berniaga juga. Dan baginda seorang peniaga yang sangat jujur & bertanggungjawab. Harga barang dagangan yang baginda jual pon sangat berpatutan. Berjaya pon baginda dalam bidang niaga kan? In fact orang ramai lagi suka nak berurusan dgn baginda. Tak salah jadi peniaga yang baik kpd pelanggan. Orang akan cari & ingat. Beli kat kita sampai mati lah gaknye. Who knows kan? Berbuat baik pada orang takkan pernah ruginya beb! Tak miskin lah setakat nak kurangkan harga barang bila ada kerosakan. 

So bila ada barang defects nie, ianya merupakan risiko penjual sebenarnya. Risiko yang dia harus tanggung okeh!! Kena tanggungjawab. Kalo pembeli nak pulang balik pon barang tu, dia kena terima & pulangkan balik duit pembeli. Pembeli berhak buat macam tu ok! Kecuali pembeli dah tulis siap-siap in terms & conditions brg yang dijual tak boleh dipulangkan semula kecuali ada defects. Kalo stakat kaler tak sama dgn yang kita nampak, rasanya itu risiko yang pembeli kena tanggung kot. Lainlah kalo beli biru yg sampai merah kan? Itu dah poyo benar lah kan. Hahahah =P

Risiko penjual yang lain juga termasuklah kehilangan barang di dalam perjalanan. Yang ini penjual boleh roger sama khidmat pos mana yang digunapakai. Track kat mana hilangnya semua. Skrg dah canggih. Boleh track barang tu dah dekat mana by online aje. Hebat kan? Hihi

So pd aku, benda-benda macam nie boleh dibincang sebaiknya atr penjual & pembeli. Bincang kaedah mana yang paling sesuai digunapakai. Tak rugi berbincang. Cuma kalo bile pembeli roger penjual tuh, si penjual mendiamkan diri tanpa sebarang feedback, sape tak hangin kan? Hurmm....



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat